Ahad, 21 April 2024

MALAPETAKA IKLIM CABUT NYAWA



29 lagi terbunuh dalam hujan di Afghanistan

KABUL: Sekurang-kurangnya 29 orang lagi terbunuh akibat hujan lebat berterusan di Afghanistan sejak empat hari lalu, menurut jabatan pengurusan bencana kerajaan hari ini.

Afghanistan mengalami musim sejuk luar biasa kering, diikuti dengan hujan lebat selama dua minggu di kebanyakan wilayah yang menyebabkan banjir kilat secara berkala.

Jurucakap jabatan pengurusan bencana, Janan Sayeq, berkata 29 orang kehilangan nyawa kerana hujan antara Rabu dan Sabtu, dengan kematian dilaporkan di 10 wilayah.

"Tujuh lagi cedera dalam tempoh yang sama, manakala 72 rumah rosak atau musnah dan lebih 1,012 hektar tanah pertanian terhakis," katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu memberi amaran bahawa Afghanistan sedang mengalami perubahan besar dalam perubahan cuaca yang melampau.

Selepas empat dekad perang, negara itu berada dalam kedudukan antara negara yang paling kurang bersedia untuk menghadapi kesan cuaca melampau, yang menurut saintis semakin kerap dan teruk akibat perubahan iklim.

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh akibat tanah runtuh selepas salji besar di timur Afghanistan pada Februari, manakala kira-kira 60 orang terbunuh dalam siri hujan tiga minggu yang berakhir pada Mac lalu. - AFP


SATU LAGI BUKTI

MALAPETAKA 

IKLIM

AMIN

BANIR KEMARAU

MAKIN KERAP

MAKIN MELUAS

KHALAS

Tiada ulasan: