Ahad, 21 April 2024

AKUAN BERSUMPAH - SALAH FAKTA




Ada kesilapan fakta dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul

TENGKU Zafrul Aziz berkata beliau akan memfailkan afidavitnya sendiri untuk “membetulkan kesilapan fakta tertentu” berkaitan perintah tahanan rumah bagi Najib Razak.

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu merujuk kepada laporan mengenai afidavit Ahmad Zahid Hamdi untuk menyokong permohonan Najib menjalani tahanan rumah dan bukannya meneruskan hukuman penjara.

Awal hari ini, Zahid mengesahkan afidavit menyokong Najib, mendakwa beliau diperlihatkan “titah tambahan” kononnya daripada bekas Agong berkenaan penahanan rumah Najib.

Zahid mendakwa melihat salinan titah yang dikatakan pada telefon bimbit Tengku Zafrul semasa mesyuarat pada 30 Januari.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum, dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya bertarikh 29 Januari 2024..

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam afidavit itu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas penyiaran afidavit Zahid, Tengku Zafrul berkata beliau akan memohon memfailkan afidavitnya sendiri berhubung titah tambahan dikatakan itu.

Beliau berkata perlu “membetulkan kesilapan fakta tertentu” dalam afidavit Zahid.

“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan.

“Pendirian saya bukan untuk mempertikaikan merit isu yang sedang berlangsung. Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya Mahkamah Tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan sewajarnya.

“Ini akan membolehkan keputusan yang adil dan saksama dibuat demi kepentingan semua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 1 April, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk dibenarkan menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Dalam permohonannya, Najib mendakwa titah adendum dalam pengampunan diraja baru-baru ini membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

Beliau memohon perintah mahkamah untuk memaksa menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan, dan beberapa responden lain untuk mengesahkan tambahan yang didakwa dalam pengampunan diraja.

Najib mendakwa titah adendum itu dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu.

Pada 2 Februari, Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjara 12 tahun Najib berhubung kes rasuah SRC International melibatkan RM42 juta, yang akan menyaksikan bekas pemimpin itu dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Lembaga berkata ia membuat keputusan itu selepas mesyuarat pada 29 Januari. Ia tidak memberi alasan meluluskan permintaan Najib untuk pengampunan.

Ia juga mengurangkan denda RM210 juta Najib kepada hanya RM50 juta.

Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jun untuk keputusan sama ada memberi kebenaran kepada Najib meneruskan semakan kehakiman. – 17 April, 2024.

WOIT

SAPA PUTAR SAPA

ZAHID KE ZAFRUL

AMIN

BETUL KE ADA

TITAH TAMBAHAN

AMIN

TITAH 

MUNCUL DALAM

TALIPON

KAH KAH KAH

TANYALAH AGONG

BETUL KE TIDAK

PASAL APA

BIKIN SUSAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: