Selasa, 1 Oktober 2024

INDONESIA BERSEDIA UNTUK PERANG





Indonesia sahkan lima perjanjian kerjasama pertahanan

JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia meluluskan lima rang undang-undang untuk mengesahkan perjanjian kerjasama pertahanan dengan Kemboja, India, Perancis, Emiriah Arab Bersatu dan Brazil, lapor agensi berita ANTARA.


Speaker Suruhanjaya I DPR, Meutya Hafid berkata bahawa suruhanjaya dan kerajaan sebelum ini bersetuju untuk meneruskan proses perundangan rang undang-undang itu semasa mesyuarat kerja yang diadakan di Jakarta pada 25 September.


Meutya menegaskan bahawa lima perjanjian ini mencerminkan diplomasi pertahanan yang berjaya oleh Indonesia, yang dijangka dapat mengelakkan potensi ancaman keselamatan dan meningkatkan industri pertahanan negara.


"Kerjasama pertahanan ini terjalin dengan negara-negara sahabat seperti India, Perancis, Emiriah Arab Bersatu, Kemboja, dan Brazil," katanya.

Beliau berharap pemeteraian perjanjian ini akan membawa kepada kerjasama pertahanan yang adil dan saling menguntungkan serta menghormati kedaulatan negara masing-masing.


Dalam mesyuarat dengan Suruhanjaya I DPR, Menteri Pertahanan dan Presiden terpilih, Prabowo Subianto juga menekankan kepentingan perjanjian ini memandangkan peranan penting dan teknologi yang dimiliki negara-negara terbabit.


"Mengenai Kemboja, sebagai anggota ASEAN, menjadi kepentingan kita untuk melindungi dan memperkukuh rakan kita dalam ASEAN," katanya.Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama pertahanan dengan India, Perancis, Emiriah Arab Bersatu, dan Brazil. - BERNAMA-ANTARA

PRESIDEN BARU

BEKAS TENTERA

BERSIAP UNTUK

BELI SENJATA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoi TT, hot dog dialih bahasa jadi anjing panas, joystick jadi batang atau kayu ria? hebat sungguh bahasa melay ye! Kah kah kah!