Sabtu, 22 Februari 2025

BERSATU HANCURKAN UMNO




Lantik 26 pegawai khas: MB Perak pertahan tindakan

IPOH: Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad mempertahankan tindakannya melantik pemimpin parti kerajaan sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar di semua 26 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang dengan motif untuk 'membunuh' kerjaya mereka di situ.

Menurutnya, pelantikan semua 26 pegawai khas berkenaan bertujuan menutup kelompongan apabila ketiadaan wakil kerajaan dalam mesyuarat tindakan daerah.

Katanya, amalan serupa sebelum ini juga diamalkan di negeri ditadbir pembangkang termasuk Kedah apabila mewujudkan jawatan Penyelaras DUN, namun ia berbeza di Perak apabila lantikan dibawa ke mesyuarat EXCO kerajaan negeri secara teratur.

"Kita bawa kertas EXCO secara 'proper' (teratur) sebab sesudah dua tahun, saya lihat ada kelompongan iaitu contohnya di (daerah) Kerian apabila empat kawasan DUN di sana tiada seorang pun wakil kerajaan dalam mesyuarat tindakan daerah.

"Ada kekurangan dan kelemahan dari aspek itu. Sebab itu ada keperluan untuk saya meletakkan wakil Menteri Besar dalam mesyuarat itu.

"Merekalah yang disebutkan sebagai pegawai khas Menteri Besar yang berada di semua kawasan DUN pembangkang itu. Tujuannya supaya saya ada wakil di situ.

"Pejabat Daerah pun tak pening sebab ada wakil kerajaan mereka nak jemput," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Kad Perak Sejahtera Tahun 2025 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Hadir sama EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Saarani menjawab dakwaan mengatakan pelantikan pegawai khas Menteri Besar di semua 26 kawasan DUN pembangkang Perak bakal membunuh karier wakil rakyat kawasan itu.

Mengulas lanjut, Saarani berkata pelantikan pegawai khas itu juga tidak sesekali menjejaskan imbuhan berupa elaun yang diterima ADUN pembangkang.

"Jadi ADUN Kenering tak perlu bimbang sebab gaji, elaun bulanan dia RM11,000 juga, kami tak usik. Cuma dia mungkin terasa sebab kurang 'perform' (prestasi) manakala pegawai khas Menteri Besar itu perform.

"Jadi mereka tak perlu bimbang kerana kita tak ambil atau curi duit atau gaji dia. Bagusnya bagi orang-orang yang sedia bersaing, dia akan bekerja kuat sedikit.

"Tahun ini buat pertama kali kita naikkan elaun pengurusan Pusat Khidmat DUN daripada RM7,000 kepada RM10,000 termasuk di DUN Kenering dan Pengkalan Hulu di mana lebihan RM3,000 itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti beri duit raya atau sumbangan sewaktu kenduri. Yang itu kenapa tak berterima kasih kepada MB (saya)?" katanya.

Saarani berkata pelantikan pegawai khas beliau itu juga bukan jaminan mereka yang dilantik akan dinamakan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-16 sekiranya tidak menunjukkan kesungguhan dan prestasi memuaskan.


WOIT

TAK PERLU

CAKAP BANYAK

INI  PAKAI

DUIT KERAJAAN

AMIN

BERSATU HATI

HANCURKAN

UMNO

KHALAS

Tiada ulasan: