Sabtu, 22 Februari 2025

WARGA CHINA MERAH KAKI SCAM DI MANILA





Polis Filipina serbu pusat penipuan 'diuruskan' sindiket China, lebih 450 ditahan


MANILA: Polis Filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan ke atas sebuah pusat permainan judi dalam talian atau dikenali sebagai POGO, yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila, menurut suruhanjaya anti-jenayah terancang negara itu.

Menurut Ketua Suruhanjaya, Gilberto Cruz, siasatan awal menunjukkan kawasan pinggir bandar itu beroperasi sebagai pusat penipuan, terutama menyasarkan mangsa di China dan India, dengan pertaruhan sukan dan skim pelaburan.

"Kami menahan kira-kira lima ketua dan 137 pekerja warga China dalam serbuan semalam.

"Operasi ini juga membuktikan bahawa pekerja POGO sebelum ini masih cuba meneruskan aktiviti penipuan walaupun diharamkan," katanya sambil menambah suspek berdepan kemungkinan tuduhan pemerdagangan manusia.

Sebelum ini, beliau berkata kira-kira 21,000 warga China terus menjalankan operasi penipuan berskala lebih kecil di negara itu sejak larangan permainan dalam talian.

Tahun lalu, POGO sudah diharamkan oleh Presiden, Ferdinand Marcos Jrkerana dikatakan digunakan sebagai perlindungan oleh kumpulan jenayah terancang untuk pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram, penipuan dalam talian, penculikan dan juga pembunuhan.

Kebimbangan antarabangsa semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengenai operasi penipuan sama di negara Asia lain.

Kebanyakannya sering membabitkan mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan mata wang kripto palsu dan penipuan lain.

Marcos Jr juga menumpukan POGO dalam kempen terbaharunya menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada Mei, dengan menekankan tolak ansur yang didakwa ditunjukkan pendahulunya, Rodrigo Duterte, terhadap pusat-pusat itu sebagai bukti hubungan terlalu mesra dengan China.

Serbuan Khamis lalu adalah yang terbaharu dalam siri serbuan pada tahun ini, termasuk satu pada Januari yang menyaksikan sekitar 400 orang asing ditahan di ibu kota, termasuk ramai warga negara China.

Badan pemikir Institut Keamanan Amerika Syarikat yang berpangkalan di Washington berkata dalam laporan Mei 2024, penipu dalam talian menyasarkan berjuta-juta mangsa di seluruh dunia dan meraih pendapatan tahunan sebanyak AS$64 bilion (RM283 bilion). - REUTERS

PENDATANG

 HARAM

WARGA 

CHINA MERAH

 BAHAYA

UNTUK NEGARA

AMIN

APAKAH SCAM

DI MALAYSIA INI

DI KEPALAI OLEH

CHINA MERAH 

YANG HILANG

JENG JENG JENG

INI BAHAYA

BESAR PADA

KITA DAN ASEAN

KHALAS

Tiada ulasan: