Demo antirasuah Sabah: Tiga aktivis mahasiswa ditahan
Polis menahan tiga aktivis mahasiswa Sabah yang membakar kain rentang dengan karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada perhimpunan antirasuah di Kota Kinabalu, Sabah pada hujung minggu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Kasim Muda mengesahkan penahanan penyelaras Gempur Rasuah Sabah 2.0 Fadhil Kasim dan Aliff Danial Badrul Akmal Hisham.
Mahasiswa ketiga yang tidak menyertai aksi bakar karikatur perdana menteri, Sabir Syarafuddin, turut ditahan.
Menurut Kasim, antara lain, polis sedang menyiasat pelajar berkenaan di bawah Akta Hasutan.
“Kesemua telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan perhimpunan itu,” katanya.
Kasim diminta mengulas mengenai catatan Facebook oleh aktivis Borneo Komrad Mukmin Nantang, yang awal hari ini mendakwa Fadhil, Aliff dan Sabir ditahan polis.
Perhimpunan yang bertujuan menekan Anwar supaya bertindak terhadap ahli politik yang korup bermula kira-kira 1 tengah hari Sabtu dan menyaksikan penyertaan lebih 100 penunjuk perasaan.
Para pelajar dan penyokong juga menggesa tindakan undang-undang terhadap Jabatan Air Sabah dan menggesa autonomi penuh untuk SPRM.
Ia berakhir dengan aksi membakar karikatur Anwar pada Ahad. Kain rentang yang dibakar itu turut mengandungi ungkapan "Madani Pelindung Rasuah Sabah".
Fadhil, yang merupakan jurucakap kumpulan itu, berkata kain rentang itu melambangkan kritikan terhadap pentadbiran Anwar, yang didakwa kumpulan itu gagal menunaikan janji reformasi institusi.
Aksi bakar karikatur Anwar itu mendapat pelbagai reaksi, dengan beberapa kumpulan dan individu yang pro-kerajaan mengkritiknya sebagai malampau dan biadab.
Bagaimanapun, Fadhil telah mempertahankan perbuatan itu dan membandingkannya dengan demonstrasi yang diketuai oleh Anwar pada 1970-an, yang melibatkan aksi bakar buku.
Awal hari ini, Bernama memetik Ketua Polis Sabah Jauteh Dikun berkata pihak berkuasa sedang menyiasat peserta perhimpunan itu atas sembilan kesalahan.
Kesalahan yang didakwa termasuk menghasut, pembakaran terbuka di kawasan awam, memiliki bahan berbahaya atau menghakis semasa perhimpunan, dan membangkitkan isu sensitif melibatkan raja, agama dan kaum (3R).
Menurut Jauteh, siasatan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.


1 ulasan:
Apalah level kamu sekarang, jangan lupa perjalanan tukar tiub bermula di mana awalnya? Dulu sanggup macam-macam tetapi sekarang melawan balik pihak yang disanjungi dahulu, jangan mudah lupa macam Mahathir Mohamad cakap, atau memang perangai tetap asal usul sama? Lepas makan berak terus lupa? Kah kah kah jangan gigit tangan yang hulur pelir dahulu kah kah kah blah blah blah
Catat Ulasan