Rabu, 25 Jun 2025

SEMUA BERSATU JATUHKAN ANWAR BLACKROCK


Hakim kanan perlu berundur dengar sebarang rayuan hingga siasatan polis selesai


KUALA LUMPUR – Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman (Sekretariat) meminta seorang Hakim Mahkamah Persekutuan berundur daripada mendengar sebarang rayuan atau permohonan sehingga siasatan polis selesai.

Gesaan itu dibuat susulan tular satu laporan polis, anta lainnya dakwaan salah laku oleh hakim berkenaan.

Kandungan laporan polis yang tular itu menyatakan salah seorang ahli panel Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ( SPK) kepada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan berkenaan kegagalan hakim berkenaan menghormati integriti kehakiman.

Malah, hakim berkenaan juga didakwa pernah memohon agar Ketua Hakim Negara membuat keputusan memihak menyebelahi suatu pihak.

Hakim kanan juga didakwa memohon Ketua Hakim Negara untuk menukarkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang telah mengendalikan kes dan tidak bersependapat dengan
pandangan Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut.

Sekretariat berkenaan berkata, dakwaan itu cukup untuk mencemarkan ikrar sumpah taat setia yang diambil oleh mana-mana hakim.

“Walaupun dakwaan ini perlu disiasat dan seharusnya disiasat dengan adil, namun Sekretariat memandang serius perkara ini.

“Perkara ini menjadi lebih genting bilamana Hakim Mahkamah Persekutuan berkenaan juga menjadi subjek permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding komital serta dilaporkan kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan kemungkinan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 204 dan 209 Kanun Keseksaan berkaitan kes yang dikenali sebagai ‘ Titah Addendum Najib Razak’,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, Sekretariat berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti diberi segala ruang yang mencukupi tanpa sebarang pengaruh tidak wajar dari mana-mana pihak dalam melakukan siasatannya, lebih-lebih lagi apabila maruah dan integriti badan kehakiman kini mula menjadi perbualan masyarakat.

Malah, Sekretariat juga menggesa sekali lagi agar perdana menteri juga mestilah bercuti dari jawatan sehingga kes peribadi yang dibawa terhadapnya selesai.

Sekretariat mengulangi gesaan bahawa Kehakiman adalah badan yang mesti bertindak mempertahan keluhuran undang-undang dan ini mesti kelihatan dilakukan.

“Maka, adalah amat perlu pada masa ini Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) mengenepikan nama Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut dari mana-mana cadangan untuk diangkat sebagai Hakim Besar Malaya, Presiden Mahkamah Rayuan, hatta Ketua Hakim Negara sendiri sehingga isu laporan polis ini selesai,” tegasnya.

Sekretariat turut menekankan media mempunyai peranan untuk melapor berita dengan bertanyakan soalan-soalan wajar agar masyarakat Malaysia sentiasa dimaklumkan apa yang sedang berlaku dan sebarang bentuk tekanan kepada media adalah amat dikesali sekiranya ia benar-benar belaku dalam situasi ini.

Sekretariat sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia, dari pelbagai lapisan, kedudukan, dan latar belakang mempunyai tanggungjawab untuk sama sama memantau proses pelantikan mana-mana jawatan tinggi dalam negara agar ianya tidak diganggugugat oleh Eksekutif yang berkuasa.

Semalam, sebuah media melaporkan, laporan polis yang dibuat bagi pihak hakim berkenaan berhubung soalan yang diajukan portal tersebut telah dibocorkan.

Laporan polis itu dibuat selepas Malaysiakini menghubungi hakim itu pada 12 Jun.

Dalam laporan itu, hakim tersebut didakwa telah menerima beberapa soalan daripada wartawan tentang kejadian ketegangan semasa mesyuarat SPK- terutamanya berkenaan tuduhan langgar integriti, cubaan mempengaruhi keputusan mahkamah, cuba tukar hakim, dan malas menulis penghakiman  yang dikatakan menjadi punca kecoh dalam mesyuarat tersebut.

Hakim itu tidak menjawab permintaan Malaysiakini dan sebaliknya mengarahkan pegawainya membuat laporan polis pada hari yang sama. – 

SEMENJAK

ANWAR 

BLACKROCK

JADI PM 

NEGARA MAKIN

KACAU

AMIN

MASA DAH 

SAMPAI KITA

BERSATU 

JATUHKAN

MADANON 

ANAK BERANAK

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau yang buat kacau. tak ada apa-apa pun kat sini. kau dengan pas sama saja. bodoh!