Rabu, 25 Jun 2025

KAKI TANGAN KERAJAAN ANTI ANWAR BOCOR MAKLUMAT



Hakim kanan digesa tarik diri dengar kes lepas laporan polis bocor

Sekretariat Pertahan Badan Kehakiman menggesa seorang hakim kanan menarik diri daripada mendengar sebarang kes susulan kebocoran laporan polis yang mengandungi dakwaan serius baru.

Kumpulan itu – yang ditubuhkan selepas satu meja bulat yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu – berkata dakwaan terhadap hakim berkenaan, termasuk campur tangan kehakiman yang didakwa berlaku, adalah perkara serius yang perlu disiasat oleh polis.

"Sekretariat juga dengan penuh hormat menyarankan agar Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut kini perlu dengan rendah diri berundur dari mendengar sebarang rayuan atau permohonan sehingga siasatan polis selesai.

"Alegasi dan dakwaan itu sendiri cukup untuk mencemarkan ikrar sumpah taat setia yang diambil oleh mana mana hakim,” kata sekretariat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sekretariat itu turut menegaskan bahawa hakim tersebut tidak sepatutnya dipertimbangkan untuk sebarang kenaikan pangkat sehingga siasatan polis selesai.

Perkembangan ini berlaku ketika jawatan dalam badan kehakiman dijangka mengalami kekosongan besar, dengan sembilan daripada 14 hakim tertinggi dijadual bersara wajib tahun ini.

Antara yang teratas dalam senarai tersebut ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang akan menjangkau usia 66 tahun bulan depan.

Malam tadi, satu laporan polis yang difailkan atas permintaan hakim tersebut dua minggu lalu – susulan pertanyaan yang diajukan oleh Malaysiakini – telah bocor.


Laporan itu, yang dibuat oleh seorang pembantu hakim, meminta pihak polis menyiasat bagaimana maklumat tersebut boleh tersebar.

Berikutan laporan tersebut, Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman telah mengambil keterangan daripada dua editor Malaysiakini.

Sebagai respons, sekretariat tersebut menyatakan bahawa media mempunyai hak untuk bertanya soalan dan sebarang cubaan untuk menekan media – jika benar – amat dikesali.

WOIT

APA MAKNANYA

INI?

JENG JENG JENG

MAKNANYA

RAMAI PEGAWAI

KERAJAAN YANG

JUJUR MAHU

BERKHIDMAT

PADA NEGARA

AMIN

MEREKA BOCORKAN

MAKLUMAT KERANA

CINTAKAN

KEBENARAN

AMIN

TAHNIAH PADA

YANG MEMBOCOR

MAKLUMAT

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahathir tak pernah berbohong ke? kah kah kah?