Ahad, 19 Oktober 2025

ZIONIS IALAH ZALIM



Mayat rakyat Palestin dipulang dalam keadaan mengerikan, termasuk hilang anggota badan, kesan terbakar


GAZA: Lebih 100 mayat rakyat Palestin dipulangkan ke Gaza dalam keadaan mengerikan, kebanyakannya masih belum dikenal pasti.

Menurut laporan Al Jazeera, mayat itu dihantar kembali dengan nombor menggantikan nama, menyebabkan keluarga mangsa terpaksa meneliti gambar bagi mengenal pasti identiti mereka.

Sumber perubatan berkata, kebanyakan mayat dilaporkan menunjukkan kesan penderaan fizikal teruk, termasuk kehilangan anggota badan, gigi, serta kesan terbakar.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Munir al-Bursh, menyifatkan keadaan itu sebagai 'jenayah perang yang tidak dapat disembunyikan', dan mendakwa tahanan terbabit 'dibunuh secara sengaja' dalam keadaan terikat dan ditutup mata.

Gambar yang diterima menunjukkan mayat dalam keadaan diikat seperti haiwan dan mengalami kecederaan parah.

Pertubuhan Doktor bagi Hak Asasi Manusia Israel (PHRI) turut mengesahkan pihaknya merekodkan ratusan kes penyeksaan dan kematian tahanan Palestin sejak bertahun lalu.

Pengarahnya, Naji Abbas, berkata banyak tahanan dibunuh, dipukul hingga mati, atau meninggal dunia selepas dinafikan rawatan perubatan.

Bedah siasat turut menemui tanda kekerasan walaupun beberapa bulan selepas kematian.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 75 tahanan Palestin dilaporkan meninggal dunia di penjara Israel.

Bagaimanapun, Israel setakat ini enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan itu, manakala Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) hanya menyatakan fokus mereka adalah memastikan pemindahan jasad dilakukan secara bermaruah.

Hampir 2,000 tahanan Palestin dibebaskan minggu ini sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata. Ramai antara mereka mendakwa diseksa dengan kejam, termasuk kehilangan penglihatan, berat badan merosot secara mendadak dan kecederaan serius akibat dipukul.

Seorang bekas tahanan, Mahmoud Abu Foul, berkata dia hilang penglihatan selepas dipukul sehingga pengsan selama beberapa jam.

Tahanan lain, Salem Eid berkata, dia tidak boleh berbaring kerana kesakitan akibat pukulan dan terpaksa tidur dalam posisi duduk.

Kini, terdapat kira-kira 9,000 tahanan Palestin masih berada dalam penjara dan antara tahanan paling menonjol ialah pemimpin Palestin berprofil tinggi, Marwan Barghouti, yang enggan dibebaskan oleh Israel.

Anaknya, Arab Barghouti, memberitahu Al Jazeera bahawa Israel menzalimi ayahnya dengan layanan luar biasa keras, termasuk satu kejadian pada pertengahan September apabila pengawal penjara memukulnya sehingga tidak sedarkan diri.

Seorang bekas tahanan, Mohammad al-Ardah, berkata Israel mematahkan tiga tulang rusuk Barghouti.

Israel menafikan dakwaan penderaan terhadap Barghouti dan tahanan Palestin lain, namun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong penafian itu. - AGENSI


INI LAH

TINGKAH LAKU

ZIONIS BLACKROCK

AMIN


Tiada ulasan: