PAGI INI
PAGI INI
AHAD 19 OKTOBER 2025
HARI TAPA RAJA
KEMPEN TOLAK RAJA
Sekarang kita hari Ahad – di Amerika baru Hari Sabtu – Hari ini Sabtu 19 Oktober – berjuta rakyat Amerika keluar ke jalan raya – berdemo – semua 50 negeri di Amerika ada demo di susun dan atur – Kota besar seperti New York , Chicago atau San Francisco – penuh dengan pendemo.
Dari kota besar ke kota kecil ke pekan dan ke kampung warga Amerika keluar berdemo – MEREKA MENOLAK TRUMP YANG NAK JADI RAJA.
Di Amerika hari ini di panggil NO KING DAY – HARI TANPA RAJA.
Rakyat Amerika dah muak dengan politik dan kelakuan dan tindak tanduk Trump yang di anggap NAK JADI MAHARAJA – TRUMP SELALU keluar arahan ini – keluar arahan itu – perintah ini perintah itu – langgar undang-undang – langgar PERLEMBAGAAN – hantar askar masuk ke bandar – semua ini SEDANG BERALKU di Amerika di bawah Presiden Donald Trump.
Trump dah jadi MAHARAJA.
Amerika kini menjadi lebih ganas – lebih zalim – lebih mengontrol – lebih mengintip dan lebih ramai warga dan pendatang masuk penjara atau di tendang keluar dari Amerika.
AMERIKA menuju era NAZI – Amerika yang demokratik kini menjadi autotarian. Perang ekonomi – krisis ekonomi semakin menjadi jadi. Amerika menuju zaman ekonomi merundum jatuh – meleset – Berita melapor banyak syarikat jatuh muflis – semua ini adalah tanda- tanda bahawa PERANG AKAN SAMPAI.
Elit politik dan elit ekonomi sedang merancang perang – Sejarah dan pengalaman menunjukkan kita EKONOMI MELEDAK RUNTUH – perang akan ditaja sebagai penyelamat.
UNTUK GUA TRUMP adalah terbaik – kerana Trump sedang huru harakan dunia kapitalis – gua mahu Trump kacau lagi dunia - bagi semua sedar dan lihat ini dia SISTEM EKONOMI KAPITALIS yang di bawa oleh Amerika.
Tapi dalam masa yang sama kita juga wajib bersedia untuk berlawan kerana ajen dan penyokong sistem ekonomi kapitalis ini sidang menjarah negara kota.
BILA PERANG sampai kita wajib bersedia. Bangun untuk mendirikan Tanah Melayu BARU. Amin.
DEMO ANTI TRUMP DI KUALA LUMPUR
Kawan- kawan bersedia untuk turun berdemo menolak Trump.
DEMO PERTAMA : Jumaat 24 Oktober 2025 – berhimpun di Dataran Tabung Haji - sasaran Kedutaan Amerika – mula kumpul jam 10 pagi.
DEMO KEDUA : Ahad 26 Oktober 2025 – Di AMPANG PARK – kumpul jam 10 pagi.
SABTU 25 2025 – jika masih berada di Kuala Lumpur – kita tunggu arahan – tapi boleh himpun di Sogo.
AMERIKA
Navy Amerika meletupkan sebuah kapal selam di laut hampir dengan Venezuela. Kapal selam ini mengikut Trump membawa dadah dalam perjalanan ke Amerika. Dua mati.
GAZA
Zionis Blackrock langgar 47 kali perjanjian gencatan senjata – Bunuh 38 warga Palestin – dalam masa gencatan senjata masih berjalan.
ISRAEL
Sempadan Rafah – hubung Gaza dengan Mesir di tutup – TIDAK ada bantuan masuk. Zionis Israel tuduh Hamas langgar perjanjian kerana belum hantar semua mayat tahanan.
PAKISTAN – AFGHANISTAN
Islam lawan Islam. Bom lawan bom. Bunuh membunuh. Qatar sekali lagi jadi orang tengah bawa gencatan senjata pada dua negara yang klim Islam.
ISREAL
Netanyahu buat kenyataan : PERANG GAZA belum tamat selagi Hamas tidak lucutkan senjata.
GAZA
Mayat Palestin yang ditawan oleh Isreal dipulangkan. Ini memeranjatkan dunia. Banyak badan dibakar. Kaki dan tangan di potong. Cedera di sana sini. Mereka mati dalam tahanan Isreal kerana diseksa.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit kelam awan mendung macam nak hujan. KL & KL Sentral berjerebu. Kemarin hujan renyai. Matahari belum muncul.
Tapi Tekukur tetap berlagu. Kumpulan Pipit tak ramai terbang cari rezeki.
Pagi ini ada beberapa Warga Hokkien dah tahu bahawa kami bawa makanan. Ada dah berani ikut berjalan sama ke arah Makam depan Pokok Ara tempat gua letakkan nasi.
Hari ini – wow – Puppy-Puppy semua turun makan – gua beri Nasi dengan serbuk daging dan juga gua tabur Friskies – Wow !!! Kenduri pagi ini.
Jap pagi gua nak ke pasar. Nak lihat apa yang murah. TAPI bawang amat murah 2 RM satu kilo – ini harga NSK – harga bawang di Chow Kit pernah 8RM sekilo.
Gua yakin hari ini akan panas. Balkoni gua dah bersinar. Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Bandar Melaka bandar berjasa
Haji Ali pelihara angsa
Bila Madafaka dapat kuasa
Rafizi Ramli jadi mangsa
Haji Ali mencari murai
Beli murai dari Melaka
Rafizi Ramli hancur terbarai
Pengaruh masih kuat lawan Madafaka
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan