Ahad, 28 Disember 2025

SESUDAH NAJIB - KES ZAHID WAJIB DI BUKA KEMBALI


Najib boleh didakwa semula kes ubah wang haram RM27 juta SRC

Enam bulan lalu, bekas perdana menteri, Najib Razak dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) oleh mahkamah bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International.

Kes itu tergantung sejak 2019 tanpa sebarang perkembangan. Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan ia tidak dapat diteruskan kerana dokumen berkaitan terikat dengan perbicaraan kes 1MDB.

DNAA bermaksud tertuduh masih boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.

Susulan perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi kini telah pun selesai, ruang terbuka untuk pihak pendakwaan memulakan semula kes pengubahan wang haram itu.

Najib sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan menerima RM27 juta hasil aktiviti haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking atas namanya di AmIslamic Bank Berhad, yang terletak di bangunan Kumpulan Ambank di Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Kes ini berasingan daripada kes SRC International melibatkan dana RM42 juta, yang mana Najib kini sedang menjalani hukuman penjara.

AGC mesti ambil peluang

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Samantha Chong berkata walaupun Najib berkemungkinan akan memfailkan rayuan terhadap sabitan dalam kes 1MDB, pihak pendakwaan masih boleh memohon kepada mahkamah untuk menggunakan dokumen berkaitan dalam kes pengubahan wang haram RM27 juta itu.

Dia turut menjelaskan bahawa sejak 2020, Mahkamah Rayuan telah melalui proses pendigitalan yang menyaksikan peralihan penggunaan dokumen daripada salinan fizikal kepada salinan digital.

Sementara itu, pengasas bersama Projek Sama, Wong Chin Huat, berkata Jabatan Peguam Negara mesti merebut peluang untuk mendakwa semula Najib dalam kes kedua SRC International.

“Jika AGC gagal berbuat demikian, ia boleh dilihat seolah-olah sengaja membiarkan DNAA terhadap Najib menjadi pelepasan yang bersamaan dengan pembebasan (DAA),” katanya.

Menurutnya, kelewatan berlarutan dalam membuka semula kes DNAA memberi peluang kepada tertuduh untuk memfailkan permohonan menukar status DNAA kepada DAA.

Wong berkata tanggungjawab memastikan Najib didakwa semula terletak pada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan bukan pada peguam negara semata-mata.

Dia menambah, perkara sama juga perlu dilakukan bagi satu lagi kes yang menyaksikan Najib menerima DNAA.

Sebelum ini, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah, didakwa bersama atas kesalahan jenayah pecah amanah (CBT) melibatkan RM6.6 bilion pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 2018.

Kedua-duanya kemudiannya diberikan DNAA pada 27 November tahun lalu.

Zahid juga perlu didakwa

Sementara itu, peguam Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa sebaik sahaja dokumen berkaitan kes 1MDB tersedia, Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai tanggungjawab untuk memulakan kes baru terhadap Najib, di samping meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika AGC hanya meneruskan pendakwaan terhadap kes DNAA Najib tetapi membiarkan Zahid terlepas tanpa sebarang tindakan, ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa yang besar dan jelas oleh peguam negara serta kerajaan, dan akan menyebabkan runtuhnya keyakinan awam dan pelabur.

“Keutamaan sekarang ialah kes DNAA Zahid, kerana Najib sudah pun dipenjarakan dengan hukuman jangka panjang. Kerajaan tidak mempunyai pilihan — mereka mesti mendakwa Zahid atau mengakui bahawa mereka bersalah melakukan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Pada 2023, Zahid diberikan DNAA bagi 47 pertuduhan kes jenayahb pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Pada Jumaat lalu, Najib didapati bersalah atas kesemua 25 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dalam kes 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.38 bilion terhadap bekas perdana menteri itu.

Sekiranya dia gagal membayar denda tersebut, Najib akan dikenakan tambahan hukuman penjara selama 10 tahun.

LUPAKAN

 SEMENTARA

KES NAJIB

AMIN

BABI DALAM

KANDANG

TAK PERLU DIIKAT

AMIN

BUKA KEMBALI

KES ZAHID

INI LEBIH PENTING

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: