PAGI INI
PAGI INI
AHAD 28 DISEMBER 2025
24 JAM
PEMUDA UMNO MANDUL
Makin jelas - makin terang - makin sahih PEMUDA UMNO MANDUL kah kah kah. Beri AMARAN 24 JAM PADA YB DAP .... lepas 24 jam satu habuk takda aksi kah kah kah.
Dulu zaman PEMUDA UMNO dipimpin oleh DATUK HARUN - UMNO parti Melayu ini TIDAK PERNAH DI HINA – KERIS TERCABUT BILA DI HINA kah kah kah. SEKARANG bukan saja dihina malah PRESIDEN UMNO NAJIB di singkir dan di masukan ke dalam penjara. KHALAS
BAGUS juga UMNO hilang kuasa – Gerombolan ini muncul atas tajaan Inggeris maka dah sampai masa untuk kita kuburkan.
AWAS !!! DAP juga DI TAJA OLEH LEE KUAN YEW – AJEN INGGERIS.
Maka Bani Melayu wajib sedar – ini juga balachi Inggeris. MELAWAN dan MEMUSNAH kan saki baki ajen Inggeris adalah TUGAS SUCI kesedaran Melayu. AMIN
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Matahari tak kelihatan. Langit berawan pucat. Awan hitam - awan mendung juga di lihat. Hujan kemarin belum semua turun. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Suara How Wow di dengar. Bunyi mesin potong rumput juga di dengar. Yang lain gua tak dengar.
Dari jauh gua nampak Jantan Baik berkejar. Pagi ini Siti dan keluarga datang makan. Kemarin pagi petang mereka hilang - pagi ini ramai datang. Puppy Itam pun ada sama.
Gua selalu bertanya ? Bila tak kelihatan kemana Siti dan Keluarga bertandang. Amin.
Gua harap hari ini akan panas. Bila matahari bersinar hati jadi gumbira. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD
Pucuk paku ulam di celur
Membina sangkar anak kucing
Pemuda UMNO hilang telor
Kena hina kena kencing
Berbuka di mana dibulan puasa
Mari berbuka air pegaga
Presiden UMNO hilang kuasa
Masuk penjara padan muka
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan