Ahad, 28 Disember 2025

TEBING BAQRAT WAJIB MULA BERDERILA



Israel isytihar perintah berkurung di kampung Palestin lepas serangan


QABATIYAH: Israel mengenakan perintah berkurung atas sebuah perkampungan Palestin di Tebing Barat yang diduduki, menandakan hari kedua operasi di kawasan itu selepas seorang penduduk tempatan membunuh dua warga Israel.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dalam satu kenyataan, atas alasan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang keganasan dilakukan Palestin.

"Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sedang menjalankan operasi secara tegas terhadap sarang keganasan di Qabatiya, disertai dengan perintah berkurung dan sekatan penuh di kawasan terbabit.

"Kami akan terus melaksanakan dasar tegas tanpa tolak ansur terhadap keganasan Palestin," katanya.

Dalam serangan kelmarin, seorang lelaki warga Palestin berusia 34 tahun dilapor membunuh dua lelaki dekat utara Israel.

Menurut polis rejim Zionis, penyerang yang didakwa bekerja secara haram di Israel, menggunakan kenderaan majikannya untuk merempuh seorang lelaki berusia 68 tahun sebelum menikam seorang remaja perempuan berusia 18 tahun sehingga maut.

Beberapa jam kemudian, tentera Israel dan agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet, melancarkan operasi di Qabatiya, dengan menggeledah rumah pelaku dan menyoal suspek.

Semalam, Ketua Turus Tentera Israel, Eyal Zamir, mengarahkan penambahan pasukan yang ditempatkan di kawasan berkenaan.

"Tempoh sekarang menyaksikan peningkatan serangan dilakukan penyerang tunggal, kebanyakannya menetap secara haram di Israel.

"Justeru, tindakan terhadap majikan yang membawa masuk dan menggaji mereka juga perlu ditambah baik serta diperkukuhkan," katanya.

"Pada masa sama, kita perlu meningkatkan keupayaan mengenal pasti dan mengekang serangan seumpama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Memetik laporan agensi berita rasmi Palestin, Wafa, selain menyekat pintu masuk serta menjalankan soal siasat dan menggeledah rumah, tentera Israel turut merampas sebuah sekolah serta menjadikannya pusat tahanan dan soal siasat.

Mengikut kiraan AFP berdasarkan angka Kementerian Kesihatan Palestin, tentera dan peneroka rejim Zionis membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk ramai pejuang serta puluhan orang awam.

Sekurang-kurangnya 44 warga Israel terdiri anggota tentera dan orang awam dilapor terbunuh dalam serangan Palestin atau operasi ketenteraan Israel dalam tempoh sama di Tebing Barat. - AFP

YAKINLAH

DALAM MASA

TERDEKAT

AMIN

JIKA WARGA

TEBING BARAT

TIDAK MELAWAN 

 ANGKAT SENJATA

MAKA SEMUA

TANAH MEREKA

AKAN DI RAMPAS

KHALAS

Tiada ulasan: