Khamis, 30 April 2026

KENYATAAN PN MAKIN BAIK


PANDANGAN PN

INI MAKIN BAIK

AMIN

UNTUK JADI 

KERAJAAN 

PARTI POLITIK

HANYA PERLU 

JAGA RUMAH

JAGA KERJA

JAGA HOSPITAL

JAGA SEKOLAH

BUKAN JAGA

BURIT KOTE 

RAKYAT

KHALAS






PN Persoal Tindakan Terhadap Malaysiakini


KUALA LUMPUR | 29 Apr 26 – Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menyerbu kediaman seorang wartawan portal berita Malaysiakini, dengan menyifatkan langkah itu sebagai menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan media dan ketelusan kerajaan.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata tindakan tersebut seolah-olah menggambarkan keutamaan diberikan kepada siasatan terhadap wartawan berbanding penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

“Dalam sebuah negara demokratik yang matang, respons terhadap laporan media seharusnya mengutamakan penjelasan dan ketelusan, bukannya tindakan yang boleh dilihat menekan peranan media,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut laporan, serbuan dilakukan ke atas kediaman wartawan Malaysiakini, B. Nantha Kumar, susulan artikelnya mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing dikenali sebagai “The Universal Recruitment Advanced Platform” (TURAP), yang dikaitkan dengan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Difahamkan, beberapa pegawai polis menjalankan pemeriksaan selama kira-kira 45 minit berdasarkan waran berkaitan dakwaan pemilikan dokumen rasmi Jemaah Menteri. Bagaimanapun, tiada sebarang barangan atau dokumen dirampas dalam operasi tersebut.

Siasatan dilaporkan dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata tindakan tersebut tidak boleh dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya berpotensi memberi kesan lebih luas terhadap peranan kewartawanan penyiasatan di negara ini.

Beliau turut membangkitkan persoalan berhubung tindakan kementerian terbabit yang didakwa memilih untuk membuat laporan polis walaupun telah diberikan ruang oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan terhadap laporan asal.

“Jika benar, ini menimbulkan persoalan serius mengenai keterbukaan dan kesesuaian penggunaan mekanisme penguatkuasaan dalam menangani laporan media,” katanya.

PN juga menegaskan bahawa sektor pengambilan pekerja asing sejak sekian lama dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk ketelusan, peranan orang tengah dan kos yang tinggi, justeru laporan media berkaitan perkara itu adalah berkepentingan awam dan wajar diteliti.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan mengenai asas tindakan yang diambil serta memastikan hak-hak perlembagaan, termasuk kebebasan media, terus dihormati.

“Malaysia mesti kekal sebagai negara yang membolehkan salah laku disiasat, tanpa menjadikan wartawan sebagai ancaman hanya kerana menjalankan tugas mereka,” katanya.

Baru-baru ini, Polis menyerbu rumah wartawan kanan Malaysiakini B Nantha Kumar berkaitan siasatan terhadap laporan mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing.

Nantha berkata dua pegawai polis berpakaian biasa tiba pada jam 2.30 petang dan menggeledah kediaman di Seri Serdang selama kira-kira 45 minit. @politiko.my

Tiada ulasan: