Selasa, 28 April 2026

MINYAK NAIK HARGA - RAKYAT NAIK MINYAK


BERITA  MINYAK

NAIK HARGA

MENAKUTKAN

KERAJAAN ZALIM

AMIN

RAKYAT 

NAIK MINYAK

AKAN

KELUAR BERDEMO

AMIN


Harga minyak global meningkat susulan kebuntuan perang Iran-AS terus berlarutan

BENGALURU: Harga minyak meneruskan kenaikan apabila usaha menamatkan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat masih tergendala, sementara laluan perairan penting Selat Hormuz kekal sebahagian besarnya ditutup, menyebabkan bekalan tenaga dari rantau pengeluar utama Asia Barat sukar diperoleh pembeli global.

Presiden AS, Donald Trump tidak berpuas hati dengan cadangan terbaharu Iran yang bertujuan menamatkan perang, kata seorang pegawai AS.

Sumber Iran mendedahkan cadangan Tehran itu yang mengelak daripada membincangkan program nuklearnya sehingga permusuhan dihentikan dan pertikaian perkapalan di Teluk diselesaikan.

Ketidakpuasan Trump terhadap tawaran Iran itu menyebabkan konflik terus buntu, dengan Iran menutup aliran perkapalan melalui Selat Hormuz, yang biasanya membawa bekalan bersamaan kira-kira 20 peratus penggunaan minyak dan gas global, manakala AS mengekalkan sekatan terhadap pelabuhan Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi Jun meningkat 45 sen, atau 0.4 peratus, kepada AS$108.68 setong setakat 0051 GMT, selepas naik 2.8 peratus dalam sesi sebelumnya kepada paras penutupan tertinggi sejak 7 April.

Kontrak itu meningkat untuk hari ketujuh berturut-turut.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS bagi Jun pula naik 58 sen atau 0.6 peratus, kepada AS$96.96 setong, selepas meningkat 2.1 peratus dalam sesi sebelumnya.

Rundingan terdahulu antara AS dan Iran gagal minggu lalu selepas pertemuan secara bersemuka tidak mencapai persetujuan.

"Bagi pedagang minyak, bukan lagi retorik yang penting, tetapi aliran fizikal minyak mentah melalui Selat Hormuz, dan pada masa ini aliran itu masih terhad," kata penganalisis pasaran City Index dan FOREX.com, Fawad Razaqzada, dalam satu nota.

Razaqzada menambah bahawa walaupun penyelesaian dicapai, gangguan pengeluaran dan cabaran logistik bermakna pemulihan boleh mengambil masa berbulan-bulan.

Data penjejakan kapal menunjukkan, gangguan ketara di rantau itu dengan enam kapal tangki minyak Iran terpaksa berpatah balik akibat sekatan AS.

Bagaimanapun, sebuah kapal tangki gas asli cecair (LNG) yang diuruskan oleh syarikat minyak Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi National Oil Co (ADNOC), berjaya melintasi Selat Hormuz dan dilihat berada berhampiran India, menurut data penjejakan kapal pada Isnin.

Sebelum perang AS-Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Februari, antara 125 hingga 140 kapal melintasi selat itu setiap hari. - REUTERS

Tiada ulasan: