Selasa, 28 April 2026

SANDIWARA BUNUH TERAM


SANDIWARA

BUNUH TERAM 


Satu lagi percubaan untuk bunuh Presiden Trump terjadi lagi . Kali ini berlaku pada Jamuan Makan Malam Wartawan  Sabtu 25 April 2026 yang baru berlalu. 

Jamuan tahunan ini untuk merayakan para wartawan di adakan  di Hotel Hilton Washington DC. Presiden dan semua ahli kabinet kerajaan ada bersama  di jamuan ini. 

Kali pertama percubaan menembak  Trump  berlaku di  Butler Pennsylvania pada 13 Julai 2024. Ini Ketika Trump sedang berkempen untuk jadi Presiden. Telinga kanan Trump cedera.

Satu warga mati tertembak. Dua cedera. Sang Penembak ditembak mati. Cerita selesai.

Kali  kedua  berlaku di Padang Golf  di Florida pada 15 September 2024. Penembak di tangkap polis. Apa terjadi dengan penembak yang di tangkap ini hilang begitu saja dari media arus perdana.

Percubaan kali ketiga ini agak menarik. Sang Penembak bernama Tomas Allen 31 tahun. Lelaki ini berasal dari Carlifornia. 

Apa yang menjadikan kes ini menarik ialah kerana pada ketika percubaan membunuh Trump ini berlaku  - Trump di lihat kelam kabut kerana  telah kalah perang dengan Iran. 

Suasana politik menunjukkan Trump mahu menamatkan perang kerana tekanan. Tekanan utama dari ekonomi dunia sedang kacau. Tekanan ke dua pada  bulan November ini akan  ada pemilihan wakil kerajaan. Populariti Trump dan Parti Republikan makin  merosot.

Jika Partai Republikan kalah dan Partai Demokrat menang , kemungkinan ada gerakan untuk memecat Trump seperti yang terjadi pada Presiden Nixon tahun 1974 dulu.

Iran  ketika ini   tak mahu berunding – malah Iran tak ambil pot. Iran buat deek kepada  wakil Trump yang hendak datang berunding ke  pusingan ke dua di Islamabad Pakistan.

Perundingan di  batal.

Sekutu Amerika dan warga dunia sedang melihat Trump sedang gelabah. Maka  masuk akal jika SANDIWARA  TRUMP INI di pentaskan.

Seorang Wartawan dari Fox News telah di buang kerja kerana membuat laporan seolah-olah babak penembakan   terbaru ini sebagai  persembahan sandiwara.

Sandiwara apa ? Sandiwara nak  tutup dan alih berita Perang di Iran dan  berita Selat Hormuz yang masih di tutup.

Paling jelas ialah kenyataan  Larry Johnson. Sosok ini ialah  bekas  penganalisa CIA.  Temu bual bekas pegawai CIA ini   dalam podcast   Mario Nawfal ini telah tersebar meluas.

Satu klip  dalam podcast ini memperlihatkan  Tomas -  Sang Penembak  - masuk menceroboh membawa senjata    ke dalam dewan.

Larry Johnson mempersoalkan  kenapa Sang Penceroboh ini tidak ditembak. Ini melanggar SOP    Pasukan Keselamatan. 

Malah yang menjadi tanda tanya lagi ialah bila Pasukan Keselamatan  datang  ke atas pentas utama untuk tugas menyelamat – mereka  tidak menyelamatkan Trump terlebih dahulu.  

Pasukan Keselamatan membawa keluar orang lain lebih awal dari menyelamatkan Presiden Trump.

Ini sekali lagi melanggar SOP Keselamatan Pasukan. 

Dalam podcast  ini  Larry Johnson bertanya : ‘ .... Betulkah  Tomas  di tembak.... bila klip muncul ...tidak ada darah kelihatan  ... para medic tidak kelihatan  ... hanya Tomas  tanpa baju meniarap di lantai... tangan di gari.......’ 

Pada ketika ini Tomas dalam siasatan lagi. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Berita teater dan sandiwara ini sedang merebak. (TT)

Tiada ulasan: