Selasa, 28 April 2026

PAGI INI

PAGI INI





PAGI INI

SELASA 28 APRIL   2026

PERANG HARI KE 59

GENCATAN SENJATA BERJALAN


SANDIWARA NAK BUNUH TERAM
Kah kah kah
Kah kah kah
Heboh di Amerika – sandiwara  BUNUH TERAM – kah kah kah – takda sapa percaya kecuali media arus perdana – MEDIA AMERIKA TAKUT buat  laporan jujur  – nanti Teram saman kah kah kah.

Sandiwara BUNUH TERAM  ini di pentas kerana TERAM DAN AMERIKA DAH KALAH PERANG DENGAN IRAN .

NOGORI SEMBILAN
POLITIK ADAT MAKIN BERGOLAK. 
Gua  Sakai dari suku BIDUANDA menyokong kuasa ADAT – gua tak kira sapa jadi YAMTUAN – yang pasti  ADAT mesti di patuhi.

Untuk gua ADAT adalah identiti MELAYU – bangsa lain yang tak TAHU ADAT – tak apa – tapi mereka tak perlu campur adat Melayu.

BIAR MATI MADANI
JANGAN MATI ADAT

Ini pegangan gua – gua bukan ROYALIS – gua ADATIS – apa dia ADATIS? – Adatis ialah penyokong adat salasilah Melayu .

NOTA:
Sila rujuk PERLEMBAGAAN – Sapa Melayu ? MELAYU IALAH SOSOK YANG MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM – adat dulu dari agama ! Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah muncul – sinar membakar  pipi. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis – petang kemarin hujan.

Di Lorong Masuk gua nampak Siti dan Emak – kemudian semua datang menyambut gua – semua EKOR MENGOTEK – ini tanda  baik – bila ekor mengotek ertinya GUMBIRA.

Semua dapat makan pagi ini. Gua tabur juga Friskies  selain dari nasi. Gumbira ialah melihat Warga Hokkien ramai makan.

Siti ikut gua ke Wakaf  Tiga – saekor Gagak terbang melintas dan bersuara -  suara Gagak agak sedih. Dalam sawah rumput Terkukur berlagu.

Bila  pulang ke Wakaf Satu  hanya Tiong  Laki Bini menunggu  untuk makan bersama  Siti - – yang lain tak muncul pasti dah kenyang.

Hari ini akan panas – mungkin petang hujan – malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA

BRO
Raja berdaulat dalam alamnya.
Penghulu  benobat dalam sukunya

BRO
Adat bersendi syarak. Syarak bersendi Kitabullah 

BRO
Alam beraja -  luak berpenghulu -  suku berlembaga – anak buah berbuapak – AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: