Jumaat, 8 Mei 2026

KENAPA ZAHID DI BEBASKAN ?


KES ZAHID

MUDAH SELESAI

 TAK PERLU 

BELIT BELIT PERLEMBAGAAN

AMIN

SATU MALAYSIA

YAKIN ZAHID 

YANG TENGAH BICARA TERTIBA DIBEBASKAN

 SEBAGAI

UPAH SOKONG 

ANWAR BIN

 IBRAHIM JADI PM

AMIN

PEGUAM NEGARA

PERLU YAKINKAN

RAKYAT MALAYSIA

BAHAWA ZAHID

TIDAK RASUAH

TIDAK BERSALAH

AMIN

TAKDA ARAHAN

EEELLLEEEK

DARI  ANWAR 

BIN IBRAHIM 

MINTA ZAHID

DI BEBASKAN

AMIN 




Keputusan DNAA Zahid selari Perlembagaan, tak perlu lagi semakan kehakiman – Peguam

KUALA LUMPUR – Keputusan Peguam Negara melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi sebelum ini adalah selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, sekali gus tidak memerlukan semakan kehakiman.

Sehubungan itu, peguam, Nik Saiful Adli Burhan berkata, Keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan Majlis Peguam memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan itu bakal menjadi perbincangan penting berkenaan kedudukan kuasa Peguam Negara menurut Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara itu juga boleh dilihat sebagai satu langkah yang mencabar prerogatif Perlembagaan.

Ini kerana, jelas beliau, apabila sesuatu keputusan dibuat berdasarkan representasi pembelaan yang kuat atau penemuan bukti baharu (seperti dalam kes Yayasan Akalbudi di mana terdapat isu mengenai siasatan SPRM), Peguam Negara bertindak atas kapasiti sebagai Dominus Litis (tuan punya tindakan undang-undang).

“Jika semakan kehakiman dilakukan semata-mata untuk mencabar kestabilan politik atau semata-mata kerana kes melibatkan Presiden sesebuah parti seperti UMNO, ia boleh dianggap sebagai satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of court process),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nik Saiful Adil yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, pengamal undang-undang sedia maklum bahawa mencabar budi bicara Peguam Negara secara keterlaluan boleh menyebabkan ketidakpastian dalam sistem keadilan jenayah, di mana keputusan eksekutif sentiasa terdedah kepada gangguan pihak ketiga yang mempunyai agenda tersendiri.

Sehubungan itu, ujarnya, adalah penting bagi ahli parti dan rakyat keseluruhannya untuk memahami bahawa kedaulatan undang-undang (rule of law) bermaksud menghormati kuasa yang telah diberikan oleh Perlembagaan kepada pemegang jawatan tertentu, termasuklah Peguam Negara.

“Mempertikaikan keputusan Peguam Negara tanpa asas perundangan yang kukuh, sebaliknya didorong oleh sentimen lain, hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara,” katanya.

Tegas beliau, kesetiaan kepada Perlembagaan menuntut rakyat menerima bahawa Peguam Negara mempunyai akses kepada maklumat dan kertas siasatan yang tidak dimiliki oleh orang awam atau organisasi luar.

Sehubungan itu, katanya, keputusan Peguam Negara harus dilihat dalam kerangka keadilan profesional, bukan naratif politik ataupun pandangan lain yang mencabar kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Keputusan semalam hanyalah untuk memberi kebenaran untuk kes dibawa ke mahkamah (leave of the court), belum lagi melibatkan isu utama.

“Walaubagaimanapun keputusan itu sudah dijangka melihat kepada kes ini adalah suatu kes yang melibatkan isu baharu, belum diputuskan, kes jarang berlaku dan luar biasa dan ia mewajarkan satu pendengaran semakan kehakiman menurut undang-undang.

“Perlu diingat juga, keputusan Mahkamah Rayuan semalam hanyalah membenarkan Majlis Peguam memfailkan semakan, bukannya memutuskan bahawa keputusan Peguam Negara itu salah, bukan juga membatalkan keputusan DNAA, jauh sekali untuk memutuskan bahawa Presiden UMNO sabit dan bersalah!” katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman mencabar keputusan Peguam Negara menghentikan perbicaraan kes Yayasan Akal Budi membabitkan Ahmad Zahid.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Faizah Jamaludin membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran itu bukan sesuatu yang remeh dan tidak berasas.

Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan berkenaan selepas pendakwaan memaklumkan bahawa Peguam Negara ingin memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid. –

Tiada ulasan: