SERANG BEDIL
LAWAN ADALAH
CARA YANG BETUL
AMIN
AMERIKA DAH
SESAK NAFAS
KHALAS
Iran sahkan serangan misil, dron terhadap kapal pemusnah AS
ISTANBUL: Iran mengesahkan ia melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) berhampiran Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan, operasi itu dilancarkan selepas apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran gencatan senjata oleh AS susulan serangan terhadap sebuah kapal tangki minyak Iran berhampiran pelabuhan Jask serta pergerakan kapal pemusnah AS menuju ke laluan perairan strategik itu.
Menurut kenyataan itu, tentera Iran melaksanakan "operasi gabungan berskala besar dan tepat" menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu jelajah antikapal dan dron berisi bahan letupan yang menyasarkan kapal pemusnah AS.
Ia turut mendakwa penilaian risikan menunjukkan kapal AS berkenaan mengalami "kerosakan ketara", manakala tiga kapal pemusnah berundur dari kawasan Selat Hormuz.
Terdahulu, media Iran melaporkan pasukan tentera laut negara itu menyasarkan tiga kapal pemusnah AS berhampiran Selat Hormuz menggunakan peluru berpandu dan dron selepas apa yang didakwa sebagai serangan AS terhadap sebuah kapal tangki minyak Iran.
Agensi Berita Tasnim melaporkan, kapal terbabit sedang berundur ke arah Laut Oman, manakala penyiar milik kerajaan Iran, IRIB, melaporkan "unit musuh" yang disasarkan mengalami kerosakan dan terpaksa berundur. - BERNAMA-ANADOLU


Tiada ulasan:
Catat Ulasan