Jumaat, 1 Mei 2026

TUMP NAK SERANG IRAN SEKALI LAGI


TERAM INI

CAKAP BANYAK

KAH KAH KAH

IRAN DAH LAMA

TUNGGU ASKAR

AMERIKA 

MENDARAT

AMIN

WARGA DUNIA NAK

TENGOK ISRAEL

KENA BEDAL

AMIN

DUNIA NAK 

TENGOK

IRAN SERANG

NEGARA ARAB

YANG JADI

BARUA AMERIKA

KHALAS 


AS mungkin sambung semula serang Iran - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata negara itu mungkin perlu menyambung semula perang dengan menyerang Iran.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa butiran rundingan itu hanya diketahui oleh beliau dan beberapa individu tertentu.

"Tiada siapa yang tahu mengenai rundingan ini kecuali saya dan beberapa orang lain," katanya yang tidak menolak kemungkinan menyerang semula Iran jika rundingan damai terus buntu.

Sementara itu, agensi berita Iran, Tasnim, melaporkan bahawa aktiviti pertahanan udara yang kedengaran di Tehran adalah sebahagian daripada usaha menangkis pesawat kecil dan dron peninjau musuh.

Trump sebelum ini berulang kali memberitahu bahawa Iran bersetuju dengan satu perjanjian jangka panjang, sambil menegaskan tekanan ekonomi terhadap Tehran akan terus dipertingkatkan.

Beliau turut menegaskan bahawa sekatan ekonomi, termasuk sekatan ke atas Selat Hormuz, individu dan entiti Iran akan turut ditingkatkan bagi memaksa negara itu kembali ke meja rundingan mengikut syarat Washington.

Iran bagaimanapun dilihat masih bertahan walaupun berdepan tekanan berterusan.

Perkara itu diyakini Trump akan berubah dalam jangka masa tertentu, tanpa menjelaskan apa maksud sebenar beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa gencatan senjata yang sedang berlangsung adalah terbuka tanpa tempoh tetap.

Tambahnya, keputusan untuk meneruskan gencatan senjata bergantung sepenuhnya kepada beliau.

Menurut sumber, pelbagai senario sudah dibentangkan kepada Trump oleh penasihat ketenteraan dan risikan.

Ia termasuk kemungkinan tindakan ketenteraan atau peningkatan tekanan ekonomi sekiranya gencatan senjata tidak diteruskan.

Sementara itu, Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM), memaklumkan kapal tentera laut AS di Asia Barat sedang diisi dengan bekalan termasuk bahan api, makanan, peluru dan keperluan asas.

CENTCOM turut berkongsi gambar di media sosial yang menunjukkan bekalan dimuatkan ke atas kapal pemusnah peluru berpandu USS Delbert D Black, yang menyokong kumpulan tempur kapal induk USS Abraham Lincoln Carrier Strike Group di rantau berkenaan.

Ketua Pentagon, Pete Hegseth, memberitahu Senat AS bahawa perang dengan Iran setakat ini menelan kos sekitar AS$25 bilion (RM99.25 bilion).

Bagaimanapun, terdapat anggaran lain yang meletakkan jumlah itu jauh lebih tinggi. - AGENSI





Tiada ulasan: