Jumaat, 1 Mei 2026

BENCI MELAMPAU


TAK PERLU JADI

SHERLOCK HOLMES

61 KALI TIKAM 

BUKTI

BENCI YANG

MELAMPAU

KHALAS 


61 kesan tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh, polis temui rantai leher ukiran 'SYAA'

KOTA BHARU: Mayat seorang wanita yang ditinggalkan di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh, tengah malam tadi mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata mangsa ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mangsa berdasarkan semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.

"Hasil pemerhatian awal di lokasi mendapati, mangsa memakai rantai leher dengan ukiran nama 'SYAA', seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri serta sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.


"Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa barangan lain antaranya seutas manik berwarna-warni, cermin mata dan sehelai selendang namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

"Pemeriksaan awal oleh Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula di bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Yusoff berkata, bantuan anjing pengesan (K9) juga digerakkan bagi membuat pengesanan sekitar 30 meter radius kawasan terbabit.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Ganesan di talian 012-5691204," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia sekitar 20-an ditemukan di tepi jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, jam 12.30 malam tadi oleh penduduk kampung.

Mangsa ditemukan dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah dipercayai ditikam dengan kecederaan parah di seluruh tubuh.


Tiada ulasan: