Selasa, 3 November 2026
MAFIA KOPORAT TUNJUK KUASA
TANDA
MAFIA KOPORAT
TUNJUK KUASA
AMIN
GUNA MAHKAMAH
LARANG MEDIA
ORANG RAMAI
TAHU BERITA
AMIN
Laporan: Farhash dapat
injunksi terhadap Bloomberg,
bekas bos SPRM kecewa
Ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, semalam memperoleh injunksi terhadap Bloomberg News bagi menghalang penerbitan satu laporan yang didakwanya berunsur fitnah.
Perkembangan itu berlaku ketika spekulasi terus mengaitkan bekas pembantu Anwar bin Ibrahim itu dengan skandal 'mafia korporat'. Dakwaan itu sudah dinafikannya.
Dipetik Berita Harian semalam, peguam yang mewakili Farhash dari firma guaman Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co, menyatakan draf artikel tersebut mengandungi kenyataan dan dakwaan yang menurut anak guam mereka adalah palsu, tidak berasas, dan berunsur fitnah.
Menurut portal berita itu, perintah injuksi tersebut dikeluarkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kan Weng Hin.
Bloomberg News dilaporkan telah menghubungi Farhash berhubung penulisan dan hasrat mereka untuk menerbitkan laporan tersebut sebelum tindakan undang-undang dimulakan.
"Susulan itu," kata firma guaman berkenaan, "mahkamah membenarkan permohonan injunksi bagi menghalang Bloomberg News dan semua pihak daripada menerbitkan, menerbitkan semula, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan serta dakwaan berunsur fitnah yang dikenal pasti dalam prosiding itu, termasuk kenyataan seumpamanya berkaitan Farhash."
Walaupun Malaysiakini tidak mendedahkan perincian khusus kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu atas nasihat undang-undang, dokumen mahkamah menunjukkan ia secara amnya merangkumi pelbagai dakwaan - daripada pelantikan korporat, kontrak kerajaan, dan campur tangan politik, sehinggalah kepada dakwaan jenayah.
Semuanya dakwaan tersebut ditegaskan oleh plaintif sebagai palsu dan berunsur fitnah.
Sementara itu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, menyifatkan injunksi tersebut sebagai sesuatu yang dikesali dan mengecewakan.
"Pihak media mesti bebas untuk melaporkan perkara yang berkepentingan awam, terutamanya apabila ia melibatkan dakwaan serius mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah di peringkat tertinggi, yang turut mengaitkan perdana menteri sendiri.
"Jaminan kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan merangkumi perlindungan terhadap kebebasan media.
"Adalah tidak wajar untuk kepentingan awam rakyat Malaysia jika Bloomberg News dibungkam dalam perkara ini; sama seperti tidak wajar bagi kepentingan kita jika media seperti Wall Street Journal dibungkam semasa skandal 1MDB berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Latheefa juga menyatakan harapan agar injunksi tersebut dapat dibatalkan.
CUKONG BALAK JADI KAYA
HUTAN DARA
DITEBANG
CUKONG BALAK
TOWKAY SAWIT
JADI KAYA
AMIN
ORANG RAMAI
DAPAT BANJIR
DAPAT BALA
KHALAS
Banjir kilat Kampung Melayu Subang, 789 penduduk jadi mangsa
SUNGAI BULOH: Seramai 789 mangsa daripada 325 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kampung Melayu Subang di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, semalam.
Beliau berkata, antara kawasan terjejas ialah Jalan Jati, Jalan 4D dan Lorong 5D di Kampung Cina, Kampung Baru Subang serta Pangsapuri Seri Nilam, Subang Permata.
"Turut terjejas ialah Jalan Merbau, Kampung Baru Subang; Jalan SP 1/8, Taman Subang Perdana; Jalan Bukit Badak dan Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang.
Banjir kilat Shah Alam: 'Berapa banyak lagi amaran perlu diabaikan?' - PEKA
KUALA LUMPUR: Kemusnahan berterusan kawasan hutan di Shah Alam, Selangor, disifatkan bukan lagi sekadar isu alam sekitar, sebaliknya sudah bertukar menjadi krisis keselamatan awam yang serius.
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), N Rajesh, mendakwa situasi itu dapat dilihat menerusi bencana yang melanda bandar raya berkenaan, termasuk banjir kilat semalam sehingga menjejaskan keselamatan penduduk dan melumpuhkan rangkaian pengangkutan utama.
Katanya, impak banjir turut mencetuskan insiden tanah runtuh kawasan parkir di Subang Permata, selain penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) antara Setia Alam dan Shah Alam akibat limpahan air sungai.
"Semua bencana ini berpunca daripada penerokaan hutan, lereng bukit dan kawasan tadahan air semula jadi yang tidak terkawal di seluruh Shah Alam.
PUKUL ISTERI HOBI YB PULAU PINANG
APA YANG
MENYEBABKAN
PUKUL ISTERI
JADI HOBI YB
PULAU PINANG?
AMIN
ADAKAH KERANA
NASI KANDAR
ADA KAS KAS?
KAH KAH KAH
AMIN
ATAU NASI GANJA
TERLEBIH GANJA
KAH KAH KAH
KHALAS
Kalangan pemerhati politik dan media hangat memperkatakan tentang identiti seorang Adun Pulau Pinang yang sedang disiasat polis kerana didakwa menyerang isterinya, dengan spekulasi semakin memuncak mengenai siapa individu yang terlibat dalam kes terbaru ini.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menggesa orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru sambil menyatakan bahawa perkara itu harus diserahkan kepada pihak polis.
Sementara itu, Fahmi Zainol daripada PKR - yang pernah terbabit dalam kes serupa tahun lalu - segera menjarakkan diri dengan menjelaskan kejadian berkenaan tidak ada kaitan dengan dirinya.
“Kes Adun Pulau Pinang terkini tu bukan saya,” katanya di media sosial.
Fahmi yang juga Adun Pantai Jerejak dan bekas exco itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar, 35, dalam kejadian didakwa berlaku pada 22 Feb lalu.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10 malam di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Fahmi kemudiannya digantung daripada jawatan parti sementara menunggu kes mahkamah selesai, dan digugurkan daripada jawatannya exco.
Malaysiakini difahamkan bahawa insiden terbaru itu juga melibatkan seorang Adun PKR, namun identitinya tidak didedahkan sementara menunggu maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I.
Dalam pada itu, Chow enggan mendedahkan butiran lanjut apabila ditanya mengenai perkara tersebut, sambil menegaskan bahawa pihak polis harus dibenarkan menjalankan siasatan mereka.
"Ini adalah siasatan polis yang sedang berjalan, jadi sebaiknya serahkan sahaja kepada mereka. Biarkan mereka mengendalikan kes ini," katanya seperti dilaporkan.
Apabila ditanya kedudukan Adun terbabit sama ada akan terus menjalankan tugasnya atau tidak, Chow berkata dalam kes-kes lain sebelum ini, ahli politik yang menghadapi prosiding mahkamah tetap meneruskan khidmat mereka.
Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada isteri seorang Adun yang mendakwa dirinya diserang oleh suaminya di kediaman mereka.
Ketua Polis Negeri, Dennis Lim Kwang Keng, berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Polis telah merakam keterangan daripada empat individu, termasuk suami dan isteri tersebut, dan setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes ini,” katanya seperti dipetik.
Lim turut menafikan dakwaan isteri ahli politik itu bahawa polis gagal mengambil tindakan terhadap laporannya.
Dia menegaskan bahawa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya sebaik menerima laporan tersebut, serta akan mendapatkan pengesahan perubatan berhubung kecederaan yang didakwa dialami oleh wanita berkenaan.
Dalam perkembangan sama seorang Adun PKR Pulau Pinang enggan memberi komen terhadap dakwaan dia terbabit dalam kes tersebut.
"Adakah sesiapa yang sebut nama saya?" kata Adun Batu Uban, A Kumaresan, seperti dipetik Guang Ming Daily.
Dia yang mewakili kawasan itu sejak 2018 ditanya media terbabit juga menegaskan, disebabkan namanya tidak disebut oleh sesiapa, dia enggan memberikan komen lanjut.
Kumaresan ditemui media di DUN Pulau Pinang di George Town, hari ini.
BUNUH GURU - WARGA JADI BEBAL
PROJEK ZIONIS
BERJANGKA
PANJANG
AMIN
BUNUH GURU
WARGA JADI
BEBAL
AMIN
Lebih 800 guru syahid di Gaza
TEHRAN – Lebih 800 guru dilaporkan syahid di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, dengan tindakan menyasarkan golongan pendidik disifatkan sebagai serangan terhadap masa depan generasi Palestin serta hak mereka untuk mendapat pendidikan dan meneruskan kehidupan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik seorang pegawai pendidikan Palestin.
Ketua Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Palestin di Gaza, Ahmad al-Najjar pada Ahad berkata tentera pendudukan Israel terus menyasarkan warga pendidik di wilayah itu.
Beliau berkata beberapa guru turut dilaporkan syahid sejak beberapa hari kebelakangan ini susulan serangan berterusan terhadap warga pendidik.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan kementerian itu, lebih 800 guru lelaki dan wanita syahid, manakala lebih 3,300 lagi cedera sejak perang tercetus pada Oktober 2023.
Kementerian itu turut menggesa masyarakat antarabangsa, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan hak asasi manusia supaya bertindak menghentikan jenayah berkenaan, membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan serta menjamin keselamatan orang awam dan warga pendidik.
Langgan:
Catatan (Atom)




