Rabu, 6 Mei 2026

PASAI APA FARSHASH TAK SAMAN ?


HANYA BUAT

LAPORAN POLIS

KAH KAH KAH

BUKAN NAK

SAMAN

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

KENAL SOFIA RINI

AMIN

 MINAH INI PROKSI

SAM ISKANDAR 

AMIN

RAKAMAN VIDEO

SOFIA RINI

DI UMUM OLEH

ALBERT TEI

KHALAS


Larikan berbilion ringgit, jadi warga Türkiye fitnah, Farhash buat laporan polis


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan semua tuduhan kononnya beliau mencuri dan terbabit dengan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit di luar negara.

Beliau menegaskan ia susulan laporan beberapa media yang menyiar dan mengulangi dakwaan yang amat serius terhadap dirinya, terkait kegiatan itu di luar negara antaranya di Turkiye dan Afrika.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya kini sudah bergelar seorang warga Turkiye.

"Saya dengan tegas dan tanpa sebarang keraguan menafikan semua tuduhan tersebut. Dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah yang jelas bertujuan untuk mencemarkan reputasi serta integriti saya, selain memberi kesan negatif kepada kehidupan peribadi dan urusan perniagaan saya.

"Untuk penjelasan, saya bukan seorang warga Turkiye, tidak pernah terbabit dalam sebarang aktiviti mencuri atau pengubahan wang haram seperti yang didakwa, dan tidak mempunyai sebarang akaun bank di Turkiye.

"Saya hanyalah seorang ahli perniagaan dan tidak terbabit dalam politik sekarang. Saya langsung tidak mengetahui mengapa saya diheret ke dalam perkara ini, melainkan bahawa individu-individu tersebut mempunyai niat sebaliknya untuk meraih kepentingan politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Farhash berkata beliau memandang serius penyebaran rakaman video tersebut, yang disebarkan dengan niat jahat oleh pihak-pihak tertentu. Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah berpotensi melanggar undang-undang.

"Sehubungan itu, saya telah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan, termasuk Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan ini," katanya.

Beliau juga telah mengarahkan peguam akan mengambil dan memfailkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dalam penyebaran fitnah ini demi melindungi nama baik serta kepentingan saya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak disahkan, dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus, katanya.

Tiada ulasan: