Rabu, 6 Mei 2026

BEG PEGUAM DAH BERJALAN


SEMUA KENA

SCAM OLEH

ANWAR BIN

IBRAHIM

KAH KAH KAH

BEG PEGUMA

DAH BERGERAK

TNGGU MASA UNTUK

NAJIB DI AMPUN

AMIN

PADAN MUKA

DULU GILA KLIM

PAKATAN HARAPAN

KERAJAAN TITAH

KAH KAH KAH

KHALAS 



Pemimpin AMK desak Anwar jelaskan pendirian isu pengampunan Najib

Seorang pemimpin Pemuda PKR menggesa parti itu menyatakan pendirian rasmi berhubung isu pembebasan penuh bekas perdana menteri Najib Razak, susulan kenyataan terbaru Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata pendirian jelas perlu dinyatakan segera selepas Zahid kembali membangkitkan isu pengampunan diraja terhadap Najib.

Bercakap kepada Malaysiakini, Asheeq mengingatkan kepimpinan PKR tentang pengorbanan anak muda dalam gerakan menentang skandal 1MDB sebelum ini.

"Sebagai bekas aktivis mahasiswa yang pernah berada di barisan hadapan gerakan #TangkapMO1 sedekad lalu, saya ingin mengingatkan pucuk pimpinan PKR tentang harga yang telah dibayar oleh anak muda demi menentang skandal 1MDB ketika itu.

"10 tahun yang lalu, saya dan rakan-rakan saya mencagarkan pendidikan kami sehingga saya sendiri telah digantung semester.

"Kami digelar 'keldai politik pembangkang' dan pada ketika itu, Anwar dan ramai pemimpin Pakatan Harapan juga menyokong dan bersama kami.

"Kini kami meminta pucuk pimpinan PKR menyatakan pendirian rasmi partinya dalam isu ini," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi pejabat Anwar Ibrahim dan masih menunggu penjelasan presiden PKR itu mengenai desakan berkenaan.

Sebelum ini, Zahid secara terbuka merayu agar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mempertimbangkan pengampunan terhadap Najib.

"Insya-Allah janji di dewan ini. Kita memohon ke bawah DYMM Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong, agar dengarlah rayuan dan rintihan seluruh ahli Umno agar Dato’ Sri Najib dapat bersama-sama semula dengan kita," kata Zahid ketika berucap pada Konvensyen Umno sempena ulang tahun ke-80 parti itu Ahad lalu.

Mengulas perkara itu, Asheeq (gambar bawah) yang juga seorang peguam berkata ucapan timbalan perdana menteri itu memberi gambaran seolah-olah Najib berpotensi dibebaskan dalam masa terdekat.

"Setelah lebih 48 jam ucapan Zahid tidak ada satu pun pemimpin PKR memberikan apa-apa respon.

"Kami yang satu ketika lawan skandal 1MDB tidak mampu untuk berdiam diri lagi jika orang yang pernah menganiaya rakan-rakan saya sebelum ini, diperhebohkan berkenaan pembebasannya.

"Jadi ingin kami ingin bertanya apakah pendirian parti dan adakah pendirian 10 tahun lalu masih kekal," soalnya.

Isu pengampunan Najib kembali menjadi perhatian selepas keputusan Lembaga Pengampunan pada Februari 2024 yang mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Berdasarkan keputusan itu, Najib dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028, atau setahun kemudian jika denda tidak dijelaskan.

ADS

Kontroversi bertambah apabila peguam Najib mendakwa wujud “Titah Adendum” oleh Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang Dipertuan Agong yang membolehkan bekas presien Umno itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Ketiadaan maklum balas awal daripada kerajaan dan Jabatan Peguam Negara (AGC) membawa kepada tindakan Najib memfailkan semakan kehakiman pada April tahun sama bagi menguatkuasakan titah tersebut.

Istana Pahang kemudian mengesahkan kewujudan dokumen berkenaan pada 2025 namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Disember tahun sama menolak permohonan itu atas alasan ia tidak sah dari sudut undang-undang.

Kini, tekanan terbaru daripada akar umbi Umno dilihat kembali memfokuskan terhadap usaha mendapatkan pengampunan penuh, yang berpotensi membuka jalan kepada Najib kembali aktif di arena politik negara.

Tiada ulasan: