KITA SEMUA
MENUNGGU
AWAN JADI UJAN
AMIN
DATANGLAH RIBUT
DATANGLAH GURUH
DATANG SEGERA
BAWA HUJAN
KHALAS
Jerebu: Pembenihan awan dilaksana di kawasan IPU lebih 150, empangan susut paras air - Ahmad Zahid
SERDANG: Operasi pembenihan awan sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu terutama yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150, selain kawasan empangan yang menunjukkan penyusutan paras air.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata operasi itu, dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau berkata langkah berkenaan penting, berikutan terdapat empangan yang merekodkan penyusutan paras air bagi mengelakkan gangguan bekalan air susulan cuaca panas ketika ini.
"Ini wajib dilakukan, kerana kita tahu bahawa banyak empangan yang telah memperlihatkan kemerosotan tahap air. Hari ini pembenihan awan di Putrajaya dan 3 hingga 5 September di Sarawak, Kedah dan Perlis.
"Pembenihan awan ini dibuat bukan sahaja mengikut keperluan, tetapi juga mengikut kesesuaian kerana biarpun ada awan, perlu dilihat arah pergerakan awan itu untuk menuju ke sesuatu kawasan yang disasarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Laman Usahawan Desa KKDW pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.
Tiga kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap bahaya setakat 12.30 tengah hari ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 412, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (304).
Sri Aman pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 228. – BERNAMA






