TERAM DI CHINA
Kah kah kah – sampai di lapangan terbang Peking – TERAM di sambut oleh budak sekolah – menyanyi dan menari kah kah kah – TAPI xi jin ping tak ada untuk sama menari kah kah kah.
Hari ini Khamis mula bincang – esok celah – PASTI MAT TERAM AKAN KLIM : xi is my best fren kah kah kah.
KAWAN NABI
Heboh berita kawan Nabi Muhamad kena hina oleh Dr Ustad Pakar Islam – heboh – gua hairan apo ceriat – sapa kompelin.
Apakah tak sedar banyak cerita karut yang selalu keluar dari mulut Tuan Haji Doktor Al Ustaz .... karut lagi marut.
Ini semua bak kata Arwah Usman Awang : MEMBUREEET – kah kah kah.
HARGA MINYAK
Ini gua agak risau kerana subsidi ini makin mencekik bajet negara – BERAT – gua risau kalau bajet rumah sakit di potong ...Untuk gua CUKAI YANG KAYA !!! Khalas
HOKKIEN
Pagi ini cerah indah segar – matahari bersinar panas – Langit biru terbentang – kemarin tak hujan – pagi ini KL & KL Sentral cerah.
Semua menunggu gua di lorong masuk – ramai datang makan. Saekor Tiong ikut sama makan Gua gumbira tapi ada pula yang berebut – gigit dan menjerit – gua tak dapat buat apa tapi Siti tak ambil pot.
Pagi ini ramai ikut gua berjalan ke Wakaf Tiga – bila pulang ke Wakaf Pertama – ramai lagi menunggu – Tiong pun ada sama tapi pagi ini hanya saekor.
Berjalan pulang di pintu masuk suara Murai berkicau dari hutan belukar pagar – Bila Murai berkicau pagi jadi indah.
Gua rasa hari ini akan panas – petang mungkin tak hujan – agaknya musim hujan dah berundur. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS
BRO
Lu wajib ada kawan. Kalau lu takda kawan bila lu habis duit lu nak pinjam dengan sapa ?
BRO
Kawan lu yang sejati ialah sosok yang setia pada lu walau pun dia tahu lu agak palat.
BRO
Lu perlu makan dengan kawan-kawan – jangan jadi looser. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJAA