Jumaat, 15 Mei 2026

JANGAN BUANG MASA !!!


TAK PERLU  

BANYAK

CERITA SEMUA

RAKYAT DAH TAHU

AMIN

WAJIB SUSUN ATUR

HASUT TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

PUTAR KESAH

LAMA BUANG MASA

KHALAS

TAMBUN AKAN BENAMKAN MADAFAKA


TAMBUAN

AKAN BENAMKAN

MADAFAKA

KHALAS

MASA YANG TEPAT


SEKARANG

MASA TEPAT

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS




Sekarang bukan masa berebut kuasa - PM


SEREMBAN: Anwar bin Ibrahim mengingatkan sekarang bukan masanya untuk berebut kuasa, sebaliknya pemimpin perlu fokus kepada masalah rakyat susulan berlakunya ketidaktentuan global kini.

Perdana Menteri berkata, suara bagi penentuan kuasa itu seharusnya dilontarkan melalui gelanggang pilihan raya apabila tiba masanya kelak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan sebelum ini.

"Selesaikan cara musyawarah, muafakat yang baik. Negeri Sembilan juga tidak terlepas. Jadi saya tabik Menteri Besar,  Aminuddin Harun kerana kecekalan dan semangat yang beliau tunjukkan dalam mengharungi kemelut politik yang tidak berkesudahan.

BILA NAK MASUK KAN ROSMAH KE DALAM JIL ?


BEG TELAH

BERJALAN

AMIN

PROJEK BEBAS

NAJIB DI TERUSKAN

AMIN

MANA DAP

MANA PKR

MANA PAS

AMIN

BILA ROSMAH

NAK MASUK JIL?

KHALAS



Mesyuarat Lembaga Pengampunan hari ini? Saya tak sedar, kata menteri
Menteri Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB).

"Saya tidak sedar ada mesyuarat lembaga pengampunan akan diadakan hari ini," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis peluncuran Stesen KTMB Segambut Utara, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Terdahulu, terdapat desas-desus bahawa FTPB akan mengadakan mesyuarat hari ini untuk berbincang permohonan pengampunan baru bekas perdana menteri Najib Abdul Razak.

Ini susulan laporan sebuah portal bahawa seorang hakim bersara dan bekas pegawai kanan polis dilantik menganggotai FTPB, sekali gus membolehkan lembaga itu menyambung semula pendengaran petisyen pengampunan

Bawah Perkara 42(6) Perlembagaan Persekutuan, semua ahli lembaga memegang jawatan selama tiga tahun dan layak dilantik semula.

Hannah menganggotai FTPB atas kapisiti selaku menteri Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini portal Free Malaysia Today laporkan Najib mengemukakan permohonan pengampunan baru kepada FTPB pada bulan Ramadan lalu (sekitar Mac 2026), dengan salinannya dihantar ke Istana Negara.

Permohonan itu dilaporkan bertujuan untuk memohon pelepasan penuh daripada segala sabitan jenayah. Namun, masih tidak dapat dipastikan sama ada permohonan itu hanya melibatkan kes SRC International, kes 1MDB, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimana peguam kanan, Shafee Abdullah menafikan Najib mengemukakan permohonan pengampunan baru.

Menurut Shafee dia boleh mengesahkan bahawa tiada permohonan baru difailkan oleh ahli politik terbabit yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang melibatkan RM42 juta dana SRC pada 2020.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Anak kepada perdana menteri kedua Malaysia itu mula menjalani hukuman penjara dua tahun selepas sabitan apabila semua ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 2024 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun, manakala jumlah denda menjadi RM50 juta susulan permohonan pengampunannya sebelum itu.

Najib kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun yang sama, dengan mendakwa terdapat titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Pada 22 Dis tahun lalu hakim Alice Loke menolak permohonan tersebut kerana berpandangan titah adendum tersebut tidak sah mengikut undang-undang. Najib merayu terhadap keputusan berkenaan.


BILA PERLU ADA JAWAPAN ?

BILA PERLU

 ADA JAWAPAN

 AMIN

DULU KENCING KOBID SEKARANG KENCING TIKUS


AWAS !

INI PROJEK

NAK JUAL VAKSIN

AMIN

NAK KONTROL

PENDUDUK

AMIN

NAK PAKSA

PAKAI KP  DIGITAL

AMIN

BERITA BERITA INI

UNTUK JUAL  

TAKUT PADA

 KITA SEMUA

KHALAS


6 penumpang kapal wabak hantavirus jalani kuarantin di Australia

SYDNEY: Enam penumpang yang dijangkiti wabak hantavirus di kapal persiaran MV Hondius tiba di Australia hari ini untuk menjalani kuarantin disifatkan sebagai antara yang paling ketat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Mark Butler.

Mereka terdiri daripada empat warga Australia, seorang warga Britain yang menetap di Australia dan seorang warga New Zealand.

Butler berkata, mereka didapati negatif sebelum menaiki penerbangan sewa khas itu dan akan diuji sekali lagi sebaik tiba di Australia Barat sekitar tengah hari (0200 GMT).

Selepas itu, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin khas di pinggir bandar Perth dan akan berada di sana sekurang-kurangnya tiga minggu.


Argentina giat kesan punca jangkitan asal hantavirus

BUENOS AIRES: Kementerian Kesihatan Ushuaia menafikan dakwaan bahawa jangkitan wabak hantavirus berpunca daripada tapak pelupusan sampah di wilayah berkenaan di Argentina.

Jurucakap kementerian itu, Martín Alfaro, berkata dakwaan itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Ushuaia sebagai destinasi pelancongan.

"Ia satu usaha untuk mencemarkan imej Ushuaia sebagai destinasi pelancongan," katanya.



16 lagi individu di AS dipantau akibat hantavirus - kata CDC

WASHINGTON: Pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) sedang memantau 16 lagi individu di seluruh negara bagi mengesan simptom hantavirus, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Menurut NYTIMES, CDC memaklumkan individu baharu itu bukan penumpang kapal persiaran Belanda yang terbabit dalam wabak itu, tetapi penumpang penerbangan ke Johannesburg pada 25 April yang terdedah kepada seorang individu dijangkiti virus berkenaan.

Dr David Fitter, yang mengetuai tindak balas CDC terhadap wabak itu berkata, dengan perkembangan itu, jumlah individu yang kini dipantau di AS meningkat kepada 41 orang.

Sebelum ini, 18 penumpang kapal persiaran dibawa pulang ke AS pada 11 Mei lalu dan kini menjalani kuarantin di fasiliti khas di Omaha, Nebraska dan Atlanta.


AZAM BIN BAKI JADI BEKAS


AZAM BIN BAKI

JADI BEKAS


Warga Malaysia di beritahu bahawa Azam bin Baki kini telah menjadi bekas.  Maknanya Azam bin Baki telah  meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.  

Jika masih terdapat seluar dalam dan cawat Azam bin Baki  yang tercicir dalam pejabat ianya akan dibungkus dan masuk ke dalam kotak. Khidmat Grab akan di gunakan untuk menghantar semua kelonsong ini ke rumah Azam bin Baki yang di rahsiakan dari pengetahuan orang ramai.

Selepas menjadi bekas - sama ada  Azam bin Baki berkahwin lagi atau  berpindah ke Danok atau pergi Umrah  atau bercuti di Soho  London saya tidak ambil pot.

Sekali pandang dilihat babak dan drama yang melibatkan Azam bin Baki ini sudah selesai. Tamat, The End, Finito atau bak kata warga Pakistan Khatam kogia. 

Malah  ada yang menganggap kempen Tangkap Azam bin Baki telah berjaya.

Justeru  Adam Adli - penyandang kerusi Timbalan Menteri Pelajaran hari ini  - boleh nyenyak tidur malam. Kini Adam Adli tidak lagi di kutuk dan di pelekeh oleh anak  muda mahasiswa kerana dia pernah berjanji untuk  menangkap Azam bin Baki. Janji ini dibuat di zaman  Adam Adli menjadi Aktivis Bising  sebelum di lantik menjadi Menteri Senyap.

Parti DAP yang bising dan heboh berkempen mengasak Anwar bin Ibrahim untuk menubuhkan  Siasatan Di Raja ke atas Azam bin Baki tak perlu bising dan heboh lagi. Anthony  Loke  pasti ada masa terluang untuk bantu kukuhkan   Rider Gate rakan niaga kroni DAP yang baru. 

Nurul  Izzah juga pernah  berjanji  jika di lantik sebagai   Timbalan  Parti Keadilan dia akan menggoncang kedudukan Azam bin Baki di SPRM. Kini – semua  tak perlu lagi. Nurul hanya perlu menggoncangkan kejantanan  Sang Suami  yang baru di temui. Amin

Saya sendiri ikut sama berkempen untuk mengumpul orang ramai agar  menyertai tunjuk perasaan Tangkap Azam Baki pada 25 April 2026 di Dataran Merdeka. Saya telah  berceramah – lebih jujur menghasut - di  Tanjung Pulau Pinang dan di Kota Bahru Kelantan. 

Sepatutnya  satelah Azam bin Baki menjadi bekas saya wajib gumbira sama dan  berehat santai.  

Tidak. Saya tidak gumbira dan tidak berehat.

Saya  mengambil sikap yang lain. Sikap ini ada saya  nyatakan tetapi tidak tuntas ketika saya menghasut orang ramai untuk turun berdemo Tangkap Azam bin Baki  di Dataran Merdeka.  

Dalam ceramah menghasut yang tak lebih dari 115 minit  - secara jujur saya nyatakan bahawa saya hanya menggunakan nama Azam bin Baki ini sebagai peluru dan umpan untuk menghasut.  

Untuk saya  Azam bin Baki ini   kalau di Pakistan hanya di anggap sebagai Chota wala. Kalau di Paris  Azam bin Baki ini hanya petit garcon.

Dalam ilmu semiotik pemikir Peranchis -  Ferdinand  de Saussure – Azam bin Baki ini  adalah penanda  yang membawa petanda.

Jika dalam budaya Wayang Kulit Melayu  Azam bin Baki ini hanyalah patung-patung yang di gerakan. Di belakang patung-patung ini wujud Pak Dalang. Azam bin Baki ini hanya boneka untuk Pak Dalang bermain wayang. 

Ketika menghasut dan berceramah dalam Program Tangkap Azam Baki adalah susah untuk saya menerangkan  dan memberi pencerahan secara tuntas Wayang Pak Dalang dalam SPRM ini. 

Justeru dalam  tulisan ini  saya cuba memberi pencerahan  sejarah lampau dan juga Wayang Pak Dalang Azam bin Baki.

Mungkin ramai terperanjat bila membaca atau mendengar bahawa Azam bin Baki ini memiliki saham bernilai berjuta-juta ringgit. Mengikut dasar kerajaan adalah salah  melanggar peraturan bila penjawat awam memiliki harta melimpah ruah.

Ini sahih lagi benar apa yang di lakukan oleh Azam bin Baki   melanggar  peraturan penjawat awam.  Tapi untuk saya ini sap sap sui. Mat Salleh di London kata : no big deal.

Ada yang lebih besar. Azam bin Baki hanya penanda. Inilah yang wajib kita semua warga Malaysia yang bertanggung jawab wajib mengetahui.

Ada gajah di belakang nyiru. Ada buah  di belakang coli.  Ada kondom di dalam dompet.  Ada sejarah dalam berita.

Untuk saya Azam bin Baki ini telah membawa masuk secara resmi  Kongsi Gelap ke dalam badan politik Malaysia. Apa itu Kongsi Gelap ?

Ini jawapan dari Wikipedia dan saya setuju 100% : Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah terancang atau pertubuhan sulit yang tidak berdaftar di sisi undang-undang dan sering terlibat dalam kegiatan haram untuk membiayai operasi mereka. Kumpulan ini, yang juga dikenali sebagai triad atau samseng, terlibat dalam aktiviti seperti dadah, perjudian haram, pemerasan wang perlindungan, dan pelacuran.

Di Klang ada kumpulan India  Geng 24  Bukit Raja – ada Geng 24 Apache. Kita pernah dengar Geng Mamak. Ada Geng 04 – Geng 08 atau Geng Double 7. Ada kumpuan China Wah Kee ,  Geng Lima Jari  atau Geng 306.

Kongsi Gelap ini bukan satu perkara yang baru. Dalam Hikayat Abdullah  tulisan Abdullah Munshi ( 1796 -1854) ada di kesahkan samseng China Tien Ti Hui.

Jangan lupa dengan Ghee Hin dan Hai San.  Dua kumpulan kongsi gelap China terbesar yang menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu (terutamanya Larut, Perak) pada abad ke-19. 

Persaingan ekonomi, perebutan kawasan lombong, dan konflik etnik mencetuskan Perang Larut (1861-1874) yang menjejaskan keamanan. Konflik ini berakhir dengan Perjanjian Pangkor 1874 – bila mana Tanah Melayu secara resmi di jajah oleh Inggeris. 

Jelas  samseng, kongsi gelap ini bukan satu yang baru.

Bila kita membaca kembali sejarah Perang Larut   kita akan bertemu dengan watak Raja Abdullah dan  Ngah Ibrahim. Raja Abdullah di sokong oleh Ghee Hin manakala  Ngah Ibrahim oleh  Hai San.

Wow ! Ini macam berita yang baru  kita baca tentang Mafia  Korporat.  Nama-nama Ngah Ibrahim dan Raja Abdullah ini  macam nama Azam bin Baki dan Farhash Salvador. 

Apakah  Hai San ini sama macam Victor Chin Boon Long.  Apakah Ghee Hin ini sama macam  Ramanan.

Betul ada persamaan. Kalau Perang Larut puncanya ialah perebutan bijih timah. Kini bukan bijih timah tapi perebutan harta kekayaan syarikat di Bursa Saham. 

Justeru saya akui Karl Marx betul dan benar. Menurut Karl Marx, perebutan harta kekayaan adalah inti dari konflik antara kelas-kelas sosial dalam sistem kapitalis. Perebutan inilah  sebagai akar penindasan dalam agihan ekonomi yang tidak adil.

Justeru kemasukan Kongsi Gelap ke dalam badan politik kita bukan  satu yang baru.  Yang baru  hanya para pemain.  Kuala Lumpur 2020 bukan  Larut 1820.  Tapi Kongsi Gelap , samseng, gengster  atau triad masih wujud seperti dulu.

Yang berubah: kalau dulu senjata dalam keris tombak dan racun. Kini ada pistol, senapang, bom tangan  dan M16.  Kalau dulu  berebut emas dan bijih. Kini berebut saham  dan syarikat.

Di zaman Perang Larut ada  Raja, ada Sultan,  ada  Tok Bandar, ada Penghulu dan Tok Panglima.  Ini punca kuasa dan  penguat kuasa.

Tahun 2026 ketika Perang Mafia Korporat berlaku kita  ada  Pengarah SPRM, ada Ketua Polis Negara dan  ada Mahkamah – ini bukan punca kuasa. Ini alat pendinding kuasa. 

Dalam Perang Mafia Korporat 2026  kita ada  Perdana Menteri dan  Menteri Dalam Negeri  sebagai punca kuasa. Ops... Jangan lupa  Raja dan Sultan masih lagi punca kuasa.

Dari mana pula Kongsi Gelap ini mendapat kuasa?  Ghee Hin dan Hai San  dapat memelihara geng  yang ramai menjadi kaki pukul  kerana ada dana  dari perniagaan bijih timah. 

Sama seperti Geng 306 yang mendapat dana dari  rumah urut , perniagaan lendir,  syabu dan  ganja.

Di mana Ghee Hin dan Hai San hari ini? 

Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa i Ghee Hin dan Hai San sudah bertukar baju  menjadi  MCA, MIC, PKR dan DAP dan Bersatu dan PAS. 

Wow ! Kalau begini siapa sebenarnya Azam bin Baki – kalau dia hanya boneka? Siapa  pula  sebenarnya Farhash, Victor Chin  dan Ramanan?  

Yang wajib di tanya ialah  siapa  Anwar bin Ibrahim  dalam Perang Mafia Korporat ini? Jawapan ini akan membawa  ke kuliah pencerahan.  Untuk jawapan dan pencerahan  sila baca sambungan minggu hadapan. Amin. (TT) 



TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/775200