Ahad, 3 Mei 2026

DUNIA MAKIN PANAS



HUJAN BAWA

BANJIR

AMIN

PANAS HUTAN

TERBAKAR

AMIN

SEMUA INI TANDA

DUNIA

 MAKIN PANAS

KHALAS



1,633 hektar hutan musnah terbakar dalam 11 hari di Jepun




6 maut, ribuan hilang tempat tinggal akibat hujan lebat, banjir di Brazil




Suhu Chiang Mai cecah 40 darjah Celsius, hujan lebat di Phuket, Krabi



BANGKOK: Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran berkembar ketika negara itu berdepan fenomena panas melampau di bahagian utara dan ancaman ribut tropika di wilayah selatan.

Jabatan itu turut mengesahkan sistem tekanan rendah akibat haba yang kuat kini menyelubungi bahagian atas Thailand sejak semalam.

Keadaan itu dijangka melonjakkan suhu sehingga mencecah 40 darjah Celsius di beberapa wilayah utara, termasuk Chiang Mai dan Mae Hong Son.

Pegawai kesihatan menggesa orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi serta elak melakukan aktiviti luar untuk tempoh lama bagi mengurangkan risiko strok haba.

Walaupun cuaca kering dan panas, tiupan angin lembap dari arah tenggara masih boleh mencetuskan ribut haba terpencil dan angin kencang secara tiba-tiba merentasi kawasan dataran tengah dan ibu negara.

Sementara wilayah utara membahang, wilayah selatan pula bersiap sedia menghadapi perubahan corak cuaca yang ketara antara 6 hingga 8 Mei ini.

Gelombang angin timur diramal melanda semenanjung bahagian bawah, membawa hujan lebat yang meluas di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa maritim turut menegaskan beberapa risiko bagi minggu depan membabitkan hujan lebat dijangka melanda Surat Thani, Phuket, dan Krabi.

Ombak di Teluk Thailand dan Laut Andaman diramal mencapai ketinggian satu meter, namun boleh melonjak melebihi dua meter semasa ribut petir.

Dalam pada itu, pelaut dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan mengelakkan pelayaran ke kawasan ribut.

Cuaca di Bangkok dan sekitarnya kekal tidak menentu. Meskipun terdapat 20 peratus kemungkinan ribut petir dan angin kencang, ia dijangka gagal meredakan cuaca panas dengan suhu puncak mencecah 36 darjah Celsius pada waktu petang

Wilayah utara dan tengah masih menjadi zon paling panas dengan suhu setinggi 40 darjah Celsius.

Hujan dijangka di sebahagian kecil kawasan (kira-kira 10 peratus), namun ia masih belum cukup untuk menyejukkan suhu yang sangat panas buat masa ini.

Kualiti udara di utara Thailand kini menunjukkan perkembangan positif pada tahap baik hingga sederhana.

Keadaan ini dibantu oleh hujan rintik baru-baru ini yang bertindak membersihkan partikel habuk dan asap di ruang udara. - AGENSI










 

ADAT DAN KUASA SAKAI


ADAT & KUASA

SAKAI

DI NEGERI 9

KHALAS


Unknown commented on
 "DAP JANGAN CAMPUR HAL ADAT !"

ooi bongok, terajang pengkhianat langgar adat sakai kau ke?


Unknown commented on 
"NEGARA ARAB TELOK BARUA AMERIKA- ISRAEL"

sakai di brickfields pula? sampah masyarakat yang sepatutnya di masukkan ke tanjung rambutan? kah kah kah!




 

PAGI INI


PAGI INI 



PAGI INI

AHAD 3 MEI    2026

PERANG HARI KE 64

GENCATAN SENJATA BERJALAN


NATO LUNGKUP
NATO ialah perjanjian tentera  yang anti-Rusia dan pro kapitalis. Kini Teram telah berjaya melumpuhkan NATO.

Ini berita baik – sebab itu gua penyokong  Teram yang tegar. Teram kini sedang menghuru harakan dunia. Harga minyak naik – satu dunia jadi kacau.

Ini baik UNTUK MENGHASUT untuk GULINGKAN semua kerajaan yang pro Amerika  dan kerajaan yang ada BUAT  janji dengan Amerika .

Lagi lama perang – lagi baik – SELAT HORMUZ di tutup – baik untuk ekonomi Iran – sapa nak lalu kena bayar tol. Amin

NAJIB AKAN BEBAS
Najib akan bebas tak lama lagi. Ini berita baik – kerana rakyat akan benci pada MADANI – penyokong DAP akan lari.

AGENDA KEMPEN PRU 14&15 ialah 1MDB  - kini Najib tumbang masuk penjara – Bila Anwar bin Ibrahim bebaskan Najib maka lagi rakyat  akan marah – tambah pula  boleh di hasut dengan harga minyak.

HARGA MINYAK NAIK
RAKYAT NAIK MINYAK 

NEGERI SEMBILAN
Ini juga baik  - buat MADANI jadi huru hara – semua bikin kacau – lama krisis lagi baik – peluang untuk hasut ke jalan raya.

MADANI nak potong bujet – kah kah kah – ini juga berita baik – rakyat lagi marah – hasut hasut dan hasut ! Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah indah segar. Matahari dah keluar – sinar panas pagi yang nyaman.  Langit biru. KL & KL Sentral berjerebu – kemarin hujan petang sekejap.

Pagi ini tak ramai datang makan.  Siti, Jantan Baik , Emak dan Adik Baik. 

Gua beri makan di Wakaf Pertama – ha ha – Tiong laki bini  pun datang sama – pagi ini ada bawa kawan – jadi ada tiga ekor Tiong makan untuk kali pertama.

Pagi Ahad Hokkien kosong. Tak ramai pekerja. Gua dengar sayu satu suara Tekukur – jauh sungguh – tapi bila Keng Keng  melintas terus menjerit.

Masa gua nak pulang. Guna nampak Mamat sedang potong kayu – gua hampiri nak minta sekeping untuk buat tempat potong daging.

‘ Kayu ni... tak elok.. lembut ...nanti daging dan kayu bercampur... lain kali bila ada kayu keras... boleh...’ Mamat Indon pekerja kubur. Memberi pencerahan.

Hari ini akan panas.   Petang hujan  malam sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD

BRO
Kalau meniup seruling bambu
Sapa yang ikut akan terbuai
Dalam hidup saling membantu
Mana yang kusut boleh selesai

BRO
Kalau meniup seruling kacang  
Bawa berteduh lepas sepenggal
Anak buapak saling  berbincang
Adat  Istiadat jangan di tinggal

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Sabtu, 2 Mei 2026

RUSIA SOKONG IRAN SECARA TERBUKA

 

 RUSIA KINI

SOKONG IRAN

SECARA TERBUKA

AMIN 

RAFIZI DAN UMNO


RAFIZI DAN UMNO

AMIN 

NEGERI SEMBILAN MAKIN PANAS


NEGERI SEMBILAN

MAKIN PANAS

AMIN