PAGI INI
PAGI INI
AHAD 3 MEI 2026
PERANG HARI KE 64
GENCATAN SENJATA BERJALAN
NATO LUNGKUP
NATO ialah perjanjian tentera yang anti-Rusia dan pro kapitalis. Kini Teram telah berjaya melumpuhkan NATO.
Ini berita baik – sebab itu gua penyokong Teram yang tegar. Teram kini sedang menghuru harakan dunia. Harga minyak naik – satu dunia jadi kacau.
Ini baik UNTUK MENGHASUT untuk GULINGKAN semua kerajaan yang pro Amerika dan kerajaan yang ada BUAT janji dengan Amerika .
Lagi lama perang – lagi baik – SELAT HORMUZ di tutup – baik untuk ekonomi Iran – sapa nak lalu kena bayar tol. Amin
NAJIB AKAN BEBAS
Najib akan bebas tak lama lagi. Ini berita baik – kerana rakyat akan benci pada MADANI – penyokong DAP akan lari.
AGENDA KEMPEN PRU 14&15 ialah 1MDB - kini Najib tumbang masuk penjara – Bila Anwar bin Ibrahim bebaskan Najib maka lagi rakyat akan marah – tambah pula boleh di hasut dengan harga minyak.
HARGA MINYAK NAIK
RAKYAT NAIK MINYAK
NEGERI SEMBILAN
Ini juga baik - buat MADANI jadi huru hara – semua bikin kacau – lama krisis lagi baik – peluang untuk hasut ke jalan raya.
MADANI nak potong bujet – kah kah kah – ini juga berita baik – rakyat lagi marah – hasut hasut dan hasut ! Amin.
HOKKIEN
Pagi ini cerah indah segar. Matahari dah keluar – sinar panas pagi yang nyaman. Langit biru. KL & KL Sentral berjerebu – kemarin hujan petang sekejap.
Pagi ini tak ramai datang makan. Siti, Jantan Baik , Emak dan Adik Baik.
Gua beri makan di Wakaf Pertama – ha ha – Tiong laki bini pun datang sama – pagi ini ada bawa kawan – jadi ada tiga ekor Tiong makan untuk kali pertama.
Pagi Ahad Hokkien kosong. Tak ramai pekerja. Gua dengar sayu satu suara Tekukur – jauh sungguh – tapi bila Keng Keng melintas terus menjerit.
Masa gua nak pulang. Guna nampak Mamat sedang potong kayu – gua hampiri nak minta sekeping untuk buat tempat potong daging.
‘ Kayu ni... tak elok.. lembut ...nanti daging dan kayu bercampur... lain kali bila ada kayu keras... boleh...’ Mamat Indon pekerja kubur. Memberi pencerahan.
Hari ini akan panas. Petang hujan malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Kalau meniup seruling bambu
Sapa yang ikut akan terbuai
Dalam hidup saling membantu
Mana yang kusut boleh selesai
BRO
Kalau meniup seruling kacang
Bawa berteduh lepas sepenggal
Anak buapak saling berbincang
Adat Istiadat jangan di tinggal
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan