Ahad, 3 Mei 2026

DUNIA MAKIN PANAS



HUJAN BAWA

BANJIR

AMIN

PANAS HUTAN

TERBAKAR

AMIN

SEMUA INI TANDA

DUNIA

 MAKIN PANAS

KHALAS



1,633 hektar hutan musnah terbakar dalam 11 hari di Jepun




6 maut, ribuan hilang tempat tinggal akibat hujan lebat, banjir di Brazil




Suhu Chiang Mai cecah 40 darjah Celsius, hujan lebat di Phuket, Krabi



BANGKOK: Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran berkembar ketika negara itu berdepan fenomena panas melampau di bahagian utara dan ancaman ribut tropika di wilayah selatan.

Jabatan itu turut mengesahkan sistem tekanan rendah akibat haba yang kuat kini menyelubungi bahagian atas Thailand sejak semalam.

Keadaan itu dijangka melonjakkan suhu sehingga mencecah 40 darjah Celsius di beberapa wilayah utara, termasuk Chiang Mai dan Mae Hong Son.

Pegawai kesihatan menggesa orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi serta elak melakukan aktiviti luar untuk tempoh lama bagi mengurangkan risiko strok haba.

Walaupun cuaca kering dan panas, tiupan angin lembap dari arah tenggara masih boleh mencetuskan ribut haba terpencil dan angin kencang secara tiba-tiba merentasi kawasan dataran tengah dan ibu negara.

Sementara wilayah utara membahang, wilayah selatan pula bersiap sedia menghadapi perubahan corak cuaca yang ketara antara 6 hingga 8 Mei ini.

Gelombang angin timur diramal melanda semenanjung bahagian bawah, membawa hujan lebat yang meluas di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa maritim turut menegaskan beberapa risiko bagi minggu depan membabitkan hujan lebat dijangka melanda Surat Thani, Phuket, dan Krabi.

Ombak di Teluk Thailand dan Laut Andaman diramal mencapai ketinggian satu meter, namun boleh melonjak melebihi dua meter semasa ribut petir.

Dalam pada itu, pelaut dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan mengelakkan pelayaran ke kawasan ribut.

Cuaca di Bangkok dan sekitarnya kekal tidak menentu. Meskipun terdapat 20 peratus kemungkinan ribut petir dan angin kencang, ia dijangka gagal meredakan cuaca panas dengan suhu puncak mencecah 36 darjah Celsius pada waktu petang

Wilayah utara dan tengah masih menjadi zon paling panas dengan suhu setinggi 40 darjah Celsius.

Hujan dijangka di sebahagian kecil kawasan (kira-kira 10 peratus), namun ia masih belum cukup untuk menyejukkan suhu yang sangat panas buat masa ini.

Kualiti udara di utara Thailand kini menunjukkan perkembangan positif pada tahap baik hingga sederhana.

Keadaan ini dibantu oleh hujan rintik baru-baru ini yang bertindak membersihkan partikel habuk dan asap di ruang udara. - AGENSI










 

Tiada ulasan: