Ahad, 20 September 2026

POLITIK SEX DAN FALSAFAH MAKAN


POLITIK SEX

DAN

FALSAFAH MAKAN

AMIN

KEMBALIKAN NAJIB KE KAJANG


LANGKAH MUDAH

KEMBALIKAN NAJIB

KE KAJANG

AMIN

NAK JOLOK

SAPA UNTUK

DAPAT AMPON

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH 

KHALAS


'Apa jadi jika rayuan 1MDB Najib berlanjutan selepas tahanan rumah tamat 2028...'

KUALA LUMPUR: Walaupun  Najib Razak dibenar menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, perjalanan prosiding undang-undang membabitkan beliau belum berakhir termasuk rayuan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Jumaat lalu membolehkan Najib menjalani baki hukuman enam tahun di rumah bagi kes SRC International Sdn Bhd, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat ditetapkan terhadapnya.

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tidak membabitkan kes 1MDB yang berasingan.

Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib atas 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana kira-kira RM2.3 bilion milik 1MDB, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.4 bilion.




POLIS JAGA NAJIB


INI MELIBATKAN

KOS NEGARA

AMIN

JIMAT DANA

SIMPAN NAJIB 

DI KAJANG

KHALAS




Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib bermula esok


Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman Najib  Razak mulai esok.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Anuar Bakri Abdul Salam berkata penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.

Beliau berkata penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan.

“Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong.

AMK NGOK



AMK INI

BETUL NGOK

KAH KAH KAH

KERAJAAN INI 

TAKADA MANDAT

RAKYAT

AMIN

INI KERAJAAAN

TITAH

AMIN

SEKARANG DAH 

JADI KERAJAAN

KENA TITIK

KHALAS



AMK tolak andaian Kerajaan Perpaduan 'hampir karam'


ALOR SETAR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menolak dakwaan UMNO Kedah bahawa Kerajaan MADANI 'hampir karam' hanya kerana tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, semalam.

Naib Ketua AMK, Mohammed Taufiq Johari, berkata dakwaan yang dibuat Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri itu termasuk menggesa Parlimen dibubarkan, tidak berasaskan fakta serta tidak mencerminkan realiti negara ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menegaskan, kestabilan sesebuah kerajaan ditentukan mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat dan bukan kerana sentimen atau gesaan mana-mana pemimpin peringkat negeri.

"Kerajaan Perpaduan kekal memegang mandat tersebut. Pembubaran Parlimen ialah kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak wajar dijadikan alat tekanan politik.

RUSIA DI SERANG DRON


RUSIA DISERANG

DUNIA TUNGGU

APA JAWAPAN

AMIN

EROPAH BERSEDIA

UNTUK 

PERANG BESAR

AMIN


Moscow diserang ratusan dron, 2 maut

MOSCOW: Sekurang-kurang dua maut, manakala sebuah loji penapisan minyak utama mengalami kerosakan akibat serangan ratusan dron yang menyasarkan Moscow dan wilayah sekitarnya pada hari terakhir Pilihan Raya Parlimen Russia, hari ini.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata lebih 1,600 dron berjaya dipintas dan ditembak jatuh yang mana 450 daripadanya menyasarkan Moscow.

Beliau turut menuduh Ukraine cuba mengganggu pilihan raya itu yang berlangsung selama tiga hari bawah kawalan ketat dan dijangka terus mengukuhkan penguasaan Presiden Russia, Vladimir Putin.

"Serangan yang tidak pernah berlaku seumpamanya itu jelas dirancang dengan tujuan untuk mengganggu pilihan raya berkenaan. Musuh tidak berjaya," katanya melalui Telegram.

Gabenor Wilayah Moscow, Andrey Vorobyov, dalam kenyataan melalui platform media sosial pula memaklumkan bahawa sekurang-kurang dua terbunuh membabitkan masing-masing seorang wanita berusia 44 tahun dan lelaki warga emas di dua lokasi berasingan.

Vorobyov berkata, kebakaran berlaku apabila sebuah dron terhempas ke sebuah bangunan 21 tingkat menyebabkan 400 orang terpaksa dipindahkan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asal dron berkenaan.

Serangan itu berlaku ketika Kyiv meningkatkan kempen serangan dron jarak jauh terhadap Russia sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama ke atas infrastruktur tenaga bertujuan menjejaskan sumber pendapatan penting Kremlin untuk membiayai usaha perang yang sudah memasuki tahun kelima.

"Sebuah kemudahan di kawasan Moscow Oil Refinery mengalami kerosakan," kata Sobyanin sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini, dan pasukan perkhidmatan kecemasan telah berada di lokasi.

Loji penapisan utama itu telah menjadi sasaran serangan Ukraine sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Serangan terbaru itu menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin minggu lalu berkata Ukraine dan Russia telah bersetuju untuk tidak saling menyasarkan fasiliti tenaga.

Ia juga berlaku selepas proses pengundian oleh rakyat Russia bermula Jumaat lalu dalam Pilihan Raya Parlimen yang pertama sejak Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022.

Hanya parti yang menyokong Putin dan kempen ketenteraan Kremlin telah didaftarkan untuk bertanding.

Moscow turut mengadakan pengundian di wilayah Ukraine yang diduduki Russia.



TALIPON JO LO


TAK PERLU DERMA

PUKUL TALIPON

KE CHINA

 MINTA JO LO

HANTAR DUIT

KHALAS