CHINA BABI
DAN DAP
TAK SUDAH
SUDAH
KHALAS
Sultan tetap tak berkenan aktiviti bela babi di Selangor, titik!
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.
Baginda juga, menegaskan agar isu penternakan haiwan itu dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop) demi mengelakkan keresahan, serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat terpelihara.
“Pendirian tersebut dibuat setelah mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi,” kata setiausaha sulit kanan baginda Mohamad Munir Bani.
Kenyataan baginda hari ini mempertegaskan titah baginda bulan lalu yang tidak berkenan mana-mana kawasan di negeri itu dijadikan tempat penternakan babi, susulan kebimbangan pencemaran dan tanah yang terhad.
Baginda menyarankan kerajaan memberi lesen import daging babi bagi menampung permintaan orang bukan Islam di Selangor.
Dalam kenyataan sebentar tadi, Mohamad Munir berkata baginda menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada kira-kira sembilan juta penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos yang amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Selangor sahaja.
“Justeru, Baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di negeri Selangor,” kata baginda.
Mengambil contoh jiran terdekat, iaitu Singapura, Mohamad Munir berkata republik itu juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar.
Badinga juga berpandangan bahawa penternakan babi–tidak kira berskala besar atau kecil– tidak sesuai dilaksanakan di Selangor memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi.
Hartanah negeri ini, titah baginda, sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil semalam berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum pendirian Putrajaya berhubung syarat ketat bagi pembukaan ladang penternakan babi di Selangor semasa menghadap Sultan Sharafuddin baru-baru ini.
Fahmi berkata Anwar memberi taklimat kepada kabinet mengenai sesi menghadap tersebut yang turut disertai oleh Menteri Besar Amirudin Shari.
Fahmi berkata Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa sebarang kawasan penternakan babi hanya boleh dilaksanakan di kawasan baru yang jauh dari kawasan perumahan atau sumber kritikal seperti aliran air dan sungai.
Ia juga, kata Fahmi, mesti menggunakan teknologi tinggi yang mampu mengurus isu sisa dan pencemaran dengan sangat baik.
Bulan lalu, anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan dari DAP, Wong Siew Ki berhadapan kritikan hebat daripada pihak tertentu menggesa kerajaan Selangor menimbang semula pendekatan terhadap penternakan babi, termasuk meneroka sistem moden dan terkawal.
Dia kemudian dituduh "biadab dan derhaka", dengan pengkritik berhujah bahawa cadangannya merupakan penghinaan terhadap titah Sultan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan