Khamis, 7 Mei 2026

TARIKAN PELANCUNG


WOIT

SAPA KENAL

MENTERI 

PELANCUNG KITA

AMIN

MINTA DIA BERI

LESEN UNTUK

SEX TERBUKA

DI KL

AMIN

PASTI  TARIK

 RAMAI

PELANCUNG

KHALAS




Thailand banteras pelancong asing lakukan hubungan seks di khalayak umum


BANGKOK: Thailand akan memperketatkan pengawasan terhadap tingkah laku pelancong asing susulan siri kes memalukan membabitkan warga asing yang dikesan melakukan hubungan seks di khalayak umum.

Kerajaan memberi amaran bahawa tindakan sedemikian sudah merosakkan imej negara itu dan pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur.

Sektor pelancongan adalah nadi utama ekonomi negara Asia Tenggara itu, namun jumlah ketibaan pelancong asing masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelancong asing yang menunjukkan tingkah laku tidak sopan, termasuk penggunaan dadah terlarang, akan berdepan tindakan tegas undang-undang kerana ia bercanggah dengan budaya indah Thailand.

Penegasan itu dibuat susulan kes pada Isnin lalu di Pulau Phuket, di mana sepasang kekasih ditemui melakukan aksi lucah di dalam sebuah tuk-tuk di kawasan tumpuan pelancong.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka sedang dalam proses membatalkan visa lelaki warga Sepanyol berusia 41 tahun dan wanita warga Peru berusia 43 tahun itu, sebelum menghantar mereka pulang serta menyenaraihitamkan kedua-duanya.

Kenyataan itu memaklumkan pasangan berkenan mengaku melakukan perbuatan berkenaan dan didakwa di bawah undang-undang berkaitan kelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Perbuatan berbogel serta melakukan aksi seksual di khalayak ramai boleh dihukum denda sehingga 5,000 baht (kira-kira RM650).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, tindakan tegas itu bertujuan untuk melindungi nilai budaya indah Thailand dan pemeriksaan pihak berkuasa ke atas pusat-pusat hiburan juga akan diperketatkan.

Walaupun sering dikaitkan dengan reputasi pelancongan seks, Thailand secara umumnya adalah sebuah masyarakat yang konservatif dan memandang serong terhadap sebarang perlakuan mesra yang keterlaluan di tempat awam.

April lalu, media tempatan melaporkan sepasang kekasih dari Perancis ditahan dan diusir selepas video mereka melakukan hubungan seks di sebuah pantai di Phuket tersebar luas di internet.

Awal tahun ini, sepasang lagi warga Perancis turut disenaraihitamkan dan dibatalkan visa selepas video mereka melakukan perbuatan sama di dalam tuk-tuk mencetuskan kemarahan netizen.

Thailand menjangkakan kira-kira 33.5 juta pelancong asing tahun ini, meningkat berbanding hampir 33 juta pelawat pada 2025. - AFP



Tiada ulasan: