Khamis, 8 Disember 2022
DIMANA NAJIB TIDO MALAM INI
Najib gagal rayuan dapatkan dokumen berkaitan keluarga Zeti
NAJIB Razak hari ini gagal dalam rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan bank pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz untuk digunakan dalam perbicaraan kesnya melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Kamaludin Md Said, Ahmad Nasfy Yasin dan Nordin Hassan yang menolak rayuan Najib.
Nordin, yang menyampaikan keputusan mahkamah, berkata dokumen yang diminta Najib berkaitan dakwaan dana yang diterima oleh keluarga Zeti tidak relevan dengan pertuduhan yang dihadapinya (Najib) dan dokumen itu tidak akan membantunya dalam pembelaan diri.
“Dokumen itu tidak akan membantu perayu (Najib) untuk membuktikan kekurangan pengetahuannya tentang transaksi dalam akaun banknya. Selain itu, pembelaan perayu seperti yang dikemukakan kepada saksi pendakwaan adalah beliau telah diperdaya oleh seorang yang bernama Jho Low.”
Beliau berkata mahkamah juga mendapati kredibiliti Zeti, walaupun jika terbukti tidak boleh dipercayai, akan menunjukkan konsistensi atau tidak konsisten dengan fakta dan isu dalam kes Najib.
Dalam permohonannya, Najib berkata dokumen perbankan itu relevan untuk pembelaan dalam perbicaraannya bagi pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB bertujuan menunjukkan integriti Zeti sebagai gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu telah terjejas serta mencabar kredibilitinya.
Mengenai permohonan Najib untuk mendapatkan keterangan saksi yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hakim itu berkata di bawah undang-undang, kenyataan itu adalah dokumen istimewa.
Beliau berkata alasan tidak mendedahkan keterangan saksi adalah untuk mengelak bahaya sebenar terhadap saksi.
Mengenai permohonan Najib untuk mendapatkan telefon bimbit dan kata laluan bekas jurubank Sachs Goldman, Tim Leissner, hakim itu berkata barang-barang itu tidak berada dalam simpanan pihak pendakwaan dan mahkamah tidak akan bertindak sia-sia.
“Adalah keputusan sebulat suara kami bahawa tidak ada kesilapan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kedua-dua usul pemula (Najib) yang mewajarkan campur tangan mahkamah ini,” katanya sambil menambah bahawa rayuan itu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi disahkan.
Bekas perdana menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai tahun lepas yang menolak dua permohonan penemuannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan bahawa keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Najib memfailkan permohonan pada 24 Mac tahun lepas untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.
Beliau juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lepas untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.
Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan kesnya kini didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Bekas anggota Parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram yang ditemui pemberita kemudiannya berkata pihak pendakwaan akan memanggil tujuh lagi saksi termasuk Zeti untuk memberi keterangan dalam perbicaraan 1MDB sebelum menutup kesnya. – Bernama, 8 Disember, 2022.
DIMANA NAJIB
TIDO MALAM INI
AMIN
DALAM PEJARA
ATAU ATAS
KATIL HOSPITAL
AMIN
APAKAH NAJIB
AKAN BEBAS
KERANA
REALPOLITIK
KHALAS
MUSTAHIL ZAFRUL TAK KENAL
Tengku Zafrul belum
dapat panggilan
SPRM
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masib belum menghubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz barkaitan dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.
Tengku Zafrul berkata, beliau akan memberi kerjasama terhadap badan itu sekiranya dipanggil untuk siasatan.
KAH KAH KAH
MUSTAHIL ZAFRUL
TAK KENAL ABAH
KAH KAH KAH
ZAFRUL JAGA
PETI BESI MASA
MAT KOBID
KAH KAH KAH
KUNCI PADA
SAPA ?
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
KHALAS
SATU LAGI BEKAS PM AKAN MASUK PENJARA
SPRM siasat dakwaan penyelewengan RM600 bilion
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.
Menurut badan siasatan itu, pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional daripada semua sudut berkaitan isu ini
INI YANG CUN
INI YG MOLEK
KAH KAH KAH
TIAP KALI
TUKAR KERJAAN
AKAN ADA BEKAS
PERDANA MENTERI
MASUK JIL
KHALAS
BELI VAKSIN BERAPA HARGA
BELI VAKSIN
BERAPA HARGA
KHALAS
Unknown commented on
"BUKAN. AGENDA TELO"
Merujuk kepada sebahagian besar pembelian vaksin. Waktu darurat perlu tender ke?
Unknown commented on
"BUKAN. AGENDA TELO"
Semuanya pusingan demi pusingan, semua curi curi masa pegang kuasa, yang tak kena tangkap tak salah, selain ITU semua merasa juga, sama geng sama rasa nikmat duit curi, sebab ITU Singapore negara kerdil lebih maju, nilai lebih duit walau kerdil Dari semua aspek, sini semua curi rasuah atas sampai bawah atas nama agama bangsa negara kah kah kah susah
Unknown commented on
"DASAR HEBAT KERAJAAN BARU"
Gwa ingat lebih baik lu balik sebagai aktivis la tt. Sekarang ni lu lebih bersifat penganal. Benda2 yang tidak ada kesan buruk pun penganal sibuk nak anal. Lu pun serupa la. Dia nak bikin apa, dia nk up diri dia banyak2 ke pergi lantak dia lah. Kalau benda2 yg dia sibuk tu tak menjadi, dia lah yang kena jawab sama. So bukankah anwar tengah gamble sekarang ni??. Gwa tau lah lu punya gentleman dah hilang. tapi org lain punya gentleman lu tak payah risau la.Komen pun lu simpan. Poorah..
Unknown commented on
"BUKAN. AGENDA TELO"
Kah kah tak takut tak takut tapi munke kewangan masuk geng lain kah kah kah syukur senang sikit sikit kah kah kah, Abah jadi top tiba tiba, masa singkat terus menjadi juara kah kah kah senang jadi Yang senang nak jadi PM, kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)




