Selasa, 26 Mei 2009

SATU PANDANGAN


EKONOMI KITA - SATU PANDANGAN


Kelmarin Presiden Bank Dunia Robert Zoellick telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengangguran semakin melonjak. Krisis ekonomi yang sedang merebak ini akan membawa padah yang maha besar.

Ini suara bapak kaitalis.

Minggu ini juga Paul Krugman, pakar ekonomi telah berkata – mengasaskan ekonomi dengan ekspot tidak akan membantu. Ini dibuktikan dengan Jepun yang telah lebih dari 10 tahun sengsara kerana produk ekspot tidak menemui pasaran.

Ini suara pembodek kapitalis.

Di Malaysia ekonomi kita yang bersandarkan ekspot sedang menguncup. Zaman meleset – recession – akan sampai atau telah pun berada bersama kita. Pihak berwajib masih belum berani megakui hakikat ini.

Pihak berwajib masih lagi dalam alam ‘denial’. Mereka lupa de nile ialah sebuah sungai di Mesir.

Langkah terbijak dalam keadaan ini ialah menggariskan satu dasar ekonomi yang berasaskan pertanian dan bukan menggunakn teori Keynesian yang mengajukan kerajaan berbelanja membuat projek mega.

Rangsangan ekonomi seharusnya mengerakkan warga ke arah bercucuk tanam. Berbilion ringgit yang akan dikeluarkan – (entah dari mana nak di cekup – ini satu soal yang lain ) – seharusnya membantu, merangsang dan menggerak pertanian.

Makanan lebih penting dari Ipod. Makanan lebih penting dari beg Luis Vuitton. Makan lebih penting dari kereta.

Syarikat membuat kereta nasional seharusnya membuat injin yang bersangkutan dengan pertanian. Buat trektor bukan Kancil. Buat pembajak bukan Waja.

Ramai warga akan kehilangan pekerjaan. Angka terus meningkat.

Jenayah akan meningkat juga. Kes ragut, samun, rompak, pecah rumah akan meningkat. Kita tidak perlu dapat MBA dari Yale untuk mengetahui bahawa bila ekonomi merundum – jenayah akan naik.

Makanan wajib dijadikan sasaran utama. Pengeluaran makan kita wajib cukup. Tidak perlu membeli sayur dari Taiwan, Indonesia atau Thailand. Hentikan membeli ayam dari Siam. Pilihara ayam sendiri. Hentikan membeli buah buah dari Siam. Tanam sendiri. Tidak perlu membeli beras dari Siam. Tanam sendiri.

Buruh impot yang ada hari ini wajib di hantarkan pulang ke negara mereka. Ekonomi kita tidak seharusnya bergantung dengan buruh impot yang murah. Buruh impot murah tidak menjana pembangunan fikrah penyelidikan dan teknoloji.

Buruh impot ini bekerja di kilang membuat produk ekspot. Pasaran ekspot telah padam. Ini hakikat. Amerika Syarikat rakan niaga kita yang utama tidak lagi mengimpot produk-produk. WalMart sedang dipenuhi oleh barangan dari China. Bilik simpanan WalMart telah melimpah ruah. Beratus-ratus kilang di China kerana produk tidak ada pasatan.

Satu dasar pertanian baru wajib difikirkan bukan sahaja oleh pemerintah tetapi oleh semua warga negara.

Kurangkan berpolitik dan banyakkan bertani.(TT)



19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju 100%.. emm tapi kena tukar kerajaan BN dululah..

Ahmadkmz berkata...

aku dah start tanam kacang panjang dan kacang botol blkg umah...

lepas ni, aku tanam jagung pulak, benih jagung dah ada.....

bolehlah cari balik filem Nujum Pak Belalang sbb nak tgk lagu ape dorg nyanyi time bersawah padi....

untung2 boleh jadi lagu tema kebun aku....

muahahahahahha....

PenaKiri berkata...

Pandangan dan seruan yang baik.
Makanan adalah keselamatan..

Kapal selam dan helikopter canggih tidak dapat buat apa untuk bantu negara yang tak mampu lagi import makanan dan tiada pula hasil sendiri

Tanpa Nama berkata...

Sokong 1Million Peratus..TT anda sebenarnya seorang yang genius untuk memikirkan hal-hal begini yang akan menguntungkan rakyat 1Malaysia..semua ini ahli-ahli gerombolan failed to see and analyse..sebab sibuk untuk menguntungkan diri sendiri aje. Apa kata TT jadi tuan penasihat kepada 1PM..bukan bebudak tingkat 4 tu...:)

Ms Bean

Tanpa Nama berkata...

bro isham ..gua tk dapat bayang kan ..kalu bro isham .abg mat sabu.bng anwar .berhujah dalm parliman ..jebon najip .mesti tk tidur malam ..bro isham masuk la bertanding lgi 3thn ...gua rasa lu gerenti menang punya...lgi 3thn pr akn dapt malaysia tk caya tunggu......bro isham lu punya hujah .tok wan gua kt kampung pun boleh paham ...

fredo berkata...

bro....cemana nak betani.. taman pokok kt perak pon kena cabut.. cemana tu...???

Jebat Musibat berkata...

1 bende jer isam...

ada ke graduan U nak jadi petani?

99 dari 100 orang taknak punye. ramai yang lebih rela menyusahkan mak bapak dari buat kerja. Apatah lagi jadi petani!

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tu.

Sejajar dengan pendapat TGNA.

Pertanian memang perlu diutamakan.

azhar berkata...

satu keluarga satu tanaman..

hmm...rasanya kerajaan Be End masa pak lah ada buat kempen nie...

tapi biasa la..Pak lah...banyak tido..kempen kemana...dia pun hanyut

terjun.tanpa.parachut berkata...

Tu la dulu dah elok-elok ada U Pertanian M, ditukar pulak kepada U Putra M, hampeh tol la...

Cicit Riau Bayan Putih berkata...

Abg isham,
Tu si Sepudin TionTion dah ngaku ada org jumpa Kak Tuya? Apa cerita? Kejap jumpa kejap tak jumpa? Dah berjangkit sakit flip flop ke? ekekrkekekekeke
Mana crita anak RPK? ekekekekeke

Tengku Mahkota Ibrahim Ali Inderawan Syah ibni Raja Petra berkata...

tak macho la jadi petani..bpeluh2 keje..blaja tinggi2 duk sawah??baik pas spm dulu tak masuk U..

anwar ibrahim duk dalam aircond, sofa bagai kemain rileks jek..pastu pom pam pom pam suh orang bertani..dia pun kene la bertani gak..mcm paklah ngan jeanne..

takleh ar ckp org keje kilang untungkan kapitalis..yg dlm kilang tu dak2 mesia ramai gak woo..dorg smua nak duit kertas utk idup..

camtu gak org kije petani..papehal pon nak duit kertas gak..tgk ar felda, sime darby, mpob, lkim smua2 tu..yg pakai kot org2 politik jek.ceo2 kaki bodek jek..yg susah payah org kampong gak..

memane pon serupe jek..kilang kete ke, minyak ke, pertanian ke..

pertanian tu cabang jek..sama level ngan kete smua2 tu..paling pnting kene ubah tunjang die, pokok die, asas die iaitu sistem(kapitalis) itu sendiri..

Nunca Caminaras Solo berkata...

Kurangkan berpolitik dan banyakkan bertani.(TT)

Setuju ngan TT.. Tanah-tanah di kampung perlu diusahakan.. Kerajaan perlu bantu lapangkan tanah di kampung untuk memberi motivasi orang kampung bercucuk tanam..

Graduan akan bertani sekiranya dia nampak ada hasil yang lebih lumayan dari jadi kuli kepada konglomerat kapitalis.. Ni dasar kerajaan memberi persepsi negatif kepada pertanian..

Dah tua baru sedar jadi kuli kepada konglomerat kapitalis lebih banyak glamour dari kebebasan.. Pakai baju cantik2 siap dengan tali leher pegi pejabat, tapi hujung bulan poket kosong..

zarm berkata...

Pokok-pokok yang tak berguna di tanam oleh PBT tu eloklah di ganti dengan pokok buah2an tempatan(jangan tanam durian dah la).Setahu aku baik BN baik PR baik USNO tak satu pun yang tanam pokok buah2an.Dengar cerita yang ada cuma kat Terengganu di zaman Haji Yeh jadi MB dulu ditanam pokok buah2an.
Pendek cerita...semua pun bangang...salah kah tanam pokok buah2an???susah nak jaga??takut dicuri orang???.Aku nasihatkan buat dulu sebelum bagi alasan...
Kalau nanti dah bersepah buah2an percuma untuk rakyat,lebihan tanaman dah boleh di eksport atau penanam tradisional dah boleh besarkan skala(bukan besar kepala)
TUNGGU APA LAGI WAHAI YB-YB,YDP-YDP,AHLI-AHLI MESYUARAT TINGKAP SEKELIAN.

Tanpa Nama berkata...

bro nak tanam dekat celah mane? rumah pun rumah kotak2 2 bilik di tgh bandarbala KL apa punya turr la kera-jaan ni, cam sial

gad berkata...

bapak aku bela itik....sapa nak beli...

Tanpa Nama berkata...

setuju ...malaysia dalam denial syndrome ..tanya marketing exec skang ni senang tak dioarang dapat client??? kenapa msia cerdik sangat import cili india sedangkan ramai je rakyat msia tanam cili ...apa kes sume ni???

Tanpa Nama berkata...

BAGAIMANA RAKYAT YANG DUDUK DI RUMAH FLAT,KONDOMINIUM RUMAH TERES YANG TIDAK ADA TANAH DAN SEBAGAI NYA UNTUK MENGUSAHAKAN PERTANIAN DAN BERTANI?

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat satu dasar pertanian baru perlu dibuat, banyak perkara perlu dirombak dalam merealisasikan matlamat memajukan pertanian di Malaysia.

Pertama, Menteri Pertanian mestilah orang yang mempunyai pendidikan dalam bidang pertanian dan ada pengalaman atau asalnya anak petani. Kedua, pegawai-pegawai jabatan2 di bawah Kementerian Pertanian mesti disyaratkan turun padang melihat sendiri prestasi aktiviti pertanian. Jangan duduk dalam pejabat sahaja. Ketiga, sumber-sumber untuk kegiatan sektor pertanian hendaklah dikawal harga supaya kos usahatani pada tahap yang serendah mungkin. Keempat, pekerja asing sememangnya perlu untuk sektor pertanian kerana rakyat Malaysia ramai yang nak kerja senang, malas pegang cangkul.
Kelima, semua bentuk bantuan atau kemudahan yang disediakan untuk sektor ini mestilah disalurkan dengan berkesan; kurangkan birokrasi.

Perkara2 di atas adalah antara yg saya luahkan untuk renungan semua berdasarkan pengalaman saya sebagai petani kampung.