Khamis, 20 Ogos 2009

BOHONG BOHON BOHONG



TIPU KELENTONG LEBONG



A BLATANT LIE SAYS FORMER LEGAL PARTNER - Malaysiakini

Yusri Isahak, the former business partner of Rohazait Othman, today vehemently refuted claims made by Umno leaders that the Permatang Pasir candidate was innocent of any wrongdoings.


KENYATAAN RESMI YUSRI ISAHAK


Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.




13 ulasan:

tukar sejadah berkata...

haighzz zahid .. naper ler ko jadi camnih .. dh ler tabung haji rosak dibuatnya .. tobat ler ..

nakata berkata...

jeng jeng jeng...SPeRM mane wei???SPR pun ble kasi lepas ke calon camni?oi org Penang...korg nak bg ke org kaki kelepet duit rakyat ni jd wakil???kalo stakat mat sembab janji nak wat jamban tan...x payah laaa...seme kaki sedut duit org...

aku pun ade request mintak ganti jamban tan kat umah atok aku thn 2006 dulu tp smpi skang x de respon...depa ckp modal nak tuka dari jamban tan kayu pi konkrit tu kos smpi 180ribu. jamban tan tu x smpi pun 20 meter melepas kan tali air yg depa buat...kalo tanah sendiri dah lame dah buat...jamban tan tu atas tanah rezab JKR...180ribu=20 meter jamban tan...boleh beli 1 rumah banglo 2 tingkat 44x80 kat area aku tu???fuh pehal mahal sgt ek???thn 2006 smpi la ni x de respon...ramai ke sub-cont nak masuk tu...

ape kate survey?? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah... 1Malaysia boleh!! 1Malaysia kena tipu...

-nan-

tupingera berkata...

calun BN kena Poringi lagi...kecian.

Tanpa Nama berkata...

Dalam koperasi memang banyak hal

Ambil contoh MOCCIS. Esh! jangan bising bising kerana koperasi ini directors nya pegawai MCS, pak Lah dan pegawai tinggi kerajaan tak mahu heboh heboh, nanti malu.

Chek apa jadi sekarang!

Tanpa Nama berkata...

Ha!! ha!! mula mula songlap kemudian bayar balik di kira WIRA?

mudz berkata...

Calon BN akan angkat sumpah dalam masjid tidak pernah kena liwat dan tidak pernah songlap duit kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

salam,

PR kini menjadi satu-satunya pemerintah yg paling bersih di beberapa negeri diMalysia.

saya berkata demikian kerana setiap kesalahan kecil PR akan dihidu oleh sprm malah diuji dengan kesalahan `ciptaan SPRM` sendiri.

Sebaliknya, BN sejak lebih 52 tahun lalu kesemua kesalahammya akan cuba ditutup serapat mungkin oleh pihak berkuasa hatta kesalahan sebesar kapal selam sekalipun.

Marilah kita mengatakan bahawa...dalam BN memang ramai perasuah dan pesalahlaku yg menjadi wakil rakyat.

Dalam PR pula...jika ada riak sahaja salah laku,,,mereka akan segera meletakkan jawatan tidak macam calon Bn yg teramat pelahap sifatnya.

1 Malaysia, UMNO didahulukan, rasuah pemimpim UMNO dipertahan.

Adnan M

V-Jolt berkata...

marang kerapu kepundeng marang sekeper btul bn ni

Tanpa Nama berkata...

Kain dah terlucut, terserlah la kurap, panau, kudis kat ANU yang digelar HERO.

Makin terserlah lah, perangai HUDUH Mamat sorang nie. Sanggup burukkan kawan untuk kaut keuntungan.

Lepas nie sorang lagi MAMAT akan buat akuan BERSUMPAH dalam masjid untuk bersihkan nama yang memang dah KOTOR.


-Zackry-

Murujit berkata...

BN=Bodoh Nya

Tanpa Nama berkata...

menteri luar taiwan letak jawatan sebab taufan yg meragut nyawa penduduk.. apa kenamengena menteri luar (yg hanya bertanggungjawab atas hal2 hubungan luarnegara) dgn taufan tu?
sebab taufan tu berasal dari luar negara!
wah! tingginya kebertanggungjawaban (accountability) seorg menteri penting di taiwan!
kalau di malaysia, daripada menteri hinggalah ke timbalan menteri ke anakbini menteri ke anakdidik menteri ke anakbuah menteri ke driver menteri ke pencacai/penjilat menteri, semua mengamalkan formula ini (atau fatwa ini yg biasa dicanangkan oleh ulamak UMNgok seperti al-Ustadz al-Muhyideen al-SemBabi) iaitu:
pergi masjid untuk sembahyang jumaat, buat sumpahlaknat dan deny, deny, deny! (nafi nafi dan terusmenerus nafikan!)...
dan lebih afdal jika tai-chi (alihkan) tuduhan kepada org lain!
itulah formula UMNgok/BoNgok untuk terusmenerus berkuasa selama 50+ thn!

bangkitlah rakyat malaysia
bangkit dgn mata terang terbuka
bangkit dgn ilmu penuh dlm kepala
bangkit dgn semangat kental di dada

-average joe-

sakariya berkata...

Ahmad maslan kata dia HERO, bodoh punya Ketua Penerangan Gerombolan. Sebenarnya calon gerombolan Permatang Pasir kaki putar alam!!!!!!