Rabu, 31 Mac 2010

ORANG JOHOR MASIH BELUM SEDAR




BARU ADA BERITA - KALAU JOHOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT






RUMAH KENA RUNTUH


Sekumpulan penduduk dari Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu berkunjung ke Parlimen hari ini bagi meminta bantuan beberapa ahli parlimen PAS untuk memperjuangkan pampasan ke atas rumah mereka yang bakal dirobohkan di kampung berkenaan.


Wakil penduduk itu, Ramli Ibrahim berkata mereka mengetahui bahawa tanah di kawasan itu adalah milik kerajaan apabila mereka meneroka kawasan hutan berkenaan untuk mendirikan penempatan mereka kira-kira 20 tahun lalu.

Namun itu tidak boleh dijadikan alasan kepada kerajaan untuk tidak memberikan apa-apa pampasan kepada kira-kira 320 keluarga di kawasan itu, kata Ramli.

Jelasnya, pada 24 Mac lalu pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai penduduk, termasuk premis warung makan dan kedai runcit di kampung itu.


Kira-kira 20 buah rumah lagi dan juga sebuah surau di kawasan sama dijangka akan menerima nasib yang sama, seperti yang dialami serama 200 penduduk kampung itu sebelum ini, kata Ramli.

Menurutnya lagi, 200 penduduk berkenaan kini ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Denai Kempas Permai sejak awal tahun lalu.

Keluarga yang terlibat dengan operasi perobohan pada 24 Mac dan untuk kawasan rumah yang masih berbaki pula akan ditempatkan di PPR Desa Mutiara, Tebrau yang terletak kira-kira 28 Km daripada kawasan sedia ada.

"Apa yang kami ingin minta di sini ialah supaya penduduk kampung ini diberikan pampasan dan supaya perobohan ini ditangguhkan. Kita hanya minta setakat RM30 ribu sahaja.

"Masalahnya sekarang ini langsung tidak ada pampasan. Kenapa kami tidak boleh diberikan pampasan, sedangkan penduduk Kampung Berembang di Selangor, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dapat layanan lebih baik," soalnya.

Dalam sidang media sama, wakil Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata beliau akan membawa isu tersebut dalam perbahasannya di dalam dewan.

Turut memberi sokongan ialah wakil Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang berkata kerajaan perlu memberi ihsan kepada penduduk kampung berkenaan dengan memberikan pampasan


nota:
inilah orang johor
tak sedar diri
jadi kubu gerombolan

berembang dan buah pala
dapat publisiti banyak
kerana penduduk dan orang ramai sokong pakatan rakyat.
kalau dari dulu sokong pakatan rakyat
mesti berita rumah runtuh ini besar
hari hari dalam tv dan akhbar.

jadi - sedar lah orang johor - kalau nak pampasan
kalau nak berita rumah runtuh masuh tv
kalau nak hal rumah runtuh jadi ajenda melayu
kalau nak gpms buat kenyataan
kalau nak pkpim sokong
kalau nak perwira perkosa sokong
sila naikkan kerajaan pakatan rakyat di johor
sekelip mata rumah runtuh jadi beriat tiap tiap hari
tak kan tak sedar sedar
tak percaya cuba try kah kah kah




17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana MUHYIDDIN YASSIN yang dulu kata nak buat demo dulu...hang kalu MENTERI YANG BERHATI PERUT hang bantu le kaum ni..BENGONG..RAKYAT JOHOR PUN SATU HAL..MASIH RAMAI YANG TOTOK UMNgok ni...dah kena BATANG HIDUNG SENDIRI BARU NAK PI PARLIMEN JUMPA MP PAKATAN RAKYAT...

Tanpa Nama berkata...

dah la menceroboh tanah kerajaan,
pastu tak malu nak mintak pampasan..

ceh buat malu je..

woi ingat duit cukai tu buat bayar pampasan dekat penceroboh mcm korang ke?

Tanpa Nama berkata...

fakap la umno,

Tanpa Nama berkata...

Cop, ni bukan tanah depa. Kena orang yg menceroboh tanah org lain, tuan punya tanah yang kena bayar pampasan?

Hanya di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ini kes terpencil la (0.0000941176 persen jer yang terlibat)... Mesti ada hantu PR yang menghasut. Jahat sungguh orang2 PR ni terutama PAS, UMNO nak roboh rumah pun dijadikan isu.

Rakyat Johor berjumlah 3.4 juta orang tak bising pun! Sultan Johor yang diberi elaun dengan duit rakyat pun tak de apa2 bising dan response! Ini memang sah kes terpencil dan tidak benar, bohong, jahat dan fitnah. Jangan ikut cakap2 blog, semuanya Pembohong!

Kami akan terus sokong UMNO sehinggalah UMNO dan BN merobohkan rumah kami pula. 5 bulan lepas itu, barulah kami akan terus menyatakan sokongan kami kepada Di Bawah Tapak Kaki Tuanku dan MB BN dan ahli2 exco pulak. Bukan senang nak jumpa parti yang menyokong Yahudi dan merosakkan peribumi, bumi dan kaum sendiri. Jika UMNO asyik nak jaga rakyat, siapalah pula nak merosakkan rakyat? Takder orang jahat kat dunia ni, boring la. Mesti kene ada usik2 sikit dan cubit2 sikit, barulah best. Meh UMNO, tolong kotorkan lagi sungai seget, perbanyakkan lagi pelacur murahan "lai,lai,lai, mulah2" berhampiran balai polis JB, area 500m jer. Time polis buat rush, sumer ilang pegi makan angin, menunjukkan JB bebas dari pelacur. Ada kowtim ka meh? Cabal besaw cover ke apo? Kalo 2007-2009 dulu, nak lagi canggih, lawat la Dynasty hotel atau Lion hotel, siap ada kepten lagi jaga. Kalo pandai cari, siap ada forum lagi leh tukar2 alamat untuk cari pelanggan. tokey2 siap pakai laptop ngan leh bisnes ngan kredit kad laie...ini baru kemajuan yang rakyat johor mau...sbb tu kami pilih BN.

Tanpa Nama berkata...

kan org j0hor rela berkorban utk UMNOngok, terima jelah ....kan UMNOngok juara rakyat yg Maslan dok jaja msia,tmpak sendiri juara pekena rakyat. apapun idup UMNOngok untuk ngokkan rakyat.mana mat sembab? mana zakjasyi?mana khalid nordin? mana gani seman? ngadu ngan dia orglh,nape bru terjaga cari PR.

Tanpa Nama berkata...

ini kes serupa dan sebijik macam gerai melayu kena roboh sebab tak ada lesen di penang

peliknya
kat penang mamak dan perkosa bukan main melalak.
surat kabar u meloya bukan main putar dan konar baring
tapi bila kena kat kubu amno
bila kena kat batang hidung amno
senyap tak bertelor

nampak sangat mamak dan perkosa main politik
apa abang breim nak kata?
tak terkata?

politik laa tu!

Tanpa Nama berkata...

Al Baginda Sultan Johor mana....tak buat kembara rakyat ke kg malang ni ke tuanku. Setahu patik tuanku adalah raja yang sangat prihatin dengan kesusahan rakyat. Ni kes rumah kena roboh ni tuanku bukan boleh buat main-main.. mana tempat baby, nenek2 tua, orang sakit dan pelajar2 ni nak berteduh. Ampun tuanku...

Tanpa Nama berkata...

PADAN MUKA MELAYU JOHOR...
DULU UMNO ADALAH SEGALANYA BAGI MEREKA... SEKARANG RASAKAN... ITULAH PEJUANG MELAYU KAMU....

Tanpa Nama berkata...

brahim ali tolong2...mana ngko pegi ni...buat ler demo woiii brahim..aku nak ikut...ketuanan melayu konon...ni bkan ketuanan namanya..ni namanya kebangsatan melayu...

Tanpa Nama berkata...

orang johor mmg sengal sikit..Dahla Asabiyah lain macam...Bangga sangat Umno asal dari sana..UMNO(Bala' Tanah MElayu) ..diorg ade perangai yg pelik skit,,,better Kelantanese...
Sikit2 TMJ,,sikit sikit TMJ....wtf!

Tanpa Nama berkata...

tolong karam singh walia.....
aduan rakyat
aduan rakyat
aduan rakyat

bila akan ditayangkan
ditv3?

tobat takkan undi umno berkata...

1MALAYSIA MA..
RAKYAT DIDAHULIKAN..
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

KAH..KAH..KAH..
SEMUA KENA KENCING TIKUS

Tanpa Nama berkata...

Mana pergi tivi tiga?
mana pergi karam?
tak kan tak jumpa tempat tu kot?
kalu tak jumpa, sila cari kat google map
mesti jumpa punya

ini orang patut kena tolong
ini bukan pasal sampah sarap
ini pasal rumah kena roboh
bila nak masuk TV
suma orang malaysia mau tengok
suma orang malaysia mau bagi bantuan
mp johor pun mau datang tengok
mp johor mau bagi bantuan
pekasa mau bukti
bukti ada, baru pekasa bantu

Tanpa Nama berkata...

reezalmerican mane? dah standby banner ke nak berarak? heeedoop meeelaiyu..!!!

Tanpa Nama berkata...

ni kg bunian la..
mana nk msk tv3 suku...
xnmpak..
kahkahkahkah..

zane berkata...

Senangnya hidup golonga yang diberi hak untuk merampas tanah orang! Atas nama "tanah kerajaan", mana-mana tanah yang berpotensi untuk dimajukan boleh diambil begitu sahaja. Persetankan orang lain dah usahakan tanah itu puluhan tahun..panggil bulldozer dan ranapkan saja!

Adilkah ini? Apakah tanah itu sejak azali milik "kerajaan"? Apakah adil tanah yang dulunya dilitupi hutan tebal, ditebang, diusahakan bergenerasi oleh orang kampung yang miskin, tetiba diambil begitu sahaja?

Islam sudah menggariskan peraturan pemilikan tanah. Mudah saja, "sesiapa yang memakmurkan tanah Allah itu, maka tanah itu menjadi miliknya". Kalau kerajaan hendak mengambilnya atas nama apa pun jua, bayarlah pampasan yang setimpal. Gantikan kerugian mereka itu. Itulah keadilan namanya, seperti yang dituntut oleh Islam.

"Kerajaan" yang ambil tanah itu selalunya untuk apa? Mereka DIRIKAN KONDO DAN PERUMAHAM MEWAH DAN HANYA ORANG KAYA DATANG DUDUK DI SITU DAN ORANG ASAL PINDAH KE GUNUNG DAN BUKIT BUKAU!

Sebenarnya bukan kerajaan, tetapi penyamun dan perompak yang bertopengkan pemimpin yang datangnya dari kalangan UMNO dan BN, parti yang sangat diagung-agungkan rakyat Johor.

Sedarlah!!