Isnin, 31 Disember 2012

NAJIB ARAH ZAHID HAMIDI REMBAT DUIT BEKAS TENTERA



 BAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH/AWAN MEGAH JEJASKAN PROJEK-PROJEK KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN MERUGIKAN ANGGOTA TENTERA

Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd (“Astacanggih”) dan Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd (“Bakti Wira”).

Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”). Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera (“LTAT”) iaitu sebanyak 61.36% (rujuk Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012). Saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti.


Oleh yang demikian, keputusan Dato’ Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah adalah keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead.

Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahu menutup mulut Deepak.


Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd (“Jendela Hikmat”). Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengkritik Jendela Hikmat kerana gagal menyiapkan projek tersebut walaupun telah diberi lanjutan tempoh masa sebanyak 3 kali. Pada ketika itu, Jendela Hikmat memberi alasan bahawa ia berdepan dengan kesempitan kewangan akibat kenaikan kos barang pembinaan sehingga menjejaskan projek yang dilaksanakannya.

Justeru, sekiranya Bakti Wira terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah, bebanan hutang yang baru ini sudah tentu akan melemahkan lagi kedudukan kewangannya yang seterusnya menjejaskan keupayaan Jendela Hikmat menyiapkan projek-projek kerajaan.

Semakan prestasi kewangan terkini Bakti Wira yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan risiko kewangan yang ditanggungnya berikutan arahan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah.


Bakti Wira yang mengalami kerugian sebanyak RM565,923 bagi tahun 2011 itu terpaksa menanggung kos hutang sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun. Besar kemungkinan, kerugian yang dialami bagi tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang lebih teruk dan berpanjangan akibat hutang RM160 juta yang terpaksa ditanggungnya.

Kedudukan kewangan Bakti Wira juga akan dilemahkan dengan hutang RM160 juta yang terlalu besar berbanding dengan asetnya yang kecil iaitu sekitar RM50 juta sahaja. Tambahan lagi, tanah yang kononnya dibeli itu besar kemungkinan tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan tidak ada aset baru yang boleh disuntik untuk mengimbangi hutang RM160 juta yang diambil untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah.

Maka, keputusan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah ini adalah keputusan yang benar-benar merugikan anggota tentera yang menabung di dalam LTAT dan pelabur minoriti Boustead yang turut sama terjejas.

KEADILAN akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen mendesak LTAT menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

KEADILAN juga akan menulis secara rasmi kepada Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group) untuk segera campur tangan di peringkat Boustead bertujuan menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.

Desakan dari kedua-dua kumpulan ini dan keputusan Kerajaan Selangor untuk menghalang pemindahan tanah 200 ekar yang cuba dijual (seperti yang diumumkan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam) akan menghalang RM160 juta dana awam dari disalahguna bagi kepentingan peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sewajarnya, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu berdepan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Deepak dan menyaman Deepak di mahkamah sekiranya tuduhan itu tidak benar, bukannya menyalahgunakan dana awam untuk merasuah Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seperti ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
31 DISEMBER 2012




-------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Persoalannua:

1. Mengapa kena beli astacanggih dulu dan kemudian baru beli tanah awan megah. Kenapa tak terus beli tanah awan megah tanpa bazirkan 30 juta beli saham astacanggih. Adakah berita ini benar atau gebang PR?
2. Kenapa hanya beli 80% saham astacanggih dan kenapa tak beli 100%. 20$ lagi saham astacanggih itu siapa punya? Adakah cerita ini hanya cerita pilihanraya untuk memburukkan pemerintah?
3. Kenapa beli astacanggih? Adakah astacanggih banyak dan bernilai harta milikannya? Berapakah hutang yang sedang ditanggung oleh astacanggih? Tak rugikah beli astacanggih kalau dibandingkan membeli terus tanah dari awan megah tanpa melibatkan asracanggih? Adakah ini hanya berita yang dimanipulasi oleh pembangkang?
4. Sudahkah kebenaran atau persetujuan bekas tentera diminta sebelum keputusan dibuat? Adakah persetujuan pembelian melibatkan jumlah yang banyak itu telah dibawa ke mesyuarat LTAT atau Bakti wira atau bousted. Kalau ada, bila tarikh mesyuarat itu? Adakah persetujuan dalam mesyuarat tidak diperlukan kerana pembelian dalam jumlah berikut tidak perlu sebarang bentuk persetujuan mesyuarat?
5. Adakah tanah itu selamat dari segi spekulasi? Bukankah tanah itu sedang dipersoalkan di mahkamah oleh Deepak? Adakah Deepak telah melepaskan dakwaan keatas pihak yang didakwanya di mahkamah tentang status tanah ini?
6. Bayaran RM8 juta telah dibuat Deepak untuk tujuan politik. Politik siapa dan siapakah yang menerimanya? Adakah penggunaannya diaudit dan diketahui oleh pihak yang sepatutnya tahu? Adakah Deepak hanya kelentong untuk memburukkan seseorang?
7. Bial pembelian astacanggih dan tanah awan mula dibuat? Adakah kebenaran daripada kerajaan negeri selangor telah diperoleh? Adakah bayaran yang diperkatakan itu sudah dibuat atau belum? Jika kebenaran belum diperolehi, dan jika bayaran telah dibuat sepenuhnya, adakah proses ini tidak menyalahi akta tanah dii selangor? Adakah memang kebenaran tukar hak milik memang tidak diperlukan daripada kerajaan negeri?
8. Betulkah Deepak telah dipaksa melepaskan sahamnya di astacanggih dan siapakah yang memaksanya atau hanya Deepak yang menipu?
9. Berapakah kemungkinan keuntungan yang akan diterima oleh penyimpan dan bekas tentera melalui pembelian ini sama ada dalam jangka masa pendek dan dalam jangkamasa panjang?
10. Berapakah harga semasa atau harga sebenar tanah ini dalam kiraan kaki persegi dan berapa pulakah harga yang dibayar oleh LTAT untuk membeli tanah ini dalam kiraan yang sama. Adakah harga belian itu terletak di bawah aras harga sebenar atau di atas harga sebenar? Berapakah keuntungan yang diperoleh oleh awan canggih? Berapakah harga tanah ini semasa dibeli oleh awan canggih dan berapa pula harga jualan tanah ini oleh awan canggih?

Tanpa Nama berkata...

ha..ha..ha.. semakin dekat tempoh expire gerombolan, betapa cekapnya mat monggol merembat duit tentera.macam ni punya manusia lembu ni pun ada kat Malangsia. Kalau di Siam dah lama tentera akan bagi hukuman sula pada mat monggol.ha..ha..Ha.ptuih..

Tanpa Nama berkata...

Habis sume tmpt yg ada duit diintai oleh pembangkang. Bukan ape senang jika menang pru bolela mereka kitai tmpt tu. Tmpt bekas tentera pun mrk kacau maklumlah nk kejar populariti konon2 pembela bekas tentera. Sedangkn kalu x mrk2 inila puak2 yg mengatakn tentera dn bekas tentera adalah liabiliti pd ng.

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan 5:42 adlh x berasas...sedangkan rafizi mempunyai bukti...

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

penat lah nak cakap.......tolong TT....?

Tanpa Nama berkata...

Apalagi.. tentera pegi la buat tarian punggung kat rumah ambiga sekali lagi.. bodoh tahap gaban punyer poyo.

Bovana berkata...

Dah semua tempat ini dirompak oleh pemimpin bee end.....pembangkang kena selamatkan mana yg masih boleh diselamatkan....mana kes yg dah terlepas pembangkang telahdan akan membuat laporan polis.....supaya ada rekod...lepas bee end jadi pembangkang.....kita tengok la nnt.......ek.......LOL

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

kan aku dah cakap dari dulu..deepak dan musa hassan tak leh pakai.....kakakakaka....bikin peninglah...kakakakaka....mana boleh pecaya punya...deepak tu kan melayu...musa hassan kan india...kakakakaka...dengar lagu deep purple lagi baguslah.....