Ahad, 23 Februari 2025

DATUK PENYAMUN PENIPU PERASUAH


Penipuan pelaburan didalangi Datuk: 32 laporan polis diterima, 15 kertas siasatan dibuka

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan menerima 32 laporan polis membabitkan kerugian lebih RM1.398 juta berhubung kes tipu dalam program pelaburan saham didakwa didalangi lelaki bergelar Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),  Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua laporan polis itu dibuat pihak yang mendakwa menjadi mangsa dalam pelaburan membabitkan sebuah syarikat antara tempoh 19 Januari lalu hingga kelmarin.

Beliau berkata, sejumlah 15 kertas siasatan sudah dibuka mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu membabitkan nilai kerugian berjumlah RM638,205.

"Siasatan awal mendapati syarikat ini ditubuhkan 24 Februari 2022 dan memiliki dua pengarah syarikat termasuk Datuk terbabit yang dilantik sebagai pengarah pada 10 Mei 2022.

"Semua kertas siasatan dibuat masih lagi disiasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam 65 individu tampil membuat aduan kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa ditipu individu bergelar Datuk berhubung pelaburan saham membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta.

Setiausaha Agung MHO,  Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, syarikat serta individu terbabit disyaki menawarkan program pelaburan saham biasa kepada pelabur awam tanpa sebarang prospektus dikeluarkan oleh pihak syarikat.

Syarikat individu berpengaruh itu dikatakan menawarkan program pelaburan biasa (pre-IPO) yang disifatkan meragukan dan tidak melakukan sebarang aktiviti pelaburan seperti dimaklumkan kepada mangsa.

Dalam pada itu Ramli berkata, semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu mempunyai modal berbayar RM6.9 juta dan 179 pemegang saham membabitkan 175 individu dan empat syarikat.

"Daripada 15 kertas siasatan dibuka 11 mangsa berdaftar sebagai pemegang saham," katanya.

MACAM MACAM

JENIS DATUK

AMIN

ADA 

DATUK PENIPU

PERASUAH

PENYAMUN

KAH KAH KAH

WOIT

DARI MANA

DAPAT DATUK ?

KAH KAH KAH

BILA NAK TARIK

GELARAN INI

BILA DITANGKAP

POLIS ?

AMIN

HANYA  YAMTUAN

NEGERI 9

TARIK GELARAN

KES RASUAH 

MAT KANGKUNG

AMIN

NEGARA 

WAJIB WUJUDKAN

GELARAN

DATUK LANCHAU

DATUK SRI LANCHAU

TAN SERI LANCHAU

DAN 

TUN LANCHAU

SEBAGAI GELARAN

TERTINGGI NEGARA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: