Ahad, 23 Februari 2025

PUASA BELUM MULA HARGA DAH NAIK


Harga santan di Terengganu naik berganda


KUALA TERENGGANU: Harga santan segar di negeri ini naik berganda daripada RM9 sekilogram kepada RM19 sekilogram sekaligus menyebabkan peniaga terutama pengusaha makanan berasaskan kelapa berada dalam dilema untuk menentukan harga barang.

Difahamkan kenaikan terbaharu itu dikatakan bermula kira-kira lebih seminggu lalu dan dijangka meningkat kepada RM20 sekilogram pada Ramadan ini.

Kenaikan berterusan itu adalah disebabkan harga borong bagi buah berkenaan ialah RM3.60 berbanding sebelum ini RM3.20 sebiji.

Peniaga santan, Wan Mohd Sukri Wan Muda, 50, berkata rata-rata pengusaha santan musykil dengan kenaikan harga kelapa kerana mendakwa bekalan bahan berkenaan mencukupi.

Katanya, setiap minggu dia memerlukan sebanyak tujuh tan kelapa yang diambil daripada pembekal tempatan dengan harga RM3,000 bagi setiap tan.

"Sebelum berlaku isu bekalan kelapa, harga santan hanya RM9 sekilogram, namun selepas itu bermula Oktober kenaikan berlaku secara berperingkat.

"Dalam tempoh lima bulan, harga sudah naik sekali ganda," katanya.

Dengan harga terbaharu ini, katanya, kos yang terpaksa diperlukan bagi membeli buah berkenaan juga meningkat iaitu sebanyak RM21,000 bagi setiap minggu dengan keuntungan diperolehi bagi setiap kilogram santan hanya sekitar RM2 hingga RM3 saja.

"Keuntungan itu kalau ditolak dengan gaji pekerja, plastik, letrik, penyelenggaraan mesin pemerah santan, untung bersih hanya beberapa sen sahaja.

"Jika banyak buah yang rosak, keuntungan akan menjadi semakin sedikit" katanya.

Wan Mohd Shukri yang bermiaga santan di Pasar Chabang Tiga, di sini, sejak lebih 30 tahun lalu berkata, setakat ini dia menjual santan segar dengan harga RM18 sekilogram, harga runcit sebiji kelapa RM4, kelapa parut biasa (RM12) dan kelapa parut (putih) RM14 sekilogram.

Katanya, harga bahan berkenaan dijangka naik sehingga mencecah RM22 sekilogram sebaik menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Ramadan nanti saya percaya harga makanan berasaskan kelapa seperti ayam percik, lemang, lauk pauk dan kuih muih sedikit tinggi berbanding Ramadan lalu," katanya.

WOIT

INI BERIAT BAIK

UNTUK NIAGA

AMIN

PUASA BELUM

MULA HARGA

DAH NAIK

KAH KAH KAH

MADANI OOO

MADANI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boikot kelapa. jangan makan kuih atau nasi lemak. boikot peniaga tempatan. makanlah kfc dan mekdi. tak ada naik harga. Kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Peniaga Walaun sengaja nak ambik kesempatan didalam kesempitan...Walaun oh Walaunnnn.....