Rabu, 29 April 2026

ADAT ITU TANDA SAPA MELAYU



ADAT ITU TANDA

SAPA MELAYU

KHALAS


APO KONO KAU JANG OOOI !

Bulat air kerana pembetung. Bulat manusia kerana muafakat.

Raja memerintah alam. Undang memerintah luak. Lembaga memerintah suku. Buapak memerintah anak buah. 

Ini pepatah petitih dalam  adat istiadat  dan cara sistem  penyusunan kepimpinan dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Heboh. Heboh. Heboh Satu Malaysia semua nak tahu apa sedang berlaku di Negeri Sembilan.

 Krisis bermula apabila 4 Undang – Jelebu, Johol, Rembau dan Sungai Ujung  memecat Tengku Mukhriz yang menyandang gelaran Yamtuan Besar.

Jangan silap faham -  betul Mukriz dari  keturunan Tengku tapi dia BUKAN RAJA DAN BUKAN SULTAN  – dia hanya diangkat dan di nobatkan sebagai  YAM PERTUAN oleh empat Datuk Undang.

Kuasa  Datuk Undang Berempat ini jelas. Malah  Datuk-Datuk Undang ini juga di pilih dan di lantik  melalui  satu sistem adat yang tersusun.

Di Negeri Sembilan ada 12 suku. Mereka ini berasal dari Minangkabau Sumatera. Ada suku  Batu Hampar, Batu Belang, Tiga Batu, Tiga Nenek, Anak  Acheh, Anak Melaka. Seri Lemak, Mungkal, Seri Melenggang,  Tanah Datar dan Paya Kumbuh. 

Yang ke dua 12 Suku Biduanda  dari singkatan  Benda Raja. 

Biduanda ini darah keturunan Sakai. Mereka yang datang dari Minang telah berkahwin dengan Sakai di Negeri Sembilan maka lahir Suku Biduanda.

Justeru hanya Suku Biduanda yang boleh dipilih untuk menjawat Datuk Undang.

Datuk Undang ini pula dipilih oleh Perut -ini ialah keluarga asal.  Contohnya di Jelebu ada 3 Perut. Waris  Perut Kemin, Perut Sarin dan Perut Ulu Jelebu. 

Dato' Undang Yang Empat (Undang Nan Ompek) merupakan gelaran bagi Pembesar Memerintah atau raja bagi luak-luak utama di Negeri Sembilan. Mereka adalah ketua adat pemerintah berdaulat di luak masing-masing dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan adat, terutamanya dalam sistem beraja Negeri Sembilan.

Nama "Negeri Sembilan" berasal daripada gabungan sembilan luak (daerah/negeri kecil) yang diasaskan oleh masyarakat   di Sumatera Barat.

Luak-luak asal ini ialah Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, dan Inas, yang bersatu di bawah pemerintahan Yang Dipertuan Besar pertama pada tahun 1773. 

Hari ini hanya ada 4  Undang – Jelebu. Johol. Sungai Ujung dan Rembau. 

NOTA :  Jang oiii... kau jangan lupo .... maso  Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 – Tok Undang Ompek Orang ini sain  samo macam Rajo-Rajo Melayu yang lain.

Jaaag... Ekau jangan lupo – Agung pertamo untuk Tanah Melayu  ialah  Yamtuan Bosa Nogori  Sembilan – Tengok duit  kito - itu muko Agong.. muko   Tengku Abdul Rahman.  Sampai sekarang pakaian  resmi Agong bilo nak bukak Parlimen akan pakai tanjak  dan destar ikut caro Nogori Sembilan.

Sekarang telah berlaku krisis. Empat Undang sebulat suara memecat Yang Di Pertuan Besar Tengku Mukriz. 

Menteri Besar tak setuju. Sebenarnya  MB tak boleh masuk campur. Jawatan MB ini wujud  hanya selepas Merdeka. Jawatan MB tidak wujud  dalam Adat Perpatih.

MB ini mula campur aduk Adat Perpatih dengan hukum hakam Anglo-Saxon Inggeris bekas penjajah. Maka kini jadi celaru.

Sepatutnya MB terima  keputusan Undang Nan Ompek  yang telah memecat Tangku Mukriz. Khalas. Tak perlu bawa masuk cerita politik kerana Adat jadi panduan.

Keadaan tambah celaru dan kacau bilau bila para YB dari Barisan Nasional tarik sokongan   kepada MB.  Dari segi politik maka MB yang ada sekarang tidak ada sokongan dari wakil rakyat. 

Ini bermakna wajib di lantik MB baru. Tapi lantikan MB  dan Exco baru ini nanti  nak angkat sumpah depan siapa ?  

Justeru kerajaan PARTI MANA PUN  di Negeri Sembilan perlu Yang Di Pertuan Besar Baru – kerana Tengku Mukriz telah di pecat.  Dari segi adat Tengku Mukriz bukan lagi YamTuan yang sah dari Adat. Khalas. 

BIAR MATI MADANI JANGAN MATI ADAT.
Perkembangan politik dan krisis kepimpinan Negeri Sembilan berterusan. Belum nampak jalan selesai.  ( TUNGGU SAMBUNGAN ) 



Tiada ulasan: