Rabu, 29 April 2026

KERAJAAN TITAH TAK DI PEDULKAN


DULU MALAON INI

SELALU HEBOHKAN 

INI KERAJAAN TITAH

KAH KAH KAH

SEKARANG 

DAH PUKEEE MAK

TAKDA SAPA

AMBIL POT

KAH  KAH KAH

KHALAS



PH tolak langkah pengkhianatan, usaha 'tebuk atap' UMNO dan BN di Negeri Sembilan - Fahmi


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PH,  Fahmi Fadzil berkata tindakan itu jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.

"PH menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO/BN Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar, Aminuddin Harun.

"Tindakan berkenaan dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata PH memberi komitmen bahawa seperti yang sudah disembah maklum oleh  Anwar bin  Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.

"PH akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan negeri demi kestabilan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat. PH juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu," katanya.

Semalam, kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan kemelut pemerintahan yang berlaku.

Namun, Aminuddin berkata, beliau dititahkan oleh Tuanku Muhriz untuk meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri itu.





 

Tiada ulasan: