Rabu, 29 April 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

RABU 29 APRIL   2026

PERANG HARI KE 60

GENCATAN SENJATA BERJALAN


AMERIKA
Bekas Pengarah FBI  Amerika James Comey di dakwa di Mahkamah atas  tuduhan MENGANCAM Teram MELALUI POSTING DALAM X.

Raja Charles dan Isteri datang melawat Teram di Washington – Ini percubaan UK nak bodek Teram kerana hubungan Teram dengan UK makian renggang.

IRAN DAN RUSIA
Dua negara ini makin rapat. Menteri Luar Iran  Abbas Araqchi datang melawat Moscow. Sosok  yang datang menyambut dan berunding ialah Presiden Putin sendiri. 

Setia kawan dua negara ini makin di lihat jelas. Drone dari Iran pergi ke Rusia. Manakala Rusia beri gambar satelit kedudukan askar Amerika di Timur Tengah.

NEGERI SEMBILAN
Politik makin rancak – membawa krisis ini ke tahap NASIONAL  - ini baik sekali.

BIAR MATI MADANI ASALKAN  JANGAN MATI ADAT – ini jadi pegangan warga Negeri Sembilan. Amin

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar.  Langit berawan putih. Matahari dah bersinar.  KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin hujan senja hingga ke malam.

Dari lorong masuk  gua nampak Jantan Baik menyambut gua – yang lain ikut di belakang. Pagi ini mereka dapat nasi dan Friskies.

Gumbira ialah melihat Warga Hokkien makan.

Gua berjalan ke Wakaf Tiga Jantan Putih mengekor. Kali ini Jantan Putih makin mesra dengan Tak Tak – gigit menggigit -  hingga  menjerit.

Gua terdengar suara Keng Keng melintas – lama tak dengar suara ini. 

Berjalan pulang di Wakaf Pertama –  Siti  dah menjalar menunggu. Adik Jantan  juga ada bersama. Tiong Laki Bini dah menunggu di atas tembok makam. Yang lain tak muncul. Semua mendapat makan.

Hari ini akan panas.  Tengah  hari ini gua ada jemputan GISB  di Setia Alam - gua akan hadir – nak sembang  dan nak tanya apa terjadi dengan perniagaan mereka. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM  SAMBUT
PAGI RABU

BRO
Ilmu ialah jalan menuju perubahan.

BRO
Jika lu berilmu lu bankrap pun tak mengapa  – lu  pasti boleh bangun kembali.

BRO
Jika lu tak tahu   tak mengapa – ini bukan jenayah – Tapi jika lu tak tahu jangan klim lu tahu – ini jenayah. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: