HIDUPKAN
KEMBALI
KONSEP
MELAYU RAYA
AMIN
KUKUHKAN
NUSANTARA
AMIN
HAPUSKAN
PERJANJIAN
ANWAR -TRUMP
AMIN
ARAB ADA ISREAL
MELAYU RAYA
ADA SINGAPURA
KHALAS
‘Island Hopping’ Kembali: Penjajahan Baharu di Nusantara – Prof Murad
KUALA LUMPUR | 19 Apr 26 — Kenyataan tegas Prof Dato Dr Ahmad Murad Merican mencetuskan gelombang baharu dalam perbahasan geopolitik serantau apabila beliau memberi amaran tentang kebangkitan semula pola penjajahan di Nusantara.
Reaksi itu hadir susulan laporan media yang menyorot strategi “island hopping” Amerika Syarikat di Asia Tenggara, dengan penekanan bahawa Malaysia memainkan peranan penting sebagai penjaga salah satu laluan paling strategik dunia—Selat Melaka.
Bagi Prof Murad, naratif ini bukan sekadar analisis keselamatan, tetapi membawa makna lebih besar iaitu kembalinya pendekatan kuasa besar dalam mengukuhkan dominasi di rantau kepulauan.
“Golongan barbar ini mesti dihentikan daripada terus “melompat pulau” di Nusantara. Penjenayah seperti ini adalah persona non grata di wilayah Darussalam Tanah Air.
“Setiap insan di Kepulauan Melayu tidak boleh sama sekali bersubahat dengan pembunuh kejam ini. Mereka adalah golongan yang dahagakan darah. Katanya dalam kenyataan di facebook beliau.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa itu juga menyifatkan tindakan itu sebagai kesinambungan sejarah panjang campur tangan luar, daripada era Hormuz sekitar 1500, ke Melaka pada 1800-an, hingga pembentukan negara bangsa moden di Nusantara yang menurutnya “diukir” demi kepentingan luar.
Dalam nada amaran, beliau menyeru masyarakat Nusantara agar tidak lagi mengulangi sejarah tunduk kepada kuasa luar, sambil menegaskan bahawa sebarang bentuk dominasi baharu perlu diteliti secara kritikal.
“Masyarakat bebas di Nusantara tidak boleh dan tidak akan sekali lagi membiarkan diri dijajah semula oleh golongan ganas ini.
“Mereka telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Mereka menormalkan genosid, malah menggubal undang-undang yang meletakkan masyarakat bukan kulit putih sebagai sasaran yang sah. Katanya.
Baru-baru ini, portal defence security asia melaporkan bahawa Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth mengumumkan bahawa Washington dan Jakarta akan meningkatkan hubungan dua hala kepada “perkongsian kerjasama pertahanan utama”, sekaligus mewujudkan perubahan terbesar dalam hubungan ketenteraan kedua-dua negara sejak beberapa dekad.
Ismail Hashim Yahaya yang juga penganalisis geopolitik berpendapat bahawa perjanjian tersebut bukanlah sekadar perjanjian pertahanan biasa. Ia adalah pembinaan koridor logistik ketenteraan yang boleh diibaratkan sebagai lompatan pulau (island hopping) versi baru. @politiko.my



Tiada ulasan:
Catat Ulasan