KENYATAAN
MB SELANGOR
SILAP
AMIN
SEPATUTNYA YANG
MASUK PARTI UNTUK
MENYAMUN SEPERTI
....LU PUN TAHU
NAMA BERMULA
DENGAN HURUF R....
WAJIB DIHALAU
DARI PKR
KHALAS
'Ahli, pemimpin PKR rasakan diri tak lagi cocok hala tuju parti dialu-alu tinggalkan organisasi ini' - Amirudin
GOMBAK: PKR, Amirudin Shari mengalu-alukan mana-mana ahli serta pemimpin yang merasakan diri tidak lagi sealiran dengan perjuangan PKR untuk meninggalkan parti.
Perkara itu ditegaskan beliau yang juga Naib Presiden PKR ketika diminta mengulas kedudukan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dikatakan mula membelakangi keputusan kolektif parti dalam beberapa isu strategik.
"Bukan individu tertentu, sesiapa yang merasakan diri mereka tidak lagi secocok dengan hala tuju parti dialu-alukan untuk meninggalkan organisasi ini," katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung PKR Gombak di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Ketua PKR Cabang Gombak berkata teguran itu dibuat bagi memastikan setiap pimpinan dan anggota kekal fokus kepada mandat perjuangan tanpa menimbulkan gangguan kepada kestabilan dalaman parti.
"Keutamaan harus diberikan kepada agenda besar parti berbanding polemik peribadi yang boleh menjejaskan imej organisasi di mata rakyat," katanya.
Sebelum ini tindakan Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR yang terlalu kritis di platform awam khususnya media sosial dilihat sesetengah pihak sebagai pelanggaran etika dan perlembagaan parti, terutamanya apabila kritikan dibuat terbuka sehingga menjejaskan persepsi terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada.
Kelakuan sedemikian dianggap tidak selari semangat musyawarah yang menjadi tunjang kepada kekuatan KEADILAN selama ini.
Mengimbas kembali sejarah, Amirudin berkata pengkhianatan lalu oleh bekas pimpinan tertinggi termasuk bekas Timbalan Presiden dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang sangat berpengaruh pada zamannya, gagal melumpuhkan PKR kerana parti mempunyai akar umbi yang sangat setia.
"Sejarah telah membuktikan bahawa individu boleh datang dan pergi, namun organisasi tetap akan berdiri teguh sekiranya prinsip perjuangan tidak digadaikan," katanya.
Pengalaman pahit ditinggalkan oleh individu yang pernah menjatuhkan kerajaan dahulu telah membuktikan bahawa PKR mempunyai daya tahan yang luar biasa untuk bangkit semula dengan lebih kuat.
"Kekuatan moral dan kesatuan dalam kalangan ahli menjadi benteng utama dalam menghadapi sebarang ancaman sabotaj dari dalam mahupun luar parti," katanya.
Amirudin turut mengingatkan setiap individu yang mempunyai tanggungjawab dalam parti harus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi tanpa mengutamakan kepentingan atau agenda peribadi.
"Sebarang rasa tidak puas hati seharusnya disalurkan melalui saluran dalaman yang betul mengikut perlembagaan parti, bukannya melalui serangan terbuka yang hanya menguntungkan pihak lawan.
"Disiplin parti adalah elemen yang tidak boleh dikompromi bagi memastikan setiap gerak kerja politik berjalan dengan lancar dan berkesan," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan