Rabu, 6 Mei 2026

ISRAEL RANCANG NAK SERANG IRAN


IRAN JAWAB

AH LAN

 WA SAHLAN

AMIN

MOST WELCOME

SELAMAT DATANG

KHALAS




Israel rancang 'kempen singkat' serang Iran - Sumber

NEW YORK: Israel dilaporkan sedang menyelaraskan satu 'kempen singkat' terhadap Iran dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya rundingan damai dan gencatan senjata gagal dicapai, susulan peningkatan ketegangan di Selat Hormuz.

Menurut satu sumber Israel kepada CNN, rejim itu dilapor sedang membuat persiapan bagi pusingan baharu serangan udara ke atas Iran yang menyasarkan pegawai kanan dan infrastruktur tenaga utama.

"Niatnya adalah untuk melaksanakan kempen singkat bertujuan memberi tekanan kepada Iran supaya membuat lebih banyak perjanjian dalam rundingan," kata sumber itu.

Sasaran serangan dijangka sama dengan yang sudah disiapkan oleh AS dan Israel sebelum gencatan senjata berkuat kuasa pada April lalu, sewaktu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan memusnahkan loji janakuasa, jambatan dan kepimpinan Iran.


Ketika rundingan damai semakin buntu dan AS serta Iran saling berbalas serangan di Selat Hormuz, Trump dilaporkan semakin kecewa dan kini mencabar republik Islam itu sama ada untuk mengalah atau memulakan semula perang.

Namun begitu, beliau kekal optimis satu perjanjian boleh dicapai dan menegaskan, serangan terbaru di selat itu tidak melanggar gencatan senjata dengan Iran.

Presiden itu juga berulang kali enggan menyatakan secara jelas apakah tindakan Iran yang akan dianggap sebagai pelanggaran gencatan senjata.

"Anda akan mengetahuinya, kerana saya akan beritahu," kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval, semalam.

Kenyataan Trump itu seiring dengan pandangan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Dan Caine, yang menyatakan, gencatan senjata masih berkuat kuasa.

Sementara itu, Iran mengeluarkan amaran baharu kepada kapal yang cuba melalui Selat Hormuz yang akan berdepan 'tindakan tegas' selepas dua kapal Amerika melalui kawasan itu, semalam dengan iringan tentera AS.

"Amaran berulang: Kami memberi amaran kepada semua kapal yang berhasrat untuk melalui selat ini; satu-satunya laluan selamat untuk melalui Selat Hormuz adalah koridor yang diumumkan sebelum ini oleh Republik Islam Iran," menurut Kor Pengawal Revolusi Islam melalui media kerajaan. - AGENSI



Tiada ulasan: