Isnin, 9 November 2026

KES ISTERI ROSMAH


ADA LAPORAN

POLIS TERHADAP

PEGUAM NEGARA

AMIN

TEPAT  JIKA

PEGUAM NEGARA

DIREHATKAN

DEMI KEADILAN

KHALAS


Siasatan terhadap Peguam Negara boleh dikendalikan SG – Peguam


KUALA LUMPUR – Penilaian kertas siasatan terhadap Peguam Negara,  Dusuki Mokhtar berhubung isu pelaksanaan perintah pengampunan Datuk Seri Najib Razak wajar dikendalikan oleh Peguam Cara Negara (SG) bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Peguam, Dr. Yusfarizal Yussoff berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan Seksyen 376(2) Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan SG menjalankan fungsi Pendakwa Raya apabila Peguam Negara tidak hadir atau tidak berupaya bertindak.

Menurutnya, persoalan timbul sekiranya polis membuka kertas siasatan terhadap Peguam Negara sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menentukan tindakan pendakwaan.

Beliau berkata, Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya mempunyai kuasa pendakwaan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, termasuk menentukan individu yang perlu didakwa atau sebaliknya.

“Jika polis membuka kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan, siapa yang akan menentukan pertuduhan terhadap Peguam Negara sendiri?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengulas mengenai beberapa laporan polis terhadap Peguam Negara susulan isu pelaksanaan perintah pengampunan  Najib.

Yusfarizal yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor berkata, meskipun Seksyen 376(2) memperuntukkan kuasa kepada SG untuk menjalankan fungsi Pendakwa Raya, skop penggunaannya mungkin terhad kepada pengendalian prosiding mahkamah.

Malah, katanya, frasa ‘tidak berupaya bertindak’ dalam peruntukan berkenaan juga tidak mempunyai definisi yang jelas.

Mengulas amalan terdahulu, beliau berkata, isu sama pernah dibangkitkan pada 2016 apabila bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berpandangan SG boleh menentukan sama ada pertuduhan perlu dibuat sekiranya Peguam Negara disiasat.

Katanya, pada 2018 pula, bekas Presiden Majlis Peguam, George Varughese menegaskan Peguam Negara perlu menarik diri daripada sesuatu perkara sekiranya wujud konflik kepentingan, manakala SG mengambil alih tugas berkenaan mengikut peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, Yusfarizal berpandangan situasi semasa berbeza daripada kes terdahulu kerana ia membabitkan laporan polis secara besar-besaran serta isu prerogatif pengampunan.

“Justeru, saya berhujah bahawa berdasarkan pedoman Seksyen 376(2) dan beberapa pandangan sebelum ini, penilaian kertas siasatan terhadap Peguam Negara perlu dikendalikan oleh SG,” katanya.

Dari sudut moral pula, beliau bersetuju dengan pandangan supaya Peguam Negara direhatkan daripada tugas atau meletakkan jawatan.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan persepsi bahawa Peguam Negara boleh mempengaruhi keputusan siasatan terhadap dirinya sendiri.

Beliau menegaskan, laporan polis yang dibuat tidak bermakna seseorang itu sudah terbukti melakukan kesalahan, namun Peguam Negara perlu memastikan proses keadilan berjalan tanpa sebarang konflik kepentingan.

“Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan tanpa konflik kepentingan,” katanya. – 

AL-FATIHAH


   AL-FATIHAH

 AMIN

KEMALANGAN 

BENTUK INI  AMAT

JARANG BERLAKU

AMIN

NISBAH

1 DALAM 1.2 JUTA

 AMIN


3 maut dipercayai disambar petir di Sepang


SEPANG – Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan ketiga-tiga individu tersebut.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan tiga individu dipercayai kesemuanya lelaki terbaring dan telah meninggal dunia akibat disambar petir ketika kejadian hujan lebat hari ini. – BERNAMA

 

 

AMERIKA TIDAK BANYAK PILIHAN


AMERIKA TAK

BANYAK PILIHAN

AMIN

HENTIKAN PERANG

TERIMA TUNTUTAN

BERUNDING

AMIN

ATAU PERANG

SEKALI LAGI

KHALAS



Iran beri amaran lancar serangan besar-besaran jika AS pilih sambung perang

ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam memaklumkan bahawa cadangan Tehran untuk menamatkan perang dalam tempoh dua hari, masih terbuka.

Anadolu Ajansi melaporkan Araghchi sekali gus menggesa Rumah Putih memenuhi syarat yang ditetapkan Iran, dan memberi amaran mengenai tindak balas ketenteraan jika Amerika Syarikat (AS) menyambung semula serangan.

"Pengundi AS telah membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya untuk Rumah Putih pula membuat pilihannya sendiri," kata Araghchi dalam hantaran melalui X, merujuk kepada pilihan raya pertengahan penggal AS pada Selasa lalu.

Araghchi menambah: "Cadangan dua hari kami masih kekal: penuhi syarat yang ditetapkan, termasuk menamatkan perang di semua medan, dan anda akan melihat hasilnya."

Beliau memberi amaran bahawa jika Washington memilih peperangan, tentera Iran akan melancarkan serangan besar-besaran.

Pada Isnin minggu lalu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, berkata cadangan tujuh langkah Tehran yang kali pertama dikemukakan pada September, masih menjadi asas rundingan tidak langsung dengan Washington dan telah diringkaskan supaya dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hari.

Pada Sabtu lalu, Qatar yang bertindak sebagai pengantara Washington dengan Tehran, menafikan laporan bahawa kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan

KES ISTERI ROSMAH


NAJIB NI CHINA

KE MELAYU ?

AMIN

JO LO NI

MELAYU KE CHINA?

AMIN

KAKI BODEK IKUT ARAHAN


KAKI BODEK

TETAP SETIA 

IKUT ARAHAN

KHALAS

Unknown commented on 
"NAK MEMANDAI MANDAI - PADAN MUKO"

terima kasih tonilok terima kasih komeng, terima kasih hanat yuh.. kami tuntut kamu semua letak jawatan..

kah kah kah

non jubo sila letak jawatan.. kami nak pilih kerajaan baru...amin


Unknown commented on 
"NAK MEMANDAI MANDAI - PADAN MUKO"

tak nak sekadar mintak maaf dia kena letak jawatan..juga tangkap sebab melanggar rukun negara malaysia..

kesetiaan kepada raja dan negara..


Unknown commented on
 "NAK MEMANDAI MANDAI - PADAN MUKO"
20 hours ago
Aku pelik juga lah tengok perangai dia orang ini, asyik berpusing-pusing, aku tengok ucapan Rajah, ucapan PMX, ucapan Munke, semuanya bercakap rapatkan saf, eratkan hubungan kaum, amalkan sikap toleransi, perpaduan,setia kawan dan bla bla bla. 

Peliknya mereka juga yang mengapikan semangat perkauman, ekstrem agama, berpecah-belah bergaduh kerana kuasa kedudukan kewangan mungkin, sampai masa berucap semuanya bagai malaikat sampai bumi, terutamanya menjelang pilihanraya kah kah kah kah, nampak tak kau orang?

Sebenarnya penjahat paling bisa orang politik kah kah kah kalau masih percaya masih hormat masih cium tangan masih buka pintu masih nak salam baik buat kerja masing-masing kah kah kah kah aku lagi percaya anjing TT yang setia setiap masa kah kah kah kah

PEGUAM NEGARA IKUT ARAHAN

PEGUAM NEGARA

JUJUR SETIA

IKUT ARAHAN

KHALAS


Unknown commented on
 "HUMBAN KE BAWAH BAS"

Jangan marah-marah jangan hina dia, menurut perintah menurut arahan menurut segala limpah kurnia naungan kuasa kah kah kah kah, semuanya boleh terbalik kalau yang suruh itu berkuasa besar, letup orang pun mereka sanggup lakukan, ini kecil anak saja lah, 

tapi tengok pemimpin UMNO berjalan megah bergaya walaupun ada 47 kes rasuah, mereka menjadi contoh bapa mithali negara kah kah kah kah buat salah tetapi tiada malu terhantuk kepala pun relax saja kah kah kah kah terpaling hebat


Unknown commented on 
"CEK 50 JUTA !!!"

Ini masa rakyat susah, rumah masuk air, kereta motosikal rosak kena air banjir, bukan setakat golongan b40 tetapi semuanya rumah mewah belaka? Kah kah kah Selangor terpaling maju sampai air sampai dalam rumah betulkah? 

Kah kah kah kah yang patut bantu bantuan tak sampai, yang patut duduk penjara derma sumbangan ikhlas sampai 50 juta jebat Jebat Panglima kah kah kah kah


Unknown commented on
 "SUARA PEMIMPIN MASA DEPAN"

Sama geng dulu, sama-sama diam diri juga apabila ada kes, jadi ahli kumpulan penyamun kah kah kah, aku pelik juga tengok dia orang, sampai lupa kebenaran batil haram halal kalau kena ahli geng penyamun?

Kalau orang lain bukan main hebat berapi berteriak melolong tetapi bila kena geng sendiri semuanya mengakui diam, inilah kekuatan ahli-ahli kumpulan kongsi gelap, gangster berlesen pencuri perasuah sekarang kah kah kah kah