Ahad, 17 Mei 2026

PAGI INI

 



PAGI INI




PAGI INI
AHAD 17   MEI 2026
PERANG HARI KE 74

PERANG IRAN AKAN  KEMBALI BERMULA
Berita di Amerika muncul Teram akan mula sekali lagi menyerang Iran. KITA TUNGGU.

Kali ini dengan niat nak rampas Uranium Kaya yang boleh di jadikan bom. Ini Niat Setanyahu 

PULANG DARI CHINA – takda apa apa – kah kah  kah

Hanya : He is my good friend. kah kah kah

LEBANON
Isreal terus menyerang – GENCATAN SENJATA TAK ADA MAKNA.

GAZA juga terus diserang. Gaza makan sempit. Zionis Israel ambil banyak lagi tanah.
PARTI KELUARGA RAMANAN
SAH DAN SAHIH INI BETUL PARTI KELUARGA RAMANAN

Kah kah kah
Kah kah kah
Dah mula baling kerusi – ini budaya RAMANAN kah kah kah – BERGADUH DALAM MESYUARAT – tak puas hati baling kerusi.

WOIT
Nurul Izzah tak dapat cakap apa-apa!

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – kemarin hujan – matahari dah keluar – KL & KL Sentral berjerebu. Langit biru  degan awan putih. Sinar matahari enak di pipi.

Dari jauh gua dengar suara Gagak – dari jauh gua dengar suara Tekukur – MANA HOW HILANG – laman tak bersuara.

Dari jauh gua nampak  Keluarga Siti datang berkejar – wow – ramai datang makan. Gua gumbira.

Di Wakaf Tiga gua bersenam 10 minit – gua tak sedar ramai yang ikut dan tunggu gua. Ini kerana bila  pulang ke  Wakaf Pertama ada lagi makanan.  Semua  mahu mengekor gua .

Di Wakaf Pertama dah ada yang menunggu. Tiong pun dah ada – Pagi ini laki bini datang-  Siti seperti biasa dapat hati ayam – dia dah berani makan dari tapak gua.

Hari ini akan panas – cahaya dah masuk ke balkoni. Petang ini gua nak sama buat ramai nak dengar apa rancangan Rafizi. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD

BRO
Bersendirian baik untuk lu -  dalam suasana sunyi lu akan tanya diri lu : Siapa lu .

BRO
Jangan jadi enggang
Makan buah beluluk
Jangan dengar cakap orang
Terjun masuk lubuk

BRO
Yang kurik ialah kundi
Yang merah ialah sago
Yang baik ialah budi
Yang indah ialah bahaso

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


 


Tiada ulasan: