Sabtu, 7 Mac 2009

SEMUA RAKYAT SAMA TAK ADA SIAPA JADI TUAN – RAJA PERLIS -New Straits Times




Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Syed Jamalullail, berkata tidak ada apa yang perlu dipanggil dasar "ketuanan Melayu". Mengikut Raja Perlis ini yang menggunakan konsep ini adalah mereka yang memiliki fikiran sempit dan ada ajenda sendiri.

Raja Perlis juga berkata setiap warga Malaysia ada sama tidak mengira umur, gender, status atau agama.



(New Straits Times) - The Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Syed Jamalullail, yesterday took to task those propounding the "ketuanan Melayu" (Malay supremacy) policy, accusing them of using "narrow-minded ways to achieve personal objectives".

He said every Malaysian, irrespective of age, gender, social status or religion, enjoyed equal rights.

Kah kah kah… KETUANAN MELAYU… BENDA NI?... kah kah kah




4 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

" Semua Rakyat Sama "
makna nya DEB mesti dihapus kan.
" Semua Rakyat Sama" ,makna nya melayu tiada apa yang istimewa sangat.

Kalau tak ada kerja, kalau ekonomi hancur maka semua akan mampus jugak.
Bagus saranan Raja Perlis.

Dengan ini, maka secara resmi nya umno tak bolih pusing cherita melayu lagi ditanah perlis.
Raja di perak , apa macham you?
Fikiran sempit atau luas?

Tanpa Nama berkata...

Ayei ini berita aneh pada den, sepatutnya yang akan dan sepatutnya membicara seperti itu datangnya daripada Sulatn Azlan atau anaknya, ini dari Raja Perlis. Raja-raja lain bagaimana? Mungkin ada pendapat yang bukan arus perdana atau mereka tak boleh mengulas kerana mereka adalah raja berpelembagaan.
Orang UMNO mesti terguris nanti, bekas ahli UMNO seperti Madey pun mungkin terguris, yang amat terguris mungkin, Nazri, Toyo, Muhammad2, Albar, Rais Yatim dan mungkin semua Ketua Bahagian UMNO.
Semua lupa warga Malaysia adalah anak-cucu Adam/Hawa. Maka tiada konsep Ketuanan Melayu. Dulu zaman Raja, raja ada kuasa mutlak yang bertentangan dengan demokrasi, lepas tu raja menjadi patung apabila kuasa kolonial memerintah, lepas tu dia jadi raja perlembagaan, kini masyarakat dah tahu dari sejarah yang peranan raja tak ke mana, tak menyumbang kepada kemajuan demokrasi melainkan menguntungkan kaum yang mahu mengguna mereka untuk mengkaut lagi kekayaan negara.

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat, apa bezanya antara rakyat biasa dengan raja? Adakah mereka ini bukan dari Adam dan Hawa? Sekiranya raja2 ini adalah dari adam dan hawa maka dengan itu darjat kita dengan raja adalah sama, dimanakah yg membezakan raja dan rakyat marhien? Perbezaan itu cuma terletak pada kekuasaan yg telah lama dahulu. Dahulu siapa kuat dia raja itu sahaja. Maka dengan itu, kita bolehlah dikatakan antara bangsa yg tertinggal, maksud saya tertinggal ialah masih mengamalkan dasar pemerentahan zaman kesultanan Melayu Melaka.

Jika dikaji awal kesultanan melayu melaka, Parameswara berasal dari mana? Adakah Parameswara berasal dari kayangan atau pun cucu cicit nabi adam dan hawa? Jawapannya ia beliau adalah anak cucu cicit nabi adam dan hawa dan kita pun adalah anak cucu cicit adam dan hawa maka dengan itu marilah kita nyanyi lagu kita serupa 10x

Tanpa Nama berkata...

Ini berita tak masuk akal langsung.
Kalau Raja Perlis kata tak de ketuanan Melayu bermakna dia nak turun tahta.

Semua orang sama Melayu tak ada istimewa ...bermakna Singh is King..hahaha

Ini mesti putar belit NST. Tak ada kat surat kahbar lain pun.

bodoh ke raja perlis ni? Sebab ketuanan Melayu lah dia jadi raja..kot besuk ada raja lim ..