Rabu, 29 Disember 2010

NILAI MANUSIA MELAYU BARU




MELAYU BARU





BUNUH, ROGOL, RASUAH DAN NILAI MELAYU


Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.

Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke CEO.

Nilai Melayu Baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik : lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes ‘rogol bawah umur’ ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.

Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Kerana ianya sering berlaku atau dilakukan oleh mereka yng memiliki kuasa dan duduk di puncak kuasa maka orang awam kini telah mula menerima ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik dimana ianya telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah terlibat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh.

Persoalan yang timbul disini bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini di bunuh. Bukan ini yang ingin di bincangkan Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapam dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian telinga dan kelalian perasaan 3 juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrek dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan juruagama United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih maka 3 juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima ini sebagai wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam 3 juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dam membawa mudarat yang amat sangat keatas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu. (TT)

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MINTA PERHATIAN SEMUA..PADA SESAPE YANG ADE WEBSITE,BLOG,FB DAN SEBAGAINYA,TOLONG ALERT TAHAP MERAH MENJELANG MALAM NI..

JIKA INDON KALAH,KEMUNGKINAN BESAR HACKER INDOG AKAN BUAT SERANGAN SIBER BESAR-BESARAN DI ALAM SIBER..

TOLONG BACKUP ATAU TUTUP SEMENTARA BLOG ANDA..ABAIKAN
...SEGALA EMEL,PHISHING,SPYWARE DAN MALWARE...

MEREKA AKAN HACK SESIAPA SAJER TERMASUK BLOG PALING POPULAR DI MALAYSIA IAITU TUKARTIUB

p/s:TOLONG SEBARKAN DI MANA-MANA WALL...MAKASEYHH..

LibangLibu berkata...

Tuan TT,

menitik air mata saya membaca artikel ini.

Tuan TT pandai bermain kata2.

Isk isk isk...

Bunut Susu Durjana berkata...

pru13 umno pasti bungkus..

Beruk Ketawa berkata...

Saya ini pakar bahasa 5 Bintang. TT buat pembetulan sikit..

Perkataan '3 juta Melayu' kurang tepat.

Perlu disebut '3 juta Melayu TELAN'...kah kah kah

Mereka pekak...mereka tuli...mereka buta...mereka lali sebab dah TELAN.

Tanpa Nama berkata...

Memang pun Khusrin ni tak layak duduk mana-mana...kat JAIS dia bagi fatwa solat jamak 90 marhalah. Satu marhalah 89km kalau 90 marhalah = 8090km. (nota: solat jamak boleh buat kalau 2 marhalah) Tambah lagi solat jamak boleh buat dengan solat subuh. Dia borong semua sekali. Ni gaknya mazhab JAIS. Kat JAIS pun dia tak ada 4 senawi. Dia cuma ada songkok tinggi je...
Kenapalah UMNO suka pilih makhluk bengap?

siti harapan berkata...

Tuan TT,

terharu dengan artikel ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,

Satu olahan dan kupasan yang ikhlas dan jujur tentang Melayu masa kini. Bagi yang bukan tergolong dalam 3 juta tue, bukalah minda dan pastikan manusia berbangsa melayu bukan mudah diperlekehkan, dihina di bumi sendiri..Buka mata, lihat Indonesia bagaimana rasuah telah menjadi darah daging sebahagian mereka. Lihatlah bagaimana nilai2 bangsa itu diperlekehkan dek kerana sebahagian yang gilakan kuasa dan harta.

Tanpa Nama berkata...

baru memang baru

tapi bagi aku proses dia bukan semata2 meninggalkan nilai msyt pertanian lalu memeluk nilai kapitalis

sebaliknya mentaliti feudal melayu yang enggan hilang lalu bergabung dengan nilai kapitalis

feudal melayu + kapitalis = UMNO baru

kartun berkata...

Ahli gerombolan adalah melayu yang layu...sanggup di perbodoh dan bodooooh selama-lamanya. Tak mau tau mana satu kaca mana satu permata. Kalau presidennya berkata taik tu rasa macam coklat depa pun angguk setuju.

Sudin berkata...

"Ya Allah,jauhkanlah anak cucu ku dari menyembah berhala"

afya berkata...

itulah nilai sebenar melayu... fikirkan lah.. apakah terusan me-layu.. inilah melayu... mungkin perkataan melayu wajib dimansuhkan... supaya lebih maju.. mungkin perkataan maju lebih sesuai..

ZARM berkata...

Mahathir Kutty lebih hebat dari APCO...dia tutup live telecast sidang Parlimen.Selepas 2 dekad kesannya...ramai yang dah tak nampak peranan baik Pembangkang,pengundi UMNO totok pun tak tau yang wakil rakyat mereka tidur ke..ponteng ker...bisu ker...
Kalaulah Parlimen di siarkan 100% live...negara kita tak akan jadi begini...

Puan Ainon Mohd. berkata...

Alamak! Macam saya pernah tengok gambar itu!

Tanpa Nama berkata...

Tabik TT,
Ulasan yang mantap tapi bukan untuk golongan yang 3 juta tu.
pemikiran golongan ini telah dibonsaikan oleh gerombolan. kalau gerombolan kata taik tu wangi, mereka akan tetap angguk2 kepala mereka.sampai nazak nak mati pon mereka tetap akan beratib ummmnooo...

~P.asan~

Tanpa Nama berkata...

Hoi TT, yg penting aku tak masuk dlm 3 juta tu!

Hoi TT, tahniah dan terima kasih atas keperihatinan lu!

Hoi TT, wa pasti....kebenaran akan muncul jua!

Hoi TT, wa rasa tak salah melayu nak melalui zaman evolusi pertanian ke teknologi!

Hoi TT, masalahnya, sikap tamak manusia melayu moden yg sentiasa mengambil kesempatan atas kebodohan bangsa sendiri!

Hoi TT, wa pasti, satu hari nanti apabila tamadun melayu sudah sampai ketahap maju....dgn sendirinya berakhirlah segala penderitaan yg di lalui!

Hoi TT, wa tak pasti adakah kita akan dapat merasa bilakah perubahan ini?

Hoi TT, tamadun melayu masih baru!

Hoi TT, sebenarnya, tamadun melayu byk diganggu oleh penceroboh2 hingga ketahap ini!

Hoi TT, wa pasti....apa yg lu perjuangkan akan di kenang!

Hoi TT, tapi wa tak tahu bila org akan kenang lu!

Hoi TT, yg pasti....org tahu lu seorg yg sosialis!

Hoi TT, lu melawan kapitalis!

Hoi TT, tapikan.....lu bukan ustaz!

Hoi TT, kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Aku telah cuba untuk mendapatkan nama perogol yang sebenar dalam laporan investigasi Robengah dan hasilnya dia selalu menyebut "Gagasan 1 Malaysia"

Aris Awang berkata...

Salam,

Saya ambil dan tampal ke blog saya.

Satu kupasan yang baik.

Aris Awang

nurmisnan berkata...

assaamualaikum anony..
oh yer?? alhamdulillah buat masa
masih ada pengawal yg jaga.. he3